Thursday, October 25, 2012

Bekas jeneral tentera mahu guling kerajaan


       
BANGKOK: Seorang bekas jeneral tentera Thai semalam merancang menggulingkan kerajaan yang diketuai Parti Pheu Thai menerusi tunjuk perasaan.

Jeneral (Bersara) Boonlert Kaewprasit, penganjur bersama tunjuk perasaan yang akan diadakan Ahad ini berkata, dia mungkin melakukan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan Thai yang ada sekarang jika berada di kedudukan yang membolehkannya berbuat demikian.

“Saya gembira sekiranya ada rampasan kuasa kerana kerajaan sekarang mencuri hasil negara.
“Beberapa sektor dalam masyarakat sudah tidak dapat menerima kerajaan ini lagi.
“Sekiranya saya ada kuasa, rampasan kuasa mungkin telah dilakukan sekarang,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa kerana tiada tanda menunjukkan tentera akan menggulingkan kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra. - BP

No comments:

Post a Comment