Tuesday, January 15, 2013

Cubaan menyelamat tebusan gagal

Denis Allex

Denis Allex

Mogadishu: Operasi menyelamat seorang ejen Perancis yang ditahan militan al-Shabaab sejak 2009, menemui kegagalan hujung minggu lalu.

Kumpulan militan itu juga berkata, seorang lagi komando Perancis turut maut kerana kecederaannya, askar kedua negara berkenaan yang terbunuh selepas operasi berkenaan.
Pergerakan yang dikaitkan dengan al-Qaeda itu juga masih menawan ejen itu yang kini tebusan mereka, Denis Allex meskipun Perancis percaya dia sudah mati. Militan itu memberikan tentangan sengit apabila komando Perancis masuk ke selatan Somalia dengan helikopter ketika suasana gelap Sabtu lalu untuk cuba membebaskan Allex.


Ada kekeliruan terhadap hasil misi terbabit selepas kerajaan Perancis berkata seorang daripada komandonya mati manakala yang lain hilang tetapi kemudian berkata kedua-duanya terbunuh.

Komando kedua mati

“Komando kedua mati akibat kecederaan selepas kena tembakan. Kami akan tunjuk mayat dua lelaki Perancis itu,” kata Sheikh Abdiasis Abu Musab, jurucakap operasi tentera al Shabaab kepada Reuters melalui telefon.
Nasib Allex akan ditentukan kemudian, katanya. Menteri Pertahanan, Jean-Yves Le Drian memberitahu wartawan bahawa dua komando terbabit maut ketika melakukan operasi menyelamat dan Perancis bersedia dengan kemungkinan al-Shabaab menghantar video menunjukkan dua askar berkenaan.

“Semuanya menyebabkan kami berfikir bahawa tahanan dibunuh dan tentera lain yang hilang juga sudah dibunuh,” katanya.

Satu sumber kementerian berkata, kerajaan terdahulu percaya kedua-dua komandonya terbunuh tetapi mereka tidak mempunyai mayat.

Pegawai agensi

Allex adalah seorang daripada dua pegawai agensi risikan Perancis yang diculik al-Shabaab di Mogadishu.

Rakan setugasnya, Marc Aubriere berjaya melarikan diri sebulan selepas itu tetapi Allex ditahan.

Satu video menunjukkan Allex dalam keadaan tidak bermaya merayu Hollande untuk berunding bagi membebaskannya dalam satu halaman web yang digunakan militan Islam seluruh dunia. - REUTERS

No comments:

Post a Comment