Friday, December 21, 2012

Guru ‘baka baru’ mula bertugas di sekolah Pattani





         
PATTANI: Kumpulan guru “baka baru” mula menjalankan tugas di Pattani bagi menggantikan kelompok terdahulu yang meminta dipindahkan keluar dari selatan Thailand yang dilanda konflik.

Gabenor Pattani, Pramuk Lamul, berkata kumpulan terbaru guru itu adalah hasil daripada projek Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan yang ditugaskan untuk meningkatkan taraf pendidikan lima wilayah di selatan Thailand. Kata Pramuk, keadaan di Pattani semakin baik hasil pelbagai langkah keselamatan yang diperketatkan. Ekoran beberapa serangan baru-baru ini, kira-kira 1,300 sekolah di Pattani, Narathiwat dan Yala menggantung pembelajaran atas faktor keselamatan. Bulan lalu, seorang guru besar ditembak mati di Nong Chik, Pattani, menyebabkan tiga guru di situ berpindah ke sekolah lain. Di Narathiwat, 118 guru memohon berpindah ke sekolah lebih selamat di wilayah berkenaan, manakala 80 lagi meminta ditukarkan ke wilayah lain.


Di sesetengah sekolah, tugas mengajar diambil alih anggota tentera setempat. - The Nation

No comments:

Post a Comment