Wednesday, February 13, 2013

17 militan terbunuh dalam serangan di pangkalan tentera Thailand


BANGKOK: Sekurang-kurangnya 17 militan maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah pangkalan tentera di kawasan bergolak di selatan Thailand, kata seorang jurucakap tentara hari ini.

"Kira-kira 100 militan bersenjata menyerbu pangkalan, di mana terletaknya 60 anggota tentera marin," kata jurucakap tentera selatan, Kolonel Pramote Promin.
Beliau berkata, serangan yang paling dasyat dalam beberapa tahun keganasan di selatan Thailand itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 penyerang terbunuh.

Bagaimanapun, tiada anggota tentera dilaporkan cedera dalam serangan awal pagi tadi di daerah Bacho wilayah Narathiwat, satu daripada tiga wilayah yang didominasi penduduk Islam.

"Kami mendengar terlebih dahulu serangan daripada kumpulan militan berkenaan,” kata Pramote sambil menambah pemimpin utama pejuang tempatan itu juga terkorban dalam pertempuran itu. - AFP

No comments:

Post a Comment