Thursday, March 21, 2013

Pilihan raya Pakistan 11 Mei

Pilihan raya Pakistan 11 Mei
Pejalan kaki melintasi sepanduk dengan gambar Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan keluarga Bhutto. Semalam Asif mengumumkan bahawa pilihan raya negara itu akan diadakan pada 20 Mei. Islamabad: Pakistan akan mengadakan pilihan raya umum bersejarah pada 11 Mei, kata seorang jurucakap presiden semalam selepas kerajaan melengkapkan penggal penuh pertamanya dalam sejarah masalah negara itu.

Sebuah pentadbiran sementara akan mentadbir sehingga pilihan raya ketika negara itu berhadapan dengan keganasan Taliban, rusuhan perkauman, pemotongan bekalan kuasa kronik dan masalah ekonomi.
Amerika Syarikat, penderma bantuan utama walaupun ketegangan hubungan dengan Pakistan sejak beberapa tahun, akan memantau rapat pilihan raya di sebuah negara di mana dasar luar ditentukan tentera dengan bantuan agensi risikan.


Pakistan yang memiliki senjata nuklear adalah sekutu utama dalam tentangan Amerika Syarikat menentang militan Islam dan kerjasamanya adalah penting dalam usaha membawa kestabilan di negara jiran, Afghanistan.

Tarik balik gencatan senjata

Militan Taliban Pakistan menjalankan kempen ganas untuk menumbangkan kerajaan dan melaksanakan jenama Islam mereka. Mereka baru-baru ini menarik balik tawaran gencatan senjata bersyarat dan mengancam untuk menyerang perhimpunan pilihan raya parti pemerintah.

Washington berharap pilihan raya akan membawa kestabilan supaya Islamabad boleh membantu Afghanistan ketika tentera NATO diketuai Amerika Syarikat bersiap sedia untuk berundur akhir 2014. - REUTERS

No comments:

Post a Comment