Thursday, January 24, 2013

Seorang lagi ahli politik Pakistan mati ditembak


Karachi: Seorang ahli politik Pakistan ditembak mati di sini dalam pembunuhan kedua seperti itu dalam tempoh seminggu, kata polis semalam, menambah kebimbangan bahawa keganasan mungkin membayangi pilihan raya umum yang dijangka diadakan tahun ini.

Mian Taimur adalah seorang pemimpin di wilayah selatan Sindh untuk Liga-N Islam Pakistan, parti pembangkang utama negara itu diketuai bekas perdana menteri Nawaz Sharif.
“Mian Taimur dan bapanya maut apabila lelaki bersenjata menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka,” kata jurucakap polis, Imran Shaukat.

Serangan lewat kelmarin berlaku di sebuah kejiranan mewah di Defence. Taimur adalah timbalan setiausaha parti di Sindh, di mana Karachi menjadi ibu kotanya.

Jurucakap polis berkata sembilan lagi ditembak mati dalam kejadian pembunuhan di seluruh bandar itu 24 jam lalu.

Seorang pegawai keselamatan mengesahkan angka kematian dan berkata seorang doktor antara yang maut.

Khamis lalu, Manzar Imam, seorang pembuat dasar wilayah milik Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM), dibunuh bersama tiga pengawalnya di sini. - AFP
INFO: Ahli politik mati
* Mian Taimur adalah pemimpin Liga-N Islam Pakistan, parti pembangkang utama diketuai Nawaz Sharif
* 2,000 orang terbunuh dalam keganasan etnik dan politik di Karachi

No comments:

Post a Comment