Monday, July 12, 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: HOT: Gambar 'pejuang Melayu' bertengkar di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian..(video inside)

Daif



Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah
bhnews@bharian.com.my
2010/07/12

SK Darau hampir runtuh bahayakan keselamatan murid 

KOTA KINABALU: Walaupun hanya kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar raya, keadaan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, Menggatal di sini, tidak ubah seperti sekolah pedalaman yang daif dan serba kekurangan.Ia berikutan keadaan bangunan kayu yang menempatkan sebahagian besar bilik darjah sekolah itu usang dengan ada strukturnya reput, sama ada akibat dimamah usia atau dibinasakan banjir.
Akibatnya, kira-kira 1,300 muridnya terpaksa belajar dalam bilik darjah yang sempit dan daif, manakala nyawa mereka diancam bahaya kerana bangunan digunakan boleh roboh pada bila-bila masa. 

Tinjauan Berita Harian mendapati dua bangunan kayu bertiang menempatkan enam bilik darjah dan tiga bangunan teres separuh konkrit dengan enam bilik darjah yang berusia hampir separuh abad sudah tidak sesuai diduduki. 

Struktur binaannya tidak kukuh dengan sebahagian lantai kayu dan anak tangga daripada papan berkeriut dan melengkung apabila dipijak, manakala dinding berlubang kerana papannya reput. 

Bumbung pula ada yang diliputi rumput dan bocor manakala sebahagian cermin tingkap tertanggal, menunjukkan keadaannya yang daif dan tidak setaraf dengan kedudukan sebagai sekolah bandar. 
Keadaan itu tidak sepadan dengan kedudukannya sebagai sekolah aliran Melayu terawal di bandar raya ini dan antara sekolah pilihan utama ibu bapa di kawasan Menggatal untuk menyekolahkan anak mereka. 

Guru Besarnya, Said Khairani, berkata sekolah itu asalnya dinamakan Sekolah Vernakular Kerajaan Darau yang dibina pemerintah British pada 1940 dengan tapak asal di Kampung Likas, Kota Kinabalu. 

"Pada 1963, tapak sekolah dipindahkan ke kawasan berhampiran pekan Menggatal dengan kemudahan empat bilik darjah dalam dua bangunan separuh konkrit yang masih digunakan hingga ke hari ini. 

"Walaupun kerajaan membina sebuah bangunan baru dua tingkat untuk menambah kemudahan bilik darjah pada 1990-an, bilik darjah di bangunan lama masih digunakan kerana kelas di bangunan baru tidak mencukupi. 

"Saya sedar keadaan bangunan lama itu sudah tidak sesuai digunakan kerana usang tetapi kami tiada pilihan. Kalau hanya bilik darjah di bangunan baru digunakan, tidak ramai murid dapat diambil sedangkan ramai ibu bapa mahu menghantar anak ke sekolah ini," katanya. 

Ketika ini, sekolah itu hanya mempunyai 16 bilik darjah dengan 32 kelas dari prasekolah hingga Tahun Enam yang dikendalikan dalam dua sesi iaitu pagi dan petang. 

Beliau berkata, masalah dihadapi sekolah itu sudah diajukan kepada Kementerian Pelajaran sejak 10 tahun lalu dengan meminta penambahan 12 lagi bilik darjah baru tetapi sehingga kini belum ditunaikan. 

"Pihak kementerian berjanji membina bilik darjah baru dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMke-8) tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan peruntukan lalu dilanjutkan ke Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), namun keadaannya juga sama. 

"Ini memaksa kita menyambung permohonan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) tetapi kali ini dengan penambahan 24 bilik darjah baru. Saya berharap permintaan kali ini dapat ditunaikan," katanya. 

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Darau, Abdul Razak Kulah, berkata kerajaan perlu memberi perhatian kepada masalah dihadapi sekolah itu kerana apa yang dialami murid dan gurunya sudah berlarutan sejak sekian lama. 

Katanya, masalah banjir kilat yang sering melanda sekolah itu setiap kali hujan lebat juga wajar diambil berat kerana ia menyebabkan banyak harta benda sekolah rosak selain memaksa pengurusan sekolah menutup persekolahan apabila banjir. 

“Kedudukan sekolah ini di kawasan rendah menyebabkan ia mudah dinaiki air dan ia berlaku apabila hujan berpanjangan lebih sejam. Disebabkan banjir, sekolah terpaksa ditutup sehingga banjir surut dan lumpur dalam bilik darjah dibersihkan. 

"Sehubungan itu, kami meminta apabila kerajaan membina bilik darjah baru untuk sekolah ini, bangunannya dibina bertiang tinggi supaya tidak dilimpahi banjir. 

"Bangunan makmal komputer sekolah yang dibina bertiang kira-kira satu meter sebelum ini pernah dinaiki air setinggi tiga meter menyebabkan sebahagian besar peralatan komputernya rosak," katanya. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Exco Pelajaran negeri, Datuk Masidi Manjun, turut meninjau keadaan sekolah itu dan meminta Kementerian Pelajaran memberi keutamaan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

'Sia-sia berunding dengan Israel'







2010/07/12

RAMALLAH: Presiden Palestin yang kini menerima tekanan Amerika Syarikat supaya meneruskan rundingan dengan Israel, berkata melakukannya dalam keadaan sekarang tidak akan membuahkan hasil ketika rejim Zionis itu berkeras tidak akan membenarkan sebarang penghantaran bantuan dari laut ke Gaza. 

Kenyataan oleh Mahmoud Abbas menjelaskan hasratnya untuk tidak kembali ke meja rundingan kecuali Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mematuhi mandat antarabangsa berhubung pembekuan penempatan dan bersetuju untuk mengadakan baki rundingan yang ditinggalkan oleh penyandangnya pada Disember 2008.
“Kami sudah jelaskan visi dan pandangan kami selain mengatakan jika ada perkembangan kami bersetuju mengadakan rundingan, namun jika tiada perkembangan, rundingan sia-sia saja,” kata Mahmoud dalam satu ucapan lewat kelmarin.
“Jika mereka (Israel) berkata ‘marilah dan mulakan rundingan dari kosong,’ ia sia-sia dan tidak berhasil,” tambahnya. 

Pembantu Mahmoud, Yasser Abed Rabbo memberitahu radio Palestin semalam bahawa rakyat Palestin tidak mahu memasuki rundingan terbuka dengan Israel. 

“Perlu ada satu jadual waktu, rangka kerja untuk rundingan sebegini. Kami tidak akan memasuki rundingan baru yang mungkin mengambil masa lebih 10 tahun,” katanya. 

Sementara itu, laporan AFP menyebut Israel berazam semalam untuk menghalang sebuah kapal bantuan Libya daripada melanggar sekatan Gaza selepas ia jelas menghala ke negara yang dikepung itu walaupun kekecohan usaha diplomatik untuk memesongkannya ke Mesir. 
“Israel tidak akan membiarkan bot itu sampai ke Gaza,” kata menteri tanpa portfolio Yossi Peled kepada sebuah radio awam Israel sehari selepas kapal sepanjang 92 meter itu mula berlepas dari pelabuhan Greek, Lavrio di selatan Athens. – AP/AFP 

Maksiat ketika waktu solat Jumaat



MASJID TANAH - Pantai Sungai Tuang, di Pengkalan Balak, dekat sini dikesan menjadi lokasi pasangan remaja melakukan perbuatan sumbang sehingga melampaui batas. 

Lebih membimbangkan, kelakuan tidak senonoh remaja berpelukan dan bercumbuan di kerusi konkrit yang disediakan turut berlaku semasa kaum lelaki sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 

Bukan setakat di tepi pantai, malah chalet-chalet sekitar pantai juga dijadikan lokasi ‘cinta sumbang’ remaja termasuk bermalam di sana bersama pasangan masing-masing yang dikesan bukan muhrim. 

Kelakuan mereka itu bukan saja mencemarkan kawasan peranginan itu, tetapi turut mengundang rungutan penduduk sekitar yang tidak tahan melihat perangai pasangan remaja terbabit bersilih ganti. 

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Tuang, Mohamad Abu Hassan berkata, penduduk kecewa dengan tindakan beberapa pasangan remaja memadu kasih di tepi pantai tanpa mempedulikan orang ramai. 

Menurutnya, lebih memalukan perbuatan itu berlaku semasa solat Jumaat dan dipercayai turut membabitkan pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi(IPT). 

“Perbuatan maksiat melibatkan remaja di kalangan masyarakat setempat, pekerja kilang dan juga remaja sekolah di beberapa kawasan di pantai peranginan ini, kian meruncing. 

“Sepanjang pantai terutama tengahari Jumaat, beberapa pasangan remaja kelihatan mengambil peluang untuk memadu asmara, sedangkan ketika itu khutbah Jumaat sedang disampaikan, ” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. 

Mohamad berkata, kejadian itu berlaku sehingga lewat petang dan adakalanya sehingga masuk waktu solat Maghrib apabila pasangan terbabit tanpa segan silu masih meneruskan perbuatannnya. 

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa JKKK Sungai Tuang, Abd Kadir Mohamad Kassim berkata, bagi pasangan yang mempunyai ‘wang’, biasanya mereka akan menyewa di chalet berhampiran. 

“Manakala, pasangan yang tak mampu, mereka akan melakukan asmara di tepi pantai dengan beralaskan suratkhabar. 

“Tidak setakat itu, belakang kedai saya turut menjadi tempat bermadu asmara ketika tidak dibuka kerana terlindung dari pandangan orang ramai,” katanya. 

Menurutnya, walaupun beberapa kali beberapa pasangan ditegur penduduk kampung, namun mereka tidak menghiraukan teguran berkenaan, sebaliknya terus melakukan maksiat. 

“Kita bimbang, ada ibubapa tanpa disedari melepaskan anak remaja mereka keluar bersama pasangan mereka untuk berpeleseran,” katanya. 

Sehubungan itu, Abd Kadir berharap agar pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) supaya memantau kejadian itu agar tidak terus berleluasa. 

Sementara itu, beberapa pekerja pembersihan pantai yang ditemui Sinar Harian turut mengakui mereka menemui beberapa keping kondom bersepah di pantai itu, selain kertas tisu dan surat khabar bertaburan ketika melakukan kerja pembersihan, membuktikan wujud kegiatan tidak bermoral itu.

Rumah peneroka daif, uzur



KERATONG 10 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Keratong 10, di sini, digesa mempertimbangkan segera permohonan pinjaman perumahan yang dimohon peneroka sejak beberapa tahun lalu. 

Peneroka mendakwa, kebanyakan rumah di Felda Keratong 10, masih lagi rumah kayu lama yang dibina semasa mereka membuka tanah rancangan di situ. 

Kelewatan memberi kata putus kepada permohonan pinjaman itu menyebabkan peneroka tidak dapat membina rumah baru atau membaiki kediaman mereka. 

Keadaan itu menyebabkan mereka sentiasa diselubungi perasaan bimbang berikutan rumah yang didiami sekarang sudah tidak selamat, terutama jika melihat pada sistem pendawaian elektriknya. 

Permohonan mereka untuk mendapatkan skim pinjaman perumahan sehingga RM40,000 itu juga ada asasnya berikutan bilangan isi rumah semakin meningkat dan tidak sesuai lagi tinggal di dalam rumah yang kecil dan sempit. 

Peneroka mahu pelbagai syarat yang dikenakan terhadap calon peminjam dapat dilonggarkan kerana ia hanya akan membantutkan hasrat mereka untuk mendiami rumah yang lebih selesa. 



Pinjaman masih belum diluluskan


Seorang isteri peneroka, Zainon Abu Bakri, 51, berkata, dia sudah membuat permohonan pinjaman sejak 2006, tetapi masih belum diluluskan hingga sekarang. 

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia masih menduduki rumah asal iaitu ketika mula-mula datang ke Felda itu tanpa membaiki dan menambah rumah terbabit. 

“Saya sudah membuat permohonan kepada Felda, tetapi hingga ke hari ini pinjaman perumahan saya masih tidak diluluskan menyebabkan saya bimbang sampai bila akan menduduki rumah lama ini,” katanya. 

Zainon berkata, bantuan perumahan itu perlu disegerakan memandangkan anak-anaknya semakin meningkat dewasa dan memerlukan rumah yang lebih selesa. 



Guna duit sendiri baiki rumah

Sementara itu, bagi, Rasidah Samsudin, 45, pula, dia juga pernah memohon pinjaman sebelum ini, tetapi masih belum diluluskan hingga ke hari ini. 

Katanya, dia terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membaiki dan menambah rumah sedia ada supaya lebih selesa untuk anak-anak meskipun kewangannya terhad. 

“Jika mahu tunggu pinjaman perumahan, tidak tahu bila akan dapat, jadi saya ambil keputusan baiki rumah rumah sedikit demi sedikit,” katanya. 

Menurutnya, implikasi kelewatan itu, ramai peneroka menghadapi masalah kritikal untuk membaiki atau membina rumah baru kerana ketiadaan dana yang mencukupi. 

“Kita sangat berharap Felda dapat menyegerakan pinjaman kepada peneroka supaya tidak timbul permohonan yang lama masih belum mendapat kelulusan pinjaman,” katanya. 



Terpaksa tangguh kahwin anak 
Seorang lagi rakannya, Zainul Rashidah Zainal Abidin, 46, berkata, dia terpaksa menangguhkan hasrat perkahwinan anaknya ke satu tarikh lain hingga mendapat pinjaman perumahan itu. 

Menurutnya, ketiadaan bilik tidur menyebabkan dia terpaksa memohon pinjaman itu untuk memberi keselesaan kepada anak dan menantunya. 

“Macam mana anak mahu kahwin jika bilik tidur di rumah pun tiada, jadi hasrat itu terpaksa ditangguhkan dahulu kerana berpendapat Felda akan beri pinjaman dalam tempoh terdekat,” katanya. 

Manakala bagi Zainon Abd Aziz, 45, pula, dia baru saja memohon pinjaman perumahan awal tahun lalu kerana bimbang rumah yang didudukinya sekarang tidak selamat lagi. 

Zainon berkata, rumahnya itu semakin uzur dan perlu dibaiki untuk keselesaan mereka sekeluarga. 

“Saya baru memohon pinjaman daripada Felda dan berharap mendapat kelulusan segera kerana sebelum ini memang tidak pernah membuat permohonan pinjaman tersebut,” katanya. 



Beri kelulusan ikut keutamaan

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Felda Kerating 10, Ishak Mokhtar ketika ditemui berkata, peneroka sepatutnya tidak berasa bimbang dengan keadaan itu kerana pada 2012 kesemua permohonan akan diluluskan. 

Menurutnya, kelulusan pinjaman itu sebenarnya diberi keutamaan kepada rumah peneroka yang terlalu uzur dan daif serta tidak timbul isu Felda ‘pilih kasih’ dalam memberi pinjaman perumahan. 

“Felda memberi jaminan bahawa dua tahun lagi mana-mana permohonan rumah asal yang masih belum diluluskan akan diberi keutamaan untuk membaiki dan membina rumah,” katanya.

Henti beri biasiswa lepasan SPM ke luar negara





PRESIDEN Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (kanan) dan Ibrahim Abu Shah pada sidang akhbar berkenaan isu biasiswa JPA di Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR 11 Julai - Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghentikan pemberian biasiswa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di luar negara.
Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM,Profesor Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, langkah itu tidak perlu dilakukan kerana institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini berupaya mendidik pelajar dalam semua bidang bagi peringkat ijazah pertama termasuk kursus kritikal.
"Jika kita hendak menghantar seorang pelajar untuk menuntut dalam kursus kritikal seperti perubatan di luar negara misalnya di United Kingdom, perbelanjaan keseluruhannya sebanyak RM1.2 juta.
"Jika pengajian ini dibuat dalam negara, kosnya hanya RM400,000 dan wang selebihnya boleh digunakan untuk pembangunan lain," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa semua pelajar cemerlang yang memperolehi 9A+ dalam peperiksaan SPM layak menerima biasiswa JPA.
Perdana Menteri berkata, pemberian biasiswa untuk pengajian ke luar negara atau dalam negara itu merangkumi semua pelajar tidak mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang.
Najib berkata, keputusan itu jelas membuktikan 1Malaysia bukan setakat slogan tetapi telah dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepimpinannya.
Mengenai pemberian biasiswa JPA untuk menuntut dalam negara, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Suluh Cendekiawan Malaysia berkata, beliau bersetuju konsep meritokrasi diperkenalkan tetapi dengan syarat latar belakang sosioekonomi ibu bapa pelajar turut dijadikan asas penilaian.
"Kita akan bertindak tidak adil jika memberi biasiswa kepada pelajar yang memperolehi 9A+ sedangkan bapanya adalah orang kaya atau jutawan.
"Ini kerana ramai lagi anak-anak kita daripada keluarga miskin, tidak kira apa kaum yang tidak mendapatnya terutama di kalangan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak," katanya.
Seorang lagi ahli jawatankuasa MPM, Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, cadangan melaksanakan kaedah meritokrasi dalam pemberian biasiswa JPA harus dipastikan tidak bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak keistimewaan orang Melayu.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) berkata, peruntukan berkenaan menyatakan pemberian biasiswa harus diberikan tanpa mengira sama ada pelajar Melayu berkenaan mendapat 9A+ atau tidak.
"Selain itu, bumiputera kini merangkumi 67 peratus penduduk negara ini, saya mahu pemberian biasiswa dibuat mengikut peratusan yang sama dan jumlah selebihnya diberikan kepada kaum lain," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),Jais Abdul Karim yang juga ahli jawatankuasa MPM mencadangkan pemberian biasiswa JPA diperluaskan dan tidak hanya membabitkan kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata.
Katanya, pemberian biasiswa berkenaan harus juga diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan kepimpinan.
"Saya cadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan JPA untuk mengkaji permohonan pelajar ini mengikut kecemerlangan dalam bidang sukan dan kepimpinan dan bukan semata-mata kerana mendapat 9A+," katanya.
sumber

Anwar akan dikenakan tindakan jika terbukit jadi alat CIA: Hishammuddin



KUANTAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

"Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita, tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Paya Besar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.
Sumber
Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

Latifah Omar keluar wad

CHERAS: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) hanya memeriksa kesihatan seniwati Latifah Omar beberapa jam bagi membolehkan ujian dibuat di Wad Pemerhatian sebaik dimasukkan pada jam 2.45 petang kelmarin.
Sumber PPUKM menyatakan, Latifah atau nama sebenarnya Fatimah Omar, 71, dibenarkan pulang pada jam 11.30 malam hari sama.
“Kita menahannya di dalam wad untuk tempoh beberapa jam bagi mengenal pasti kesihatannya dan selepas itu dibenarkan pulang rumah,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, Latifah dimasukkan ke PPUKM dipercayai kerana mengalami sakit dalam perut dan kurang air dalam badan.

Pelakon filem klasik Bawang Puteh Bawang Merah dan Cucu Datuk Merah itu dibawa suaminya ke hospital terbabit pada jam 2.45 petang kelmarin selepas mengalami muntah dan sakit perut.

Bosnia peringati tragedi Srebrenica



DUA wanita Islam Bosnia meratap di sebelah keranda mangsa pembunuhan kejam Serb di pusat peringatan Potocari dekat Srebrenica, 120 kilometer dari Sarajevo, kelmarin sempena ulang tahun ke-15 peristiwa hitam tersebut. - AP


KAMENICA, Bosnia-Herzegovina 10 Julai - Beribu-ribu penduduk Bosnia semalam memperingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica pada 1995 dengan menjejaki laluan yang diambil oleh lelaki dan remaja Islam ketika melarikan diri daripada tentera Serb Bosnia yang memburu mereka.
Antara 10,000 hingga 15,000 orang cuba menyelamatkan diri dengan berjalan kaki meredah hutan ke wilayah yang dikuasai oleh tentera Islam, tetapi hampir 8,000 daripada mereka ditangkap dan dibunuh dengan kejam pada hari-hari selepas kejatuhan Srebrenica pada 11 Julai 1995.
"Bagi saya, perjalanan ini saya lakukan setiap tahun sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan kerana menyelamatkan nyawa saya," kata Sefik Begovic, 37, ketika berjalan bersama-sama sekumpulan lelaki lain di lembah Nezuk.
Perjalanan tiga hari sejauh 105 kilometer dengan berjalan kaki mengikut arah bertentangan, dari Tuzla ke Srebrenica, bermula kelmarin dan berakhir di tanah perkuburan dan memorial Potocari dekat Srebrenica lewat petang ini.
Kira-kira 5,000 orang menyertai perjalanan memorial itu tahun ini untuk memperingati hari ulang tahun ke-15 pembunuhan beramai-ramai itu, keganasan terburuk di bumi Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
Penduduk mula melarikan diri beberapa jam sebelum ketibaan tentera Serb Bosnia di Srebrenica yang telah diisytiharkan sebagai kawasan selamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mereka yang ditangkap oleh tentera Serb Bosnia dibawa ke pelbagai lokasi pembunuhan di sekitar bandar itu.
Mangsa ditembak mati dan dikebumikan di dalam kubur-kubur besar, kemudian dikebumikan semula secara sembarangan di lebih 70 lokasi sebagai usaha untuk menyembunyikan bahan bukti.
Mereka yang terselamat tiba di wilayah yang dikuasai tentera Islam lima hari selepas meninggalkan Srebrenica, walaupun ada yang mengambil masa lebih sebulan untuk tiba di kawasan selamat. - AFP

Sunday, July 11, 2010

Kerana hepi besday, sir!

Badrul Hisham ditahan untuk ambil keterangan

TAMPIN: “Penahanan itu hanya bertujuan merekod keterangan sebelum dibebaskan antara dua hingga tiga jam kemudian,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.
Beliau mengulas tindakan pihaknya menahan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin kelmarin bagi membantu siasatan berhubung artikel dikeluarkannya bertajuk ‘Warkah terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: ‘hepi besday, sir!’ di dalam sebuah blog, 10 Jun lalu.
Menurut Osman, kertas siasatan kes berkenaan dibuka pihaknya sebelum ini dan Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan di Pejabat PKR negeri di Seremban hanya untuk merekod keterangannya sebelum jam 9 malam kelmarin.

“Kita (polis) menerima laporan polis daripada orang awam mengenai kandungan artikel itu yang mempunyai unsur hasutan dan beliau ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan.

“Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menyiasat kes berkenaan secara menyeluruh dan tindakan melakukan penahanan lanjut akan bergantung kepada keadaan atau keperluan.

Berikutan penahanan itu, beberapa blog termasuk portal berita tempatan semalam melaporkan Badrul Hisham ditahan kerana menulis artikel berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Difahamkan, polis membuka kertas siasatan kes berkenaan selepas Pemuda UMNO Bahagian Rembau membuat laporan polis berhubung kenyataan Badrul Hisham pada 10 Jun lalu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Johor melalui artikel terbabit.

Karat E-jau: Jamil Khir Terkedu..Lihat Pewakilan Umno Bergaduh Dalam Mesyuarat Bahagian.

Karat E-jau: Jamil Khir Terkedu..Lihat Pewakilan Umno Bergaduh Dalam Mesyuarat Bahagian.

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Selepas MCA, gilirin MIC hentam PERKASA: "Dia (Ibrahim Ali) macam katak" - Pemimpin MIC

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Selepas MCA, gilirin MIC hentam PERKASA: "Dia (Ibrahim Ali) macam katak" - Pemimpin MIC

KERENGGA: Lagi Harta Milik Taib Mahmud di Luar Negara

KERENGGA: Lagi Harta Milik Taib Mahmud di Luar Negara

Perangai jelik mandi lumpur RWMF




GELAGAT liar sekumpulan penonton asing bermandi lumpur di hadapan pentas utama RWMF 2010 di Santubong, Sarawak malam kelmarin.


TRADISI. Sikap liar segelintir penonton pada hampir setiap kali penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) di Kampung Budaya Sarawak di Santubong, Sarawak berulang lagi pada edisi ke-13 acara tersebut yang bermula malam kelmarin.
Keadaan padang yang becak selepas hujan di hadapan pentas RWMF 2010 menyebabkan sekumpulan penonton asing tiba-tiba memulakan pesta mandi lumpur satu badan.
Bagaikan dirasuk, penonton lelaki dan perempuan seronok bermandi lumpur terutama sewaktu persembahan kumpulan gabungan pemuzik Colombia dan Australia, Watussi dan kumpulan Reelroad dari Rusia.
Tindakan itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang penonton lain kerana gelagat mereka membaling lumpur kepada sesiapa sahaja yang berada berdekatan tempat tersebut.
Edisi ke-13 RWMF menampilkan 20 pemuzik antarabangsa seperti Republik Czech, Indonesia, Colombia, Australia, Kanada, Burkina Faso, Portugal, Itali, Jepun, Reunion Island,
United Kingdom, Perancis, Peru, Rusia, Iran, Bulgaria, China, India dan Malaysia.

2 pendaki Everest kini bergelar Datuk




IMBAS kembali. Magendran dan Mohanadas memegang Jalur Gemilang sebaik tiba di puncak Gunung Everest pada tahun 1997.


PULAU PINANG - Dua pendaki yang berjaya mengharumkan nama negara setelah menakluk puncak Gunung Everest mendapat penghormatan apabila menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.
N. Mohanadas, 49, dan M. Magendran, 47, antara 176 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-72 semalam.
Mereka merupakan rakyat Malaysia pertama (pasukan pertama) yang berjaya mendaki Gunung Everest pada 23 Mei 1997.
Mohanadas yang ditemui selepas itu berkata, perasaannya sebak menerima anugerah berkenaan sama seperti ketika berjaya menakluki Gunung Everest.

Gerakan orang cina untuk menjadi perdana menteri malaysia



Posted on the December 16th, 2008 under Tempatan by admin
15/7
FASA I
Mempengaruhi masyarakat untuk mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan
Barisan Nasional dengan menggunakan pelbagai isu semasa untuk
melihat sokongan masyarakat.
FASA 2
Membeli 30 kerusi tambahan bagi PKR menjumlahkan 61 kerusi, untuk
mendapatkan Majoriti Mudah (112 kerusi) bagi menumbangkan Kerajaan
Barisan Nasional.
[31 (PKR) + 30 (AP baru serta PKR)]
FASA 3
Berpura-pura memberi gambaran kepada masyarakat Melayu bahawa orang
Cina dan India dalam Pakatan Rakyat bersetuju Melayu dilantik
sebagai Perdana Menteri (seolah-olah Melayu memiliki bilangan
majoriti dalam Pakatan Rakyat). (Utusan Malaysia, 20/07/2008 :
Pakatan Pembangkang Setuju Anwar Jadi PM).
FASA 4
Membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri hanya untuk sementara sehingga Persidangan
Tahunan PKR pada 2009.
FASA 5
Menukar Presiden PKR kepada orang Cina dalam Persidangan Tahunan
PKR pada 2009 kerana Melayu menjadi minoriti selepas membeli 30 Ahli
Parlimen dan mendapatkan jawatan Perdana Menteri menggunakan
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 43 (2)(a)
dan Perkara 66(4) dan Perkara 66(4A).
Perkara-perkara yang masyarakat Melayu tidak sedari bagi
merealisasikan gerakan tersebut.
Bilangan Orang Melayu
———— ———
PAS : 23 orang
PKR : 20 orang
JUMLAH : 43 orang (Melayu)
Bilangan Orang Bukan Melayu
———— ——— ——-
PKR : Cina : 7 orang
: India : 4 orang
DAP : Cina : 21 orang
: India : 7 orang
AP yang dibeli dari : 30 orang
Sabah & Sarawak
JUMLAH : 69 orang (Bukan Melayu)
Cina majoriti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat dan dalam PKR selepas
kemasukan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak
Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk melantik
menteri-menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri :
Menukar pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (Tan Sri Rashid) kepada
orang Cina dan membuat persempadanan semula dengan memecahkan
kawasan majoriti Cina kepada beberapa kawasan Parlimen bagi
mewujudkan lebih ramai Ahli Parlimen Cina :
P 43 Bagan (59,385) Cina : 70%, Melayu :14%
P 45 Bkt Mertajam (64,040) Cina : 72%, Melayu : 18%
P 48 Bkt Bendera (64,545) Cina : 74%, Melayu : 14%
P 49 Tanjong (53, 188) Cina : 85%, Melayu : 6%
P 51 Bkt Gelugor (65,614) Cina : 74%, Melayu : 15%
P 64 Ipoh Timur (76,647) Cina : 81%, Melayu : 13%
P 66 Bt Gajah (77,313) Cina : 77%, Melayu : 10%, dan
kawasan-kasawan lain.
Terdapat 26 kawasan majoriti Cina dan minoriti Melayu akan
dipecahkan kepada 2 hingga 12 kawasan parlimen baru untuk orang Cina
dengan mengambil contoh P126 Putrajaya, Melayu : 53%, Cina : 39%;
hanya ada 6,608 orang pengundi sahaja bagi satu kawasan parlimen.
Dengan persempadanan semula ini, ahli perlimen Cina akan bertambah
bagi membentuk sekurang-kurangnya majoriti mudah untuk terus
membentuk Kerajaan Cina dan orang Cina keluar daripada Kerajaan
Pakatan Rakyat.
Menteri Pengajian Tinggi :
Mempunyai kuasa melantik Naib Canselor (AUKU : Perkara 3) yang orang
Melayu dipengaruhi untuk menghapuskan AUKU selama ini, dan melantik
NC di kalangan Bukan Melayu (Siasah, 24/04/2006 : Syed Husin Ali :
Keadilan Cadang Naib-Canselor Bukan Melayu) dan (The Star,
12/03/2007 : Anwar : University should be headed by non-Malay
Academicians) seterusnya menukar semua pensyarah-pensyarah Melayu
kepada Bukan Melayu, dan memberi ruang yang besar kepada pelajar
Bukan Melayu kerana hakikatnya pelajar Melayu tidak ramai yang layak
masuk Universiti.
Menteri Pertahanan :
Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) pernah diminta untuk dibubarkan
pada 1969. Tahun 2009 Batalion Rejimen Askar yang baru di kalangan
Bukan Melayu ditubuhkan.
Menteri Kewangan :
Membuat budget negara termasuk peruntukan mendirikan Gereja-gereja,
Tokong-tokong dan Kuil-kuil di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Agama
Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh bagi menggantikan JAKIM dan urusan-
urusan yang memberi kepentingan kepada orang bukan Islam.
Menteri Pelajaran :
Membina lebih banyak lagi Sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil dan mengurangkan guru-guru Melayu untuk digantikan dengan guru-
guru Bukan Melayu.
Menteri-menteri lain dilantik di kalangan Bukan Melayu bagi
memelihara kepentingan orang bukan Melayu.
Malaysia akan terus dijajah oleh orang Cina walaupun Melayu baru
sedar untuk bersatu kerana kuasa membuat sempadan pilihan raya di
tangan Cina dan menjadikan kawasan yang dipimpin orang Cina lebih
banyak walaupun mereka hanya 25% di Malaysia.
Penggunaan masjid dan surau akan dihadkan kepada 15 hingga 20 minit
sahaja untuk tidak memberi ruang kepada Melayu untuk berbincang
tanpa kehadiran Bukan Melayu.

Saturday, July 10, 2010

RAKYAT MARHAEN: Rais, Hishamuddin dan Nazri Terima Nasib Serupa Dengan Syed Hamid Jika Terus Tekan Suara Rakyat

RAKYAT MARHAEN: Rais, Hishamuddin dan Nazri Terima Nasib Serupa Dengan Syed Hamid Jika Terus Tekan Suara Rakyat

Biaqpila: CheguBard: Saya Ditahan Kerana Altantuya

Biaqpila: CheguBard: Saya Ditahan Kerana Altantuya

Saman ekor diteruskan





KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.
PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.
Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini menerima banyak rungutan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan saman ekor.
Selasa lalu, seorang pembaca dalam suratnya kepada akhbar ini berhujah yang seseorang pengguna sepatutnya tidak dihukum dan disenaraihitamkan selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.
Abdul Aziz bagaimanapun menjelaskan, sebelum menyenaraihitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu.
Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM.
"Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.
"Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan itu memberikan maklumat yang salah, maka tindakan tegas akan diambil ke atasnya," katanya.
Tambah Abdul Aziz, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.
Beliau berkata, sebanyak 1.07 juta pengguna lalu lintas yang melakukan kesalahan dan mengabaikan saman disenaraihitamkan sejak ia dikuatkuasakan 15 April lalu.
Menurut beliau, notis yang diberikan sejak September tahun lalu itu dilihat memadai untuk memaklumkan kepada orang kena saman (OKS) agar membayar saman mereka bagi mengelak disenarai hitam.
Katanya, pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.
Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.
"Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta agar setiap pemilik kenderaan mengemas kini alamat masing-masing bagi memudahkan segala urusan berkaitan saman.
Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut.

Harakah jawab surat tunjuk sebab



KUALA LUMPUR - Lidah rasmi Pas, :Harakah: semalam, menjawab surat tunjuk sebab yang diterimanya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin. 

Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaafar yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, surat itu diserahkan Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran di KDN, Abdul Razak Abdul Latif di Putrajaya pada jam 3.30 petang. 

“Surat jawapan itu ditandatangani saya :memandangkan ia ditujukan kepada saya semalam. Dalam jawapan itu, kami menjawab semua isu yang dibangkitkan,” katanya di sini. 

Kelmarin, KDN menghantar surat tunjuk sebab berhubung tiga perkara iaitu lambat menghantar lapan salinan :Harakah: kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota Pas dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan iaitu di pejabat dan markas Pas sahaja. 

Mengenai permit penerbitan :Harakah: yang tamat dua hari lalu, Kamaruddin berkata, akhbar berkenaan masih dicetak dan diedarkan hari ini memandangkan pihaknya membuat permo:honan memperbaharui permit. 

“Biasanya, sementara menunggu keputusan KDN mengenai pembaharuan permit sepertimana penerbitan lain, kami dibenarkan membuat penerbitan sehingga keputusan permohonan diperolehi,” katanya. - Bernama

™ kaasii peecaahhh laaa...�: RUMAH CINA DI PERAK NAK DIROBOHKAN

™ kaasii peecaahhh laaa...�: RUMAH CINA DI PERAK NAK DIROBOHKAN

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Sandiwara Umno/BN: Umno dakwa kerajaan PP abai Melayu, Gerakan pula dakwa kerajaan PP abai bukan Melayu

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Sandiwara Umno/BN: Umno dakwa kerajaan PP abai Melayu, Gerakan pula dakwa kerajaan PP abai bukan Melayu

Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi: SIRI KEZALIMAN BARISAN NASIONAL: FELDA RAMPAS LADANG RAKYAT

Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi: SIRI KEZALIMAN BARISAN NASIONAL: FELDA RAMPAS LADANG RAKYAT

(Gambar) Rumah Pak Lah RM12 Juta

klik sini
(Gambar) Rumah Pak Lah RM12 Juta

(Gambar) Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2

(Gambar) Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2