Friday, October 12, 2012

Pesawat dipintas

myMetro | Pesawat dipintas:

ISTANBUL: Turki menggunakan jet pejuangnya untuk memaksa sebuah pesawat penumpang Syria mendarat dan merampas barangan disyaki peralatan tentera yang diterbangkan dari Russia untuk tentera Presiden Bashar al-Assad, semalam.
Pintasan ke atas pesawat Syrian Air itu dibuat beberapa jam selepas Panglima Tentera Turki memberi amaran pihaknya akan bertindak lebih tegas jika bom dari Syria terus memasuki wilayah Turki.

Jet tentera mengiringi pesawat Airbus A-320 menuju Damsyik serta membawa kira-kira 30 penumpang dari Moscow.
Ia kemudian mendarat di Ankara petang semalam selepas Turki menerima maklumat risikan memberi tahu, pesawat berkenaan membawa bekalan tentera. Pesawat dan penumpang kemudian dibenarkan menyambung perjalanan selepas sebahagian daripada kargo dirampas, tetapi pihak berkuasa tidak menyatakan apa barang berkenaan.

Namun, media melaporkan, antara yang dirampas, bekalan tidak berisiko seperti peralatan radio. Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, berkata Ankara bertegas untuk mengawal penghantaran senjata kepada rejim yang menjalankan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam.

“Turki tidak boleh menerima penghantara seperti itu dilakukan menggunakan ruang udara kami,” katanya. Menurut Ahmet, Turki berhak menyiasat pesawat yang disyaki membawa kelengkapan tentera, tetapi enggan menyatakan apa terkandung dalam kargo berkenaan. “Turki akan terus menyiasat pesawat awam yang menggunakan ruang udara kami,” katanya. - Reuters

'via Blog this'

Keadaan Malala masih kritikal

myMetro | Keadaan Malala masih kritikal: "PESHAWAR: Seorang aktivis kanak-kanak Pakistan yang ditembak di kepala oleh Taliban masih berada dalam keadaan kritikal selepas diterbangkan ke hospital tentera terbaik di negara itu untuk rawatan pakar, kata pihak berkuasa semalam.

Insiden tembakan Malala Yousafzai, 14, di atas bas sekolah di lembah Swat dikutuk di seluruh dunia dan oleh kerajaan Pakistan yang menawarkan ganjaran lebih AS$100,000 (RM306,714) bagi menangkap penyerangnya. Dua daripada rakan sekolahnya turut cedera dalam serangan itu, dilakukan sebagai balasan terhadap kempen Malala untuk mendapatkan hak pendidikan ketika pemerintahan dua tahun Taliban di Swat yang didakwa tentera berjaya dipatahkan pada 2009.


Namun, ketika dia melalui hari kedua di unit rawatan rapi, bertubu-tubi soalan dikemukakan, pertamanya, bagaimana serangan itu boleh terjadi dan bagaimana penjenayah boleh melarikan diri di kawasan yang ada polis dan tentera. “Kini Malala memerlukan rawatan selepas pembedahan. Doktor menyarankan Institut Kardiologi Tentera (AFIC) kerana ia mempunyai rawatan selepas pembedahan yang lebih baik,” kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asim Saleem Bajwa kepada media. - AFP"

'via Blog this'

3 pengawal sempadan Iran ditembak mati

myMetro | 3 pengawal sempadan Iran ditembak mati: "TEHERAN: Tiga pengawal sempadan Iran terbunuh dalam pertempuran dengan penyeludup dadah bersenjata berhampiran sempadan dengan Pakistan, semalam.

Media Iran melaporkan, dua penyeludup juga mati dalam kejadian di wilayah Koshtegan di tenggara wilayah Sistan-Baluchestan.
Jurucakap pihak berkuasa sempadan Iran, Kolonel Mehdi Mansourzadeh berkata, pihaknya merampas 50 tan pelbagai jenis dadah di sempadan negara itu dengan Afghanistan dan Pakistan sejak enam bulan lalu.

Iran menjadi transit utama bagi dadah yang diseludup oleh pengeluar narkotik utama Afghanistan.


Republik Islam itu berkata, ia berdepan dengan perang bahaya dengan penyeludup dadah.


Hampir separuh daripada banduan di penjara negara itu terdiri daripada penyeludup berkenaan.

Setakat ini, lebih 4,000 polis dan tentera terbunuh sepanjang tiga dekad lalu kerana bertempur dengan penyeludup yang sering bergerak dengan konvoi bersenjata berat.

Negara itu membelanjakan lebih RM2.1 bilion membina ‘tembok’ di sepanjang 1,700 kilometer di sepanjang sempadannya dengan Pakistan dan Afghanistan dalam usaha menge menghentikan kegiatan penyeludupan dadah.

Usaha Iran memerangi dadah sering mendapat pujian Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - AFP"

'via Blog this'

Ohio terbaik untuk ibu bekerja

myMetro | Ohio terbaik untuk ibu bekerja: "NEW YORK: Wanita yang mencari tempat terbaik untuk bekerja dan membesarkan anak di Amerika Syarikat mungkin memilih Ohio.

Majalah Forbes semalam menyenaraikan tiga daripada bandar di negeri itu - Columbus, Cincinnati dan Cleveland, sebagai antara 10 yang terbaik untuk ibu yang bekerja.


Columbus menduduki tempat teratas, mengatasi New Orleans dan Hartford di Connecticut serta kawasan sekitarnya.

Cincinnati pula menduduki tempat keempat sementara Cleveland tempat ketujuh. Columbus yang mempunyai 1.8 juta penduduk mencatatkan markah tertinggi kerana pendapatan pekerja yang lebih tinggi daripada gaji purata untuk wanita. - AFP"

'via Blog this'

Pakar fengshui, kekasih berebut hartanah

myMetro | Pakar fengshui, kekasih berebut hartanah: "SINGAPURA: Seorang daripada pakar fengshui paling terkenal di republik ini terbabit dalam pertikaian dengan perempuan simpanannya selama 23 tahun di mahkamah ekoran dua hartanah bernilai lebih SG$2.5 juta (RM 6.2 juta).

Lebih dikenali sebagai Master Hui Jie, Goh Chuen Meng, 47, daripada Pertubuhan Fengshui Antarabangsa Hui cuba menghalang Lim Sor Bee, 41, daripada menjual unit kondominium yang didakwa dimilikinya. Akhbar harian Shin Min melaporkan, guru fengshui terbabit mendakwa Sor Bee yang juga pengarah syarikat fengshui itu cuba menjual unit kondominium di Telok Kurau yang dimiliki lelaki berkenaan. Kedua-dua hartanah itu didaftarkan atas nama Sor Bee.


Goh juga mendakwa, dia membayar hartanah itu tetapi didaftarkan atas nama Sor Bee. Wanita terbabit didakwa mencadangkan agar dia melakukan demikian bagi mengelak memasukkan hartanah itu dalam aset perkahwinan yang perlu dibahagikan jika dia bercerai dengan isterinya. Bagaimanapun, Sor Bee mendakwa dia sudah membayar RM1.8 juta untuk unit kondominium pada 2007 dan RM4.9 juta untuk rumah teres pada 2010.

Dia turut mendakwa Goh sanggup membantu membayar sebahagian hartanah itu sebagai “tanda cinta” kepadanya demi masa depan wanita itu. - Shin Min"

'via Blog this'

Singapura negara pilihan ekspatriat

myMetro | Singapura negara pilihan ekspatriat:

SINGAPURA: Singapura muncul di tangga teratas untuk golongan ekspatriat menetap dan bekerja, demikian menurut kaji selidik yang dijalankan Bank HSBC.
Ekspatriat dalam kaji selidik itu meletakkan Singapura di tempat pertama daripada 30 negara berdasarkan faktor ekonomi seperti pendapatan, pendapatan boleh guna dan kemampuan meraih kemewahan.

Thailand berada di tangga kedua, disusuli oleh Kepulauan Cayman di tempat ketiga. Menurut laporan itu, kira-kira 40 peratus responden berkata, mereka melihat peningkatan 50 peratus atau lebih dalam pendapatan boleh guna mereka selepas berpindah ke Singapura.
Laporan yang menyelidik lebih 5,000 ekspatriat di 100 negara turut berkata, 54 peratus ekspatriat memperoleh pendapatan melebihi AS$200,000 (RM613,419) setahun.

Mereka juga menyenaraikan Singapura di kedudukan tertinggi untuk kualiti kehidupan, meletakkan republik itu di tempat keempat secara keseluruhan, khususnya kerana persekitaran yang selamat untuk membesarkan anak. - ST

'via Blog this'

Sekolah rendah ketepi bahasa Inggeris

myMetro | Sekolah rendah ketepi bahasa Inggeris:

JAKARTA: Sebagai sebahagian pindaan kurikulum yang akan berkuat kuasa tahun depan, bahasa Inggeris tidak lagi menjadi subjek yang akan diajar di sekolah rendah di Indonesia, kata Timbalan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Musliar Kaslim.
Menurutnya pindaan itu bertujuan memberikan lebih banyak masa untuk murid menguasai bahasa Indonesia terlebih dulu sebelum mempelajari bahasa asing.

“Sekolah rendah tidak akan mempunyai pelajaran bahasa Inggeris kerana murid belum lagi belajar untuk memahami bahasa Indonesia,” kata Musliar semalam.
“Malah, sekarang sesetengah murid tadika mengambil kursus bahasa Inggeris. Itu dilarang oleh undang-undang Islam (haram). Saya kasihankan kanak-kanak berkenaan,” katanya. Dia menegaskan semua sekolah perlu melaksanakan perubahan dalam kurikulum mereka. Bagaimanapun, kementerian masih memikirkan sama ada sekolah persendirian akan dibenarkan untuk mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar mereka sebagai subjek sampingan. “Namun, untuk sekolah awam ia dilarang sama sekali,” katanya sebagaimana dipetik oleh kompas.com. Bagi sekolah antarabangsa yang biasanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya, kementerian belum memutuskan apa yang patut dilakukan.

Selain mengetepikan bahasa Inggeris sebagai subjek, kementerian juga merancang untuk mengurangkan subjek sedia ada di sekolah rendah kepada enam iaitu agama, bahasa Indonesia, pendidikan sivik, seni dan kemahiran, pendidikan fizikal dan pengetahuan am. Rancangan pengurangan subjek itu, termasuk matemati, sains, pengajian sosial, kandungan tempatan dan pembangunan insan. Musliar berkata, sains dan pengajian sosial tidak akan diketepikan langsung daripada kurikulum baru, tetapi akan digabungkan dalam subjek lain seperti bahasa Indonesia. - kompas.com

'via Blog this'

Budak sambut hari lahir dengan wiski

myMetro | Budak sambut hari lahir dengan wiski: "CARDIFF: Seorang budak dibiarkan menyedut separuh gelas wiski menggunakan straw selepas sebuah restoran tersilap menghidangkan arak itu walaupun sepatutnya dia diberi jus buah.

Media semalam melaporkan, Sonny Rees menghabiskan kira-kira 40 peratus alkohol itu tanpa disedari kakitangan restoran Frankie and Benny’s di Swansea. Insiden itu berlaku ketika Rees dibawa meraikan hari lahirnya yang kedua. Menurut sumber, kesilapan itu disedari apabila Rees menunjukkan riak wajah serta kelakuan aneh setiap kali menyedut minuman.


Ekoran itu, katanya, ibu Rees, Nina, 34, menghidu serta mencuba minuman berkenaan dan terkejut mendapati ia adalah arak. Rees kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Nina berkata, dia memesan jus limau dan air kosong untuk anaknya. “Rees sempat menyedut kira-kira 10 kali dan saya dapat lihat dia mabuk,” katanya. - TS"

'via Blog this'

Scotland Yard ‘tersilap’ sita kereta anak Raja Ajman

myMetro | Scotland Yard ‘tersilap’ sita kereta anak Raja Ajman:

LONDON: Scotland Yard didakwa memulangkan sebuah kereta Ferrari FF yang dipamerkan di depan pejabat pihak berkuasa itu sebagai peringatan untuk pemandu degil sebaik saja mengetahui pemiliknya.
Kenderaan mewah bernilai �200,000 (RM984,024) itu dipamerkan bagi membuktikan pihak berkuasa tetap menyita kereta yang didapati melakukan kesalahan walau apa pun jenisnya. Namun, ia dikembalikan selepas polis menyedari ia dimiliki anak lelaki Sheikh Rashid Humaid al-Nuaimi, anak kepada pemerintah Ajman di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Insiden itu diketahui ramai selepas Sheikh Rashid bermegah-megah memaklumkannya di Facebook. “Duit Arab memang berkuasa,” katanya. Bagaimanapun, jurucakap polis berkata, kereta disita hanya dipulangkan selepas pemiliknya membayar denda dan menyediakan dokumen sebenar. “Berhubung kes Ferrari itu, ia telah dituntut pemiliknya” katanya. Sheikh Rashid memuat naik gambar Ferrari itu di Facebook bersama catatan: “Ferrari saya disita di London, kemudian mereka mengetahui siapa saya dan kereta itu dikembalikan.” Dalam komen pada pos itu, Sheikh Rashid berkata, dia tidak membayar insurans untuk keretanya. - DM

'via Blog this'

Jutawan China tawar ganti kereta buatan Jepun milik mangsa rusuhan

Kosmo! Online - Dunia:



GUANGBIAO memegang basikal di atas bumbung sebuah kereta buatan China di Nanjing kelmarin.


NANJING - Seorang jutawan China, Chen Guangbiao berjanji untuk menggantikan kereta buatan Jepun milik 43 orang rakyat China.
Sebelum ini kereta milik 43 orang itu dirosakkan oleh sejumlah penunjuk perasaan di negara ini dalam isu tuntutan Kepulauan Senkaku di Laut China Timur.
Kerajaan Jepun memutuskan untuk membeli tiga daripada lima pulau kecil yang membentuk kepulauan itu daripada pemilik persendirian menyebabkan penduduk China berasa marah dan melancarkan tunjuk perasaan pada bulan lalu.
Menurut media negara ini semalam, Guangbiao menunjukkan 43 buah kereta buatan China yang dibelinya pada harga lebih AS$794,000 (RM2.4 juta) di sini pada Rabu lalu.
Jutawan berusia 44 tahun itu menawarkan kereta Geely buatan tempatan bagi menunjukkan perasaan patriotik terhadap negara.
"Saya melancarkan majlis ini (menawarkan kereta buatan China) untuk mengingatkan orang ramai bahawa semangat patriotik sepatutnya dikendalikan dengan rasional, kebijaksanaan dan disiplin," katanya.
Dia mempamerkan kereta yang telah dibelinya itu kepada orang ramai dan pemberita di sini kelmarin.
Menurut perangkaan industri, jualan kereta Jepun merudum ketika terdapat desakan supaya barang buatan negara tersebut diboikot ekoran isu tuntutan kepulauan yang tidak berpenghuni itu.
Guangbiao merupakan salah seorang daripada 400 individu yang kaya di negara ini.
Jumlah kekayaannya dianggarkan sebanyak AS$740 juta (RM2.27 bilion).
Dia memperoleh kekayaan menerusi sebuah syarikat kitar semula di Nanjing. - Agensi

'via Blog this'

Ratusan peminat ucap selamat buat Bachchan

Kosmo! Online - Dunia:



BACHCHAN melambaikan tangan ke arah para peminat di luar rumahnya di Mumbai semalam.


MUMBAI - Ratusan peminat aktor legenda Bollywood, Amitabh Bachchan berhimpun di luar rumahnya di sini bagi memberikan ucapan selamat ulang tahun kelahirannya yang ke-70 semalam.
"Hari lahir adalah hari yang istimewa buat semua... tidak terkecuali diri saya," kata Bachchan di akaun Twitternya.
Dia mempunyai 3.5 juta pengikut di Twitter.
Para peminat itu turut membawa kalungan bunga untuk dihadiahkan kepada pelakon tersebut. Pelakon itu turut menemui dan melambaikan tangan ke arah para peminat yang berada di luar rumahnya.
Parti sambutan ulang tahun kelahirannya juga diadakan di rumahnya yang dihadiri aktor terkenal, Shah Rukh Khan.
Berdasarkan senarai tetamu, 800 orang diundang untuk menghadiri parti tersebut.
Bachchan telah berlakon lebih 150 filem termasuk Sholay, Deewaar dan Don.
Ketika membintangi filem Coolie pada 1982, dia nyaris maut apabila limpanya pecah semasa melakukan adegan pergaduhan.
Bachchan bakal membuat kemunculan dalam filem Hollywood bersama pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dalam filem The Great Gatsby.
Filem itu akan ditayangkan pada tahun depan. - Agensi

'via Blog this'

Lelaki bakar diri untuk tuntut pampasan di Albania

Kosmo! Online - Dunia:



BAJU dan seluar Beko terbakar semasa dia berlari di Tirana pada Isnin lalu.


TIRANA, Albania - Seorang lelaki yang pernah dipenjarakan ketika era pemerintahan komunis, Lirjak Beko membakar tubuhnya di sini pada Isnin lalu.
Beko, 47, mencurahkan minyak petrol ke arah seluar, baju dan tubuhnya sebelum dia menyalakan api.
Beberapa anggota polis dan rakannya kemudian berusaha memadamkan api pada tubuhnya dengan menggunakan sehelai selimut.
Menurut doktor, muka, kaki dan tangannya melecur dan dia berada dalam keadaan kritikal.
Beko melakukan perbuatan itu bagi menuntut pampasan daripada pemerintah selepas dia dipenjarakan pada era pemerintahan komunis.
Albania diperintah komunis dari 1940 hingga 1990.
Sebelum ini seorang lagi tahanan politik, Gjergj Ndreca turut membakar dirinya bagi menuntut pampasan itu. - Agensi

'via Blog this'

Thursday, October 11, 2012

Terpaksa tumpang rumah adik



Terpaksa tumpang rumah adik - Perak - Sinar Harian:

Terpaksa tumpang rumah adik
Keadaan rumah yang tinggi menyebabkan berlaku menyukarkan Hamidah untuk bergerak terutamanya ke bilik air.
Warga emas tidak mampu sewa rumah selepas kediaman terbakar

PERAK TENGAH-  Akibat tidak mampu membayar sewa rumah, pasangan warga emas di sini terpaksa menumpang rumah milik adiknya di Kampung Kota Pagar, Parit setelah kediaman mereka hangus dalam  kebakaran pada 17 Ogos lalu.

Warga emas, Maimun Husin, 73, dan isterinya Hamidah Uda Zainal, 76, sebelum itu menyewa di sebuah rumah di sini  dengan bayaran sewa sebanyak RM200 sebulan.

Maimun berkata, dia suami isteri bernasib baik apabila adiknya membenarkan mereka tinggal di rumah yang tidak didiami buat sementara waktu.

Menurutnya, selepas rumah mereka terbakar dia bersama isteri tinggal  sehelai sepinggang apabila kesemua barangan berharga tidak dapat diselamatkan.

"Saya dan isteri kini hanya menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan makan dan minum kerana tidak mampu bekerja akibat faktor usia.

“Bagi membina rumah sendiri agak mustahil kerana kewangan kami hanya cukup untuk makan minum sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Maimun berharap pihak berkenaan dapat membina segera rumahnya kerana rumah yang diduduki kini agak tinggi dan menyukarkan isterinya untuk bergerak kerana tidak mampu berjalan dengan baik disebabkan mempunyai masalah lutut dan kaki.

“Rumah yang kami diami sekarang agak tinggi menyebabkan isteri terpaksa lebih berhati-hati untuk menuruni tangga jika mahu ke bilik air yang berada di bahagian bawah rumah.

“Memang sukar namun ini sahaja tempat yang kami ada untuk menumpang sementara menunggu bantuan rumah yang dijanjikan,” katanya yang mempunyai seorang anak.

Besar harapan Maimun supaya rumah itu dapat dibina cepat supaya mereka dapat menjalani hidup lebih selesa.

Sementara itu, Penghulu Mukim Layang-layang Fadzil Lazim ketika dihubungi berkata, bantuan rumah kepada warga emas masih di dalam proses.

“Namun begitu, mereka tidak perlu bimbang kerana bantuan itu akan diperoleh tetapi perlu bersabar akibat melalui beberapa proses tertentu.

“Kita tidak akan membiarkan perkara ini begitu sahaja kerana kita juga sudah sedia maklum keadaan warga emas berkenaan,” katanya.

Pertikai bina tandas atas kubur

Pertikai bina tandas atas kubur - Utara - Sinar Harian:

Pertikai bina tandas atas kubur
Tandas baru yang dibina di atas tanah kubur menjadi pertikaian segelintir penduduk kariah Kota Aur, Penaga.
Pertikai bina tandas atas kubur
Mohd Saidi (kanan) ditemani seorang ahli kariah menunjukkan lubang najis yang disediakan bagi mengelak pencemaran najis ke tanah perkuburan.
Penduduk dakwa pihak pengurusan masjid tidak prihatin, peka sensitiviti masyarakat

SEBERANG PERAI UTARA- “Sepanjang pengetahuan, saya tidak pernah menemui sebarang ketetapan hukum yang mengatakan pembinaan tandas di atas kubur haram, makruh atau harus,” kata Imam Masjid Jamek Kota Aur, Penaga, Mohd Saidi Omar, 73, apabila diminta mengulas rungutan penduduk yang kesal dengan tindakan ahli jawatan kuasa masjid berkenaan membina tandas baharu di atas kubur di pekarangan masjid itu.

Mohd Saidi, yang menjadi Imam 1 masjid berkenaan berkata, sepatutnya pembinaan tandas di situ tidak dijadikan isu dan diperbesarkan kerana ia mendapat kelulusan ahli jawatankuasa dan anak kariah dalam satu mesyuarat khas sebelum ini.

“Kita tidak rasa bersalah membina tandas di situ kerana ia untuk kepentingan umum dan mendatangkan kebaikan kepada penduduk, terutamanya kepada waris dan ahli keluarga si mati yang hadir semasa majlis pengebumian.

“Kemudahan tandas ini akan memberi keselesaan kepada orang ramai dan dalam masa sama tidak mengotorkan kawasan masjid kerana mereka boleh menggunakan tandas yang dibina di luar sebagai alternatif,” katanya.

Mohd Saidi berkata, pihaknya tetap meneruskan pembinaan tandas itu dan hanya akan menghentikannya sekiranya mendapat arahan daripada Pejabat Mufti negeri berkaitan hukumnya.

“Kita menyediakan tempat pembuangan khas najis melalui pembinaan sistem pembentung di hadapan tandas baharu itu dalam usaha mengawalnya mencemar kawasan tanah kubur.

“Ia memudahkan urusan pemantauan, termasuk semasa proses menyedut najis dari tandas berkenaan apabila dikesan penuh kelak,” katanya.

Beliau berkata, sebenarnya ia sengaja dijadikan isu pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan, termasuk dirinya apabila lama memikul tugas sebagai imam mengetuai kariah kampung berkenaan.

Pembinaan tandas di penjuru tanah perkuburan masjid itu sejak beberapa hari lalu, tidak disenangi segelintir penduduk apabila mendakwa pihak pengurusan masjid tidak prihatin dan peka dengan sensitiviti masyarakat setempat, terutamanya apabila melibatkan tanah kubur.

Dakwa penduduk, sebagai pentadbir masjid, seharusnya mereka lebih prihatin dan berperanan menjaga kebajikan serta menjauhkan dari melakukan sesuatu yang boleh dipertikaikan anak kariah.

Mereka sepatutnya bina tandas itu di tempat lain kerana kawasan pekarangan masjid luas berbanding di lokasi sekarang.
Mereka juga menolak alasan pentadbir masjid berkenaan apabila mengatakan pembinaan tandas itu perlu dikekalkan kerana ianya merupakan tapak tandas lama yang mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri.

Masjid Jamek Kota Aur itu baru siap dinaik taraf menggantikan masjid lama separuh papan dan batu yang digunakan sejak 1964 lalu dan ia kali pertama digunakan anak kariah untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri, Ogos lalu.

Semasa penggunaan masjid lama, lokasi yang dipertikaikan pembinaan tandas baru ini merupakan tapak asal, tetapi sejak masjid itu siap, kemudahan tandas boleh didapati di dua tempat, termasuk di pintu masuk masjid dan di bahagian tepi bangunan berharga RM3.3 juta itu.

Ini menyebabkan penduduk merasakan tidak perlu lagi tandas baru dibina, terutamanya sehingga melibatkan penggunaan tanah perkuburan.

'via Blog this'

Mahkamah Pakistan siasat dakwaan guna gadis selesai konflik puak

Mahkamah Pakistan siasat dakwaan guna gadis selesai konflik puak - Global - Sinar Harian:
ISLAMABAD - Mahkamah Agung Pakistan sedang menyiasat dakwaan majlis puak di wilayah bergolak terbabit dalam mengarahkan kira-kira sedozen perempuan berusia lingkungan empat hingga 16 tahun dihantar dari satu puak ke puak lain dalam usaha menyelesaikan persengketaan yang wujud.

Gadis-gadis tersebut berhadapan risiko “vani” di mana mereka boleh dipaksa berkahwin dengan ahli-ahli suku kaum tersebut.

Vani adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang di Pakistan.

Berikutan laporan berita tempatan mengenai keputusan majlis puak, Mahkamah Agung telah meminta agar pihak berkuasa wilayah yang hadir 13 orang gadis dan ibu bapa mereka Rabu di bangunan di Quetta, ibu kota Balochistan, kata Ketua Setiausaha Wilayah, Babar Yaakub.

Balochistan ialah wilayah barat  Pakistan di mana mesyuarat ketua-ketua puak yang dikenali sebagai jirga, dilaporkan telah diadakan baru-baru ini.

Tidak jelas sama ada gadis-gadis itu diserahkan semalam.
'via Blog this'

Toyota tarik balik 7.4 juta kereta

Toyota tarik balik 7.4 juta kereta - Global - Sinar Harian:

Toyota
Toyota
TOKYO - Pengeluar utama kereta, Toyota menarik lebih tujuh juta kenderaan keluarannya termasuk model Yaris, Corolla dan Camry kerana mengalami kerosakan pada suis tingkap.

Ini secara tidak langsung memberi kerugian ke atas 1,390,000 buah kereta di Eropah, 138,000 di United Kingdom, 2,470,000 di Amerika Syarikat dan 1.4 juta lagi di China.

Ini langkah penarikan balik terbesar selepas pengeluar kereta Ford pernah menarik semula lapan juta kenderaan mereka pada 1996.

Toyota bagaimanapun berkata, setakat ini tiada lagi laporan kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku akibat masalah tingkap.

Ia turut menarik balik 459,000 kenderaan mereka di Jepun, 650,000 di Australia dan Asia serta ratusan ribu lagi seluruh Timur Tengah dan Kanada.

Antara model yang ditarik daripada jualan di pasaran termasuk model Yaris, Vios, Corolla, Matrix, Auris, Camry, RAV4, Highlander, Tundra, Sequioia, XB dan XD yang dihasilkan antara 2005 dan 2010.

Syarikat berkenaan akan menghubungi para pemandu model yang terjejas dari semasa ke semasa dan meminta mereka untuk memeriksa kereta mereka jika berhadapan dengan sebarang kerosakan.

Reputasi Toyota mula terjejas sejak 2009 akibat kerosakan yang membawa kepada beberapa kemalangan maut  disebabkan tikar melekat di bawah pedal pemecut tetapi pihak syarikat telah memohon maaf akibat kekurangan tersebut.

Toyota turut menghadapi masalah pengeluaran akibat gangguan disebabkan tsunami 2011 dan memberi impak kepada mereka sebagai salah sebuah firma jualan kereta terbesar dunia.

'via Blog this'

Pelabur Australia berpeluang melabur dalam bon Islam

Pelabur Australia berpeluang melabur dalam bon Islam - Global - Sinar Harian:
MELBOURNE - Pengurus kekayaan Islam dari Australia Crescent Wealth telah bekerjasama dengan Bank of London and The Middle East (BLME), bank Islam terbesar di Eropah, dalam perjanjian yang memberikan pelabur runcit Australia pendedahan untuk pertama kalinya kepada bon Islam.

Berikutan usaha sama itu, pelabur dalam Dana Pengurusan Tunai Islam Crescent akan mendapat pendedahan kepada pasaran global bon patuh syariah atau sukuk, kata Crescent Wealth dalam satu kenyataan.

Sukuk menjana pulangan etika yang disokong oleh aset sebenar. Portfolio itu akan diuruskan oleh BLME, pembekal terkemuka global produk pendapatan tetap patuh syariah.

Pengarah urusan dan pengasas Crescent Wealth, Talal Yassine, berkata: "Perkongsian kami dengan BLME, adalah penting kerana ia membuktikan Australia dilihat sebagai pasaran yang membangun untuk pengurusan dana Islam.

Ketua Pengurusan Kekayaan di BLME Nigel Denison berkata BLME telah baru-baru ini melihat peningkatan pelabur antarabangsa untuk Sukuk kerana prestasi kredit yang baik telah membuktikan sukuk berdaya tahan terhadap kelembapan ekonomi dunia.

"Aset perbankan Islam global melebihi US $ 1 trilion dan dijangka berkembang kepada US$2 trilion menjelang 2017. Di samping itu, kira-kira US$58 bilion dalam dana yang diuruskan dilaburkan dalam ekuiti patuh Syariah. Sukuk telah mengatasi tahap sebelum krisis kewangan dan dijangka berkembang pesat pada tahun-tahun akan datang," kata Denison.

Ditubuhkan pada 2010, Crescent Wealth telah melancarkan dana ekuiti pengurusan tunai Australia.

Yassine, berkata firmanya memanfaatkan potensi dana Islam di Australia, yang dianggarkan berkembang sebanyak A$22 bilion dalam dana di bawah pengurusan menjelang 2020.- Bernama
'via Blog this'

Israel, China lancar perang

Israel, China lancar perang - Global - Sinar Harian: "TEHERAN - Syarikat Minyak Luar Pesisir Iran menuduh Israel dan China melancarkan serangan siber terhadap syarikat itu sejak dua minggu lalu, tetapi gagal memudaratkan sistem maklumat syarikat tersebut.

Jurucakap syarikat itu Mohammad Reza Golshani berkata, jaringan internet di syarikat itu telah dipisahkan.

“Serangan dirancang Israel dan China yang dikesan berada ke lokasi lain,” katanya.

Menurutnya, serangan itu menyebabkan sambungan telefon sehala ke platform dan keseluruhan syarikat itu mengalami gangguan, namun unit teknologi maklumat berjaya dipulihkan dan menangkis serangan tersebut dengan kod rahsia. - AP"

'via Blog this'

Maut selepas juarai pertandingan makan serangga

Maut selepas juarai pertandingan makan serangga - Global - Sinar Harian:

Maut selepas juarai pertandingan makan serangga
Archbold jatuh pengsan sejurus dinobatkan sebagai juara pertandingan.
MIAMI - Seorang lelaki tidak sempat meraikan kejayaannya dalam pertandingan memakan serangga di Selatan Florida, apabila meninggal dunia selepas menelan puluhan serangga hidup termasuk cacing, kelmarin.

Pertandingan pelik anjuran kedai Reptilia Ben Siegel itu, disertai lebih 30 peserta yang dikehendaki memakan serangga bagi merebut hadiah utama seekor ular sawa.

Dalam kejadian, Edward Archbold, 32, mengadu tidak sedap badan kemudian jatuh pengsan di hadapan kedai itu sebelum meninggal dunia.

"Badan mangsa mungkin dicemari bakteria atau patogen lain dan saya tidak fikir serangga itu tidak selamat untuk dimakan," kata Profesor Serangga Universiti California, Riverside, Michael Adams.

Michael berkata, ia mungkin berlaku jika individu itu alah terhadap serangga.

Sementara itu, tiada mana-mana peserta lain dalam pertandingan itu mengalami masalah seperti Archbold.

"Kami memohon maaf dan bersimpati  dengan apa yang menimpa Archbold," kata pemilik Ben Siegel. - AP

'via Blog this'

Korea Utara akui peluru berpandunya mampu serang AS

Korea Utara akui peluru berpandunya mampu serang AS - Global - Sinar Harian:
PYONGYANG - Korea Utara mengakui peluru berpandunya mampu membedil daratan Amerika Syarikat (AS) selepas mengetahui negara Barat itu membenarkan Korea Selatan  menambah had jarak senjatanya.

Pada Ahad lalu, Korea Selatan mendedahkan perjanjian bersama AS bagi menambah jarak peluru-peluru berpandu balistiknya lebih dua kali ganda daripada had  semasa iaitu sehingga 800 kilometer (km) sebagai perlindungan daripada serangan Korea Utara.

Sementara itu, AS menafikan tindakan untuk mengapi-apikan Korea Utara tetapi secara fakta, lebih 20,000 tenteranya kini berada di Korea Selatan berfungsi sebagai pertahanan kepada sekutunya itu.

Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara dalam satu kenyataan mengulas, bersedia berhadapan dengan ancaman tentera AS.

"Kami tidak menyembunyikan sebarang fakta dan mengakui pasukan tentera revolusi termasuk strategi pasukan roket sedia untuk berperang, bukan sahaja di pangkalan tentera yang digunakan AS tetapi di kawasan-kawasan yang dicerobohinya seperti di tanah Korea, Jepun, Guam termasuk tanah besar AS sendiri," menurut kenyataan itu.

Korea Utara percaya tanah besar AS mampu diserang jika mereka membina peluru berpandu jarak jauh lebih 6,700 km.

Dua pelancaran roket serupa oleh Korea Utara sebelum ini menemui kegagalan tetapi jirannya tetap bimbang jika pelancaran seumpama itu merupakan satu teknologi yang sempurna. - Reuters
'via Blog this'

Peluru berpandu Israel bunuh penduduk Palestin

Peluru berpandu Israel bunuh penduduk Palestin - Global - Sinar Harian:

Peluru berpandu Israel bunuh penduduk Palestin
Penduduk bandar Rafah melihat bangkai motosikal mangsa yang hangus terkena tembakan tentera rejim.
GAZA - Seorang rakyat Palestin meninggal dunia selepas terkena tembakan sekumpulan askar Israel yang menyerang Khan Younes, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut saksi, kejadian berlaku sebaik sahaja tentera rejim membedil sebuah masjid di perkampungan Al-Qarara.

"Kami turut melihat kereta perisai tentera rejim yang melalui jalan bersebelah Tembok Apartheid melepaskan lebih 10 tembakan menyebabkan letupan besar di kawasan berhampiran masjid dan tanah ladang kami sehingga rosak teruk," kata saksi.

Sementara itu, kenyataan sumber dalam bahasa Ibrani mendakwa, lebih 55 roket dan bom mortar dari Semenanjung Gaza membedil wilayah barat Negev, dalam selatan Israel dan serangan yang meragut nyawa rakyat Palestin itu adalah amaran balas oleh tentera rejim.

Pada Ahad lalu, sebuah pesawat tentera rejim melepaskan tembakan ke arah wilayah Palestin, menyebabkan dua penduduk awam yang pada ketika itu sedang menaiki motosikal di bandar Rafah parah.

Akhbar berhaluan rejim Haaretz menyimpulkan tentera bersayap Hamas dan militan mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan roket dan bom mortar. - PNN

'via Blog this'

Mursi bebaskan semua tahanan revolusi

Mursi bebaskan semua tahanan revolusi - Global - Sinar Harian:

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengambil keputusan membebaskan semua tahanan politik dan rakyat tempatan yang ditangkap sejak tercetusnya bantahan menjatuhkan Hosni Mubarak tahun lalu, kelmarin.

Menurut jurucakap presiden, pembebasan itu melibatkan semua warganegara yang perlu dibicarakan dan mereka yang dihukum penjara kecuali disabitkan bersalah kerana membunuh.

Kumpulan aktivis berkata, ribuan warganegara dibicarakan di mahkamah ketenteraan di atas faktor keselamatan susulan kejatuhan Mubarak pada 2011.

Kumpulan yang mengetengahkan kempen 'Katakan tidak kepada perbicaraan ketenteraan', itu mengandaikan sekurang-kurangnya 5,000 tahanan politik masih dalam penjara.

Langkah pembebasan oleh Mursi itu adalah salah satu tuntutan lama dituntut pergerakan belia Mesir yang mendalangi pemberontakan tahun lalu.

Kebanyakan yang ditahan adalah penunjuk perasaan semasa bantahan yang meletus sepanjang tempoh 18 bulan pemerintahan oleh ketenteraan di bawah kepimpinan Mohammed Hussein Tantawi yang merupakan Menteri Pertahanan di bawah Mubarak selama dua dekad.

Sementara itu, Penasihat Perundangan Mursi, Mohammed Gadallah berkata pembebasan itu merupakan salah satu daripada kemenangan penting dalam revolusi Mesir. - Al-Jazeera

'via Blog this'

PBB puji perjanjian Filipina, MILF

PBB puji perjanjian Filipina, MILF - Global - Sinar Harian:

PBB puji perjanjian Filipina, MILF
Askar Filipina menarik balik kawalan ketenteraan di wilayah selatan, Filipina yang sebelum ini dikawal oleh MILF.
NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , Ban Ki-Moon memuji perjanjian damai dalam menamatkan pemberontakan antara puak pemisah dengan kerajaan negara itu yang meragut hampir 150 nyawa sejak sedekad lalu.

Ki-Moon berkata, perjanjian itu menyaksikan penubuhan kawasan baru semi autonomi Islam di wilayah selatan Filipina, yang merupakan sebuah kawasan kaya dengan sumber alam.

“Seramai 12,000 Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menganggap kawasan itu sebagai tanah warisan mereka, maka kawasan berkenaan diserahkan kembali kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, tindakan berani Presiden Benigno Aquino dan komitmen kepimpinan MILF yang diberikan berjaya mencapai matlamat keamanan di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

“PBB berharap, keamanan terus dikekalkan bagi kemakmuran Filipina dan penduduk di rantau baru semi autonomi itu yang dipanggil Bangsamoro,” katanya. -  AFP

'via Blog this'

Lagi kapal bawa aktivis pro-Palestin ke Gaza

Lagi kapal bawa aktivis pro-Palestin ke Gaza - Global - Sinar Harian:

Lagi kapal bawa aktivis pro-Palestin ke Gaza
Seramai 17 aktivis pro-Palestin dari lapan negara ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan.
BAITULMAQDIS - Sebuah lagi kapal membawa 17 aktivis pro-Palestin dari lapan  negara, termasuk Israel dilaporkan menuju ke Gaza, iaitu dalam usaha terbaru untuk memecahkan sekatan haram rejim Zionis, menurut  seorang aktivis, kelmarin.

Dror Feiler berkata, kapal The Estelle itu berlayar dari Naples, selatan Itali pada Ahad lalu, dan dijangka sampai Gaza, pertengahan bulan ini.

"Apabila masyarakat dunia memikirkan mengenai  flotilla, mereka pasti teringat dengan insiden serangan ganas tentera Israel ke atas Mavi Marmara pada 2010.

"Walaupun The Estelle membawa tujuan sama, kami mahu askar rejim Zionis melihat misi kemanusiaan pada kali ini pada persepsi berbeza kerana ia bukan satu kempen ganas," katanya. 
 
Menurutnya, The Estelle adalah simbol yang membawa mesej keamanan kerana ia pernah membawa kumpulan aktivis pencinta alam dan digunakan dalam misi perdagangan adil.

Difahamkan, kapal misi Freedom Flotilla tersebut membawa pelbagai bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. 

Misi flotilla sebelum ini gagal dilaksanakan berikutan sekatan tegas daripada pihak berkuasa.

Pada musim panas tahun lalu, beberapa kapal yang berlayar dari Athens dipintas pihak berkuasa Greece selepas mereka menghampiri perairan antarabangsa.

Dalam insiden berasingan November lalu, tentera laut Israel turut memintas dua kapal dari Ireland dan Kanada membawa 27 penumpang yang cuba untuk memecahkan sekatan haram Israel di perairan antarabangsa di luar Gaza. - AP

'via Blog this'

Mayat warga emas ditemui tinggal rangka - Pahang

Mayat warga emas ditemui tinggal rangka - Pahang - Sinar Harian:

Mayat warga emas ditemui tinggal rangka
Mayat mangsa dibawa ke HTAA, Kuantan untuk bedah siasat.
RAUB - Mayat dipercayai warga emas yang hanya tinggal rangka ditemui dalam sebuah bilik di perumahan Taman Raub Jaya 1, semalam.

Mayat Chiew Yoke Woh @ Chiew Ngan Chai, berusia 67 tahun, ditemui terlentang atas katil ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumahnya untuk lawatan bagi mengemas kini data penerima bantuan.

Anaknya, Chiew Pit Yeong, 24, mengalami masalah mental merupakan penerima bantuan bulanan daripada JKM.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

"Ketika ini kita mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

"Mayat dibawa ke Hospital Raub sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat," katanya.

'via Blog this'

‘Tolong baca al-Fatihah’

myMetro | ‘Tolong baca al-Fatihah’:

SITTWE: Walaupun hidup dalam kepayahan sebagai pelarian, namun sesetengah penduduk Islam Rohingya di Rakhine berpelajaran tinggi.
Wartawan begitu teruja apabila menemui beberapa penduduk Islam Rohingya fasih berbahasa Inggeris dengan ada antara mereka pernah menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dalam bidang perubatan.

Bagaimanapun, mereka dilihat begitu berhati-hati apabila bertemu wartawan kerana bimbang ada perisik cuba masuk untuk mengintip mereka dan itu berlaku kepada jurugambar, Supian Ahmad yang dikerumuni puluhan pelarian Islam Rohingya.
Seorang pelarian Islam Rohingya, Nasib Ali Khan, 34, ketika ditemuramah wartawan begitu sangsi dengan kehadiran kami dan bagi memastikan kami bukan perisik, Nasib meminta Supian membaca al-Fatihah bagi membuktikannya seorang Muslim.

Kami turut terpesona melihat keindahan ciptaan Allah apabila salah seorang kanak-kanak Islam Rohingya, Rusyam Jamal, 12, memiliki mata berwarna hijau dan memakai `tanaka’ di mukanya.

Itu antara rentetan pengalaman menarik dilalui kami sepanjang dua hari Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Rakhine, Myanmar.

'via Blog this'

Akhbar lapor hidup mewah pegawai kerajaan dimusnah

myMetro | Akhbar lapor hidup mewah pegawai kerajaan dimusnah: "BEIJING: Laman web media sosial China semalam berang ekoran dakwaan seorang pegawai kerajaan tempatan cuba menyekat akhbar yang menyiarkan laporan mengenai seleranya terhadap aksesori mewah.

Pengguna mikroblog mendakwa puluhan ribu naskhah akhbar harian itu dimusnahkan Isnin lalu selepas ia menyiarkan laporan mengenai pegawai kanan kerajaan di wilayah tenggara, Fujian itu.


Pengguna memuat naik laporan daripada City Times yang mendakwa Li Dejin, Pengarah Jabatan Komunikasi wilayah Fujian memiliki jam Rado bernilai 50,000 yuan (RM24,408) dan tali pinggang Hermes berharga RM7,322. - AFP"

'via Blog this'

Chavez tetap sokong Bashar

myMetro | Chavez tetap sokong Bashar: "CARACAS: Presiden Hugo Chavez semalam berikrar akan terus menyokong Presiden Bashar al-Assad.

Pemimpin Venezuela itu menganggap Bashar sebagai presiden Syria yang sah dan menyalahkan Amerika Syarikat berhubung perang di negara itu yang berlaku sejak 19 bulan lalu.


“Bagaimana saya tidak boleh menyokong kerajaan Bashar al-Assad jika ia adalah kerajaan Syria yang sah? kata Chavez yang dipilih semula menjadi pemimpin Venezuela untuk penggal ketiga Ahad lalu.

Beliau menyifatkan pejuang yang cuba menggulingkan Bashar sebagai pengganas. “Siapa yang perlu saya sokong...pengganas yang membunuh penduduk?” tanya Chavez.


Pemimpin Venezuela itu sering mencetuskan kemarahan Amerika Syarikat kerana hubungan rapatnya dengan musuh utama Washington, iaitu Cuba, Iran dan Syria.


Chavez berkata, Syria berdepan dengan ‘krisis yang dirancang,’ sama seperti perang yang menggulingkan Muammar Gaddafi di Libya.

“Kerajaan Amerika Syarikat adalah antara pihak yang perlu disalahkan kerana peperangan di Syria,” kata Chavez. - AFP"

'via Blog this'

Serangan AS ke atas Teheran masih jauh: Mitt Romney

myMetro | Serangan AS ke atas Teheran masih jauh: Mitt Romney: "CUYAHOGA FALLS: Calon Parti Republikan pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney semalam berkata, sebarang campur tangan ketenteraan Amerika Syarikat untuk menghentikan program nuklear Iran masih jauh.

Romney bagaimanapun menegaskan, beliau menyokong ‘garisan merah’ yang disuarakan oleh Perdana Menteri Israel bagi menghalang Iran daripada mampu untuk menghasilkan senjata atom.


“Saya berpendapat Iran tidak boleh diberi peluang untuk menghasilkan senjata nuklear,” kata Romney kepada CNN dari Ohio, tempat dia berkempen.

Populariti calon Republikan itu meningkat minggu lalu selepas berdebat dengan Presiden Barack Obama.


“Biar kita juga akui bahawa perjalanan masih lagi jauh sebelum tindakan ketenteraan perlu diambil. Dan diharapkan, tindakan itu tidak perlu dilakukan,” katanya. - AFP"

'via Blog this'

Iran mampu atasi sekatan

myMetro | Iran mampu atasi sekatan:

TEHERAN: Iran mampu mengatasi sekatan ekonomi ‘tidak bertamadun’ yang dilaksanakan oleh Barat berhubung program nuklearnya.
“Sekatan itu adalah tidak bertamadun. Ia adalah perang terhadap sebuah negara. Tetapi Iran akan mengatasinya,” kata pemimpin tertinggi Republik Islam itu, Ayatollah Ali Khamenei ketika berucap di Khorasan Utara, wilayah timur laut negara itu.

Beliau turut menuduh Barat menipu mengenai tawaran menarik balik sekatan berkenaan jika Iran memberi jaminan untuk menyokong dakwaan bahawa program nuklearnya hanya untuk kepentingan awam.
Barat mengesyaki Iran berusaha menghasilkan senjata atom menerusi program nuklear itu.

Teheran bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan. Khamenei berkata, sekatan itu mencetuskan masalah kepada Iran. Di samping itu, beberapa kesilapan pengurusan dalam menangani langkah berkenaan merumitkan lagi keadaan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terinci mengenai perkara itu.
Pemimpin itu turut menolak tanggapan bahawa sekatan itu berkait dengan program nuklear negaranya, seperti yang didakwa Barat.

“Amerika Syarikat dan beberapa kerajaan Barat mengaitkan sekatan itu dengan program nuklear Iran. Mereka sebenarnya menipu,” kata Khamenei.
Katanya, Iran menjadi sasaran sekatan sejak revolusi Islam pada 1979 kerana tentangannya terhadap kuasa dunia.

Barat meningkatkan sekatan ekonomi terhadap Republik Islam itu sejak dua tahun lalu, menyebabkan eksport dan pengeluaran minyak Iran menurun, nilai mata wangnya merudum, ekonominya lembap dan jumlah penganggur bertambah. Rundingan antara Iran dengan kuasa besar mengenai program nuklearnya terhenti sejak beberapa tahun lalu.

Teheran juga berdepan dengan beberapa sekatan antarabangsa yang dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - AFP

'via Blog this'

11,000 hidap sakit mental

myMetro | 11,000 hidap sakit mental: "BANDAR SERI BEGAWAN: Daripada kira-kira 400,000 penduduk Bruneii, statistik kesihatan mendedahkan, sekurang-kurangnya 2.75 peratus daripada mereka mempunyai masalah kesihatan mental.

Menteri Kesihatan, Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof dalam ucapan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam berkata, hampir 11,000 orang mendaftar dengan Perkhidmatan Kesihatan Mental di bawah kementerian itu.
Kementerian menggunakan dua strategi bagi membantu golongan itu, iaitu melibatkan individu, keluarga dan masyarakat dan menggalakkan persekitaran yang mampu membantu diagonosis, rawatan dan mengelak gangguan mental.

Langkah kedua pula, melalu intergrasi rawatan kesihatan mental melalui perkhidmatan kesihatan biasa dan memahami secara holistik kesihatan mental dalam komuniti. - Brunei Times"

'via Blog this'

Mangkuk kencing berbentuk mulut wanita di restoran akan dibuang

myMetro | Mangkuk kencing berbentuk mulut wanita di restoran akan dibuang:

MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis.
MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis.
SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.
Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah.

“Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,” kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.
Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing itu sebagai ‘tidak mengejutkan.’ Bagaimanapun, aktivis wanita dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu menjijikkan.

“Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya,” kata Anne. - DM

'via Blog this'

Keluarkan peluru di leher

Berita Harian | Keluarkan peluru di leher:

Seorang penduduk tempatan membaca muka depan sebuah akhbar mengenai   remaja  perempuan   yang ditembak   militan Taliban di Peshawar, semalam.Seorang penduduk tempatan membaca muka depan sebuah akhbar mengenai remaja perempuan yang ditembak militan Taliban di Peshawar, semalam.
Peshawar: Sekumpulan doktor Pakistan semalam berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari leher seorang budak perempuan berusia 14 tahun yang ditembak oleh militan Taliban kerana menyuarakan pandangan menyokong pendidikan wanita. 

Sepasukan pakar bedah tentera dan awam merawat Malala Yousufzai di sebuah hospital tentera di Peshawar selepas ditembak di Mingora, Lembah Swat. 

“Pembedahan mengeluarkan peluru itu mengambil masa beberapa jam kerana adanya komplikasi.

Malala belum sedar 

“Saya tidak dapat memberitahu keadaan terkini Malala. Sepasukan doktor melakukan pemantauan berterusan. Cuma, dia semakin pulih. Tetapi, dia belum sedar,” kata Menteri 


Penerangan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Mian Iftikhar Hussain. 

Hussain berkata, keputusan belum dibuat sama ada remaja terbabit perlu dihantar ke luar negara untuk rawatan lanjut. 

Malala dihormati kerana mendedahkan kekejaman Taliban dan menyokong pendidikan wanita meskipun berhadapan dengan pelampau agama.

Remaja ditembak di kepala 

Pada Selasa lalu, seorang lelaki bersenjata yang juga anggota Taliban berjalan ke arah bas yang membawa kanak-kanak pulang dari sekolah dan menembak kepala dan leher Malala. 
Seorang lagi budak perempuan lain dalam bas yang sama turut cedera. 

Panglima tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Parvez Kayani melawat hospital itu untuk melihat keadaan mangsa, menurut kenyataan tentera. 

“Dengan menyerang Malala, pengganas gagal untuk memahami bahawa beliau bukan hanya individu tetapi ikon keberanian dan harapan yang membuat pengorbanan besar kepada penduduk Swat dan negara apabila mereka berjuang untuk membebaskan lembah ini daripada cengkaman keganasan,” kata Kayani. 

Beliau juga berikrar, tentera tidak akan tunduk kepada pengganas seperti yang melepaskan tembakan ke arah aktivis muda itu. - AP
'via Blog this'

Syiling Hobbit di New Zealand

Berita Harian | Syiling Hobbit di New Zealand:

Gambar syiling emas HobbitGambar syiling emas Hobbit
Auckland: New Zealand akan mengeluarkan wang syiling peringatan ‘The Hobbit’ bernilai ribuan dolar menjelang tayangan perdana epik terkini arahan Peter Jackson bulan depan hasil nukilan buku penulis terkenal, Tolkien. 

Wang syiling itu memaparkan karektor seperti Bilbo Baggins dan Gandalf diumumkan sah untuk digunakan di sini, lapor akhbar New Zealand Post.
Wang syiling paling mahal adalah daripada satu auns emas tulen (28.3 gram) akan dijual pada harga NZ$3,695 (RM9,297) tetapi mempunyai nilai muka hanya sebanyak NZ$10 (RM25.16) manakala wang syiling paling murah adalah NZ$1 (RM2.51) akan dijual pada harga NZ$29.90 (RM75.22). 


Wang syiling itu akan mulai dijual pada 1 November depan dan New Zealand Post menjangkakan ia akan menarik minat penyertaan antarabangsa menjelang tayangan perdana pertama dari tiga filem ‘The Hobbit’ di Wellington pada 28 November. 

Tiga filem 

Jackson yang bertanggungjawab mengadaptasi trilogi Tolkein, ‘The Lord of the Rings’ hingga menang anugerah Oscar, mengumumkan awal tahun ini bahawa beliau akan membuat tiga filem berasaskan buku ‘The Hobbit’ dan bukan dua daripada yang dicadangkan awalnya. 

Martin watak utama 
Pelakon Britain, Martin Freeman yang dikenali menerusi drama ‘The Office” memegang watak utama Bilbo Baggins yang berusaha untuk mendapatkan semula ‘Dwarf Kingdom of Erebor’ dari naga Smaug yang menakutkan. - Agensi
'via Blog this'

Jimmy reda dengan perpisahan

Kosmo! Online - Negara:


Gambar majlis persandingan Jimmy Shanley dan Nur suhaila Eliani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 hanya tinggal kenangan.


PETALING JAYA – Selepas dua tahun berdepan kontroversi rumah tangga, pengacara, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara tebus talak RM1.
Serentak itu, bekas pengacara Trek Selebriti di saluran berbayar Astro itu, disahkan bercerai talak satu dengan Nursuhaila oleh Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah selepas masing-masing melafazkan tebus talak tersebut.
Nursuhaila menyerahkan wang tebus talak RM1 itu kepada Jimmy sebelum prosiding bermula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dekat sini semalam.
Sehubungan itu, Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, nafkah mutaah, nafkah tertunggak serta hutang piutang begitu juga dengan Jimmy yang tidak akan menuntut hutang sesama mereka.
Perceraian secara tebus talak merupakan suatu perceraian yang diminta oleh isteri dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya.
Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu.
Sejurus selesai prosiding, Jimmy, 32, yang bergegas keluar dari dewan mahkamah sempat memberitahu media yang dia terpaksa memungkiri janji ibu mertuanya yang juga pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan Nursuhaila.
“Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan saya di Jannah (syurga),” katanya sambil menguntum senyuman pahit.

'via Blog this'

SYRIA

:
 "SYRIA# ALEPPO

LA HAWALA WALA QUWATA ELA BELLAH!!!

THE ASSAD REGIME SEEMS TO ONLY TARGET THE VULNERABLE!
CHILDREN , WOMEN, ELDERLY AND THE DISABLED!!!!

DEATH TO BASHAR ASSAD !!!!!"