Saturday, November 28, 2015

Amerika dan Red Indians yang muslim



Malam Jumaat yg mulia, saya kongsikan kajian yang penting ini..
Pastinya kita semua akan terperanjat membaca kebenaran di sebalik apa yang di paparkan pada kita saban tahun.. sejarah di manipulasi supaya kita rasa terpinggir dan kerdil..
Mereka boleh musnahkan barang bukti, tapi mereka tak boleh musnahkan iman di dalam hati2 red indian..

Saya kongsi kajian yang lebih terperinci tentang Amerika dan Red Indians yang muslim..subhanallah..
"Kecik2 tengok cerita koboi..rupa2nya yg jahat dalam filem tu ler orang Islam.."

Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Bercakap tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Yang menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam Bahasa Arab.

Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) sahaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi,Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.

Selain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bukankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut, iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.
Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi.

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumpai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (seramai 300,000 orang yahudi yang diusir oleh Raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Tahukah kita sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua Amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.

Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari China, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya. Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia.

Wallahua’lam

Dikatakan Buah Pukul berasal dari Yunnan, subhanallah.

Che'gu Rosman

Dapat duit hanya dengan makan dalam online


Dapat duit hanya dengan makan dalam online
Kim Sung Jin
SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang remaja Korea yang hanya makan secara online di depan webcam komputernya mampu menjana hampir £1,000 (RM4,500) setiap hari.
Kebiasaanya, Kim Sung Jin, 14, akan menikmati makanan malam seperti pizza, ayam goreng dan makanan cina di dalam sebuah bilik kecil di kediaman keluarganya yang terletak di selatan Seoul dan ditonton oleh ribuan peminatnya.
Malah Sun Jing bukan sahaja makan di depan webcamnya, malah turut berkomunikasi dengan palayar melalui siaran video langsung yang disiarkan di Afreeca TV.
Rancangan Sun Jing yang lebih dikenali dengan nama Patoo mendapat jumlah tontonan yang ramai dan biasanya akan dibayar £1,000 (RM4,500) untuk setiap episod.
Sun Jing akan makan di depan penonton hampir setiap hari sejak berumur 11 tahun.
Menurutnya, pada mulanya dia makan secara online sebagai satu cara untuk mencari teman untuk menemaninya makan kerana ibu bapanya tinggal berjauhan dengannya.
"Saya tinggal bersama datuk dan nenek yang biasanya akan makan malam awal menyebabkan saya sering keseorangan untuk makan,' katanya.
Tambahnya lagi, rancangan itu juga menyebabkan dia dikenali ramai.
" Ramai menyapa ketika bertemu di luar,' kata dipetik Dailymail.
Di Korea Selatan, aplikasi video online Afreeca TV mempunyai lebih 8 juta pelayar setiap bulan dan mejadi sebahagian kepada kehidupan sosial kepada remaja.

Kenapa Charles buat begitu?

Kuala Lumpur: Adik Timbalan Pendakwa Raya mendiang Anthony Kevin Morais, disahkan melarikan diri selepas membuat sidang media mengaitkan kematian abangnya itu dengan 1MDB.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Charles Suresh Morais dilapor meninggalkan negara ini melalui pintu keluar di Johor Bahru, Johor, sejurus membuat sidang media di ibu negara.
"Ini adalah tindakan pengecut, jika dia (Charles Suresh) ada maklumat dia perlu bantu siasatan polis. Bukan buat tuduhan liar kemudian melarikan diri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis akan memanggil seorang peguam yang dikatakan bersama-sama Charles Suresh dalam sidang media itu untuk membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 202 Kanun Tatacara Jenayah dan 124L Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 12:31 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96406#sthash.4rNRTV8c.dpuf

Bapa perlu RM20,000 rawat anak


Bapa perlu RM20,000 rawat anak
Hasrolnizam dan Norhidayah merayu simpati orang ramai bagi membiayai rawatan anaknya yang mengalami masalah paru-paru kronik, jantung berlubang dan saraf mata. Gambar kecil: Nur Uzma Hanania perlukan sumbangan orang ramai untuk merawat penyakitnya.

AYER KEROH - Kegembiraan Hasrolnizam Haron, 28, dan isterinya, Norhidayah Nasarudin, 27, memperoleh cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga setahun lalu direntap apabila menerima perkhabaran anak yang dilahirkan mengalami penyakit paru-paru kronik.
Lebih menyedihkan, bayi yang dilahirkan pramatang itu, Nur Uzma Hanania, turut disahkan mempunyai masalah jantung berlubang dan penyakit saraf mata sehingga boleh menjejaskan penglihatannya sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Menurut Hairolnizam, meskipun dia dan isterinya sangat sedih menghadapi keadaan itu, namun mereka terpaksa tabah menghadapi dugaan dan berusaha sehabis daya untuk mendapatkan dana merawat penyakit anaknya.
Katanya, dia kini buntu kerana kos yang perlu ditanggung di luar kemampuan mereka.
“Kami perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk kos suntikan khas dinamakan Palivizumab bagi bayi kami.
“Suntikan tersebut bagi mengelakkan anak saya terkena komplikasi paru-paru dan ia perlu dilakukan sebanyak lima kali dengan kos RM4,000 setiap kali mengambil suntikan,” katanya yang menetap di Kampung Sempang, Merlimau.
Kata Hairolnizam, sepatutnya suntikan itu perlu diberi segera tetapi dengan pekerjaannya sebagai buruh dan pendapatan tidak menentu, mereka tidak mampu untuk membiayainya.
Katanya, ketika anaknya dilahirkan di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, bayi berkenaan hanya seberat 0.65 kilogram sehingga terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dengan bantuan alat pernafasan sehingga usianya mencecah empat bulan dan kini beratnya 1.75 kilogram.
“Selain masalah paru-paru, dia juga berdepan masalah saraf mata dan pada masa sama terpaksa menjalani rawatan laser di hospital berkenaan.
“Anak saya perlu mendapatkan suntikan tersebut segera kerana selagi tidak dilakukan dia akan mengalami masalah pernafasan seperti berbunyi ketika bernafas, sering batuk, cepat lelah dan kerap menangis,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, dia merayu sumbangan orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan bagi menampung kos suntikan yang diperlukan berjumlah RM20,000.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 154026795992 atas nama Hasrolnizam Haron.

Jerman hantar pulang pencari suaka


Jerman hantar pulang pencari suaka
Pelarian memasuki sempadan Macedonia pada Oktober lalu. - Foto AFP

BERLIN - JERMAN. Sekurang-kurangnya 60 pencari suaka dari Kosovo, Montenegro dan Albania yang memasuki Jerman bakal dihantar pulang ke negara asal.
Tindakan itu terpaksa diambil kerana kesemua mereka tidak layak mendapat status pelarian.
"Seperti yang diketahui, ketiga-tiga negara Balkan ini telah dinyatakan sebagai aman pada September lalu.
"Oleh itu, dokumen dan permohonan mereka ditolak," kata jurucakap pihak berkuasa Jerman.
Sekitar 104,460 pelarian memasuki negara ekonomi terbesar di Eropah itu pada bulan Ogos lalu.
Jerman menganggarkan sekitar 800,000 lagi pelarian tiba tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tahun lalu. - CNN

Lagi desakan mahu Najib segera undur


Lagi desakan mahu Najib segera undur
Kira-kira 50 ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia terus mendesak Mohd Najib berundur dan melakukan pemilihan Umno tahun hadapan. - Sinar Harian.
PUCHONG - “Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dah banyak buat perkara yang menyusahkan rakyat, kita desak beliau berundur... kalau tak, kami semua seluruh negara akan undurkan dia,”demikian desakan Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon.
Beliau bersama kira-kira 50 ahli Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia terus mendesak perkara itu dan memberitahu gerakan itu kini mendapat sokongan lebih 20 bahagian di seluruh negara.
Menurutnya, angka bukan sebagai penentu namun pihaknya ingin memberitahu pucuk pimpinan bahawa ketua cawangan yang memberi sokongan meminta Najib berundur bertambah setiap hari.
“Matlamat kami hanya mahu presiden turun, kalau beliau bijak...  jalankan pemilihan Umno tahun depan untuk kembalikan keyakinan kepada parti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gesa Najib undur: Ketua cawangan nafi wujud dalang]
“Kami sayang Umno, kami orang Umno, kami tak akan keluar daripada Umno dan tak akan buat parti baharu, cuma dua perkara tu saja kami desak,” katanya pada sidang media Perjuangan Mendemokrasikan Umno ‘Berani Kerana Benar’, di Kelab Golf Kinrara, malam ini.
Ketua Umno Cawangan Bandar Puteri, Mohd Shukor Mustaffa berkata, pihaknya membuat ketetapan presiden perlu berundur dan tiada pemecatan kepada mana-mana ahli Umno yang menegur atau mengkritik parti serta pemimpin demi kebaikan.
Katanya, ketua cawangan yang memberi kuasa kepada presiden dan dengan ‘kuasa’ yang ada juga Najib akan dijatuhkan.
Dalam tempoh sebulan dua lagi, katanya, pihaknya akan menunjukkan bahawa mereka mempunyai kuasa yang dimaksudkan.
Mohd Shukor berkata, beliau kecewa apabila ketua bahagian yang diharap membuat teguran sebelum ini tidak bercakap hanya kerana takut menjejaskan kedudukan dari segi material.
“Kami harap teguran dilakukan oleh mereka yang berjawatan kepada nakhoda kapal layar Umno, namun ia tidak berlaku, jadi masa telah sampai untuk kami buka mulut dan lakukan sesuatu,”katanya.
Menurutnya, beliau sedih dengan perkembangan parti keramat tersebut kebelakangan ini termasuk tindakan tidak bijak di peringkat tertinggi parti.
“Kami tidak berseorangan mendesak perubahan berlaku dalam kepimpinan Umno Malaysia, jangan ada pihak yang beranggapan kami perosak Umno sedangkan kami tiang utama untuk Umno kembali kuat,”katanya.
Tambahnya lagi, Umno kini sudah tergelincir dari landasan dan pihaknya bertungkus lumus untuk memperbaiki semula landasan.
Beliau mempersoalkan mengapa mereka yang memberi kritikan membina dikenakan tindakan, dan yang melontar pandangan benar  serta ikhlas menjadi ‘dosa’ dalam Umno.
“Kami bukannya dalang dan tiada siapa menjadi dalang di belakang kami, kami menyusun rangkaian ketua cawangan yang berani untuk menentukan Umno berada di landasan sepatutnya,”katanya lagi.
Ketua Cawangan Umno Taman T.K.K, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Najib tidak sesuai lagi mengepalai Umno atau BN untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
“Lebih baik beliau berundur daripada Umno menjadi mangsa pada masa akan datang, kami lakukan ini untuk selamatkan parti.
“Ada yang kata ia tak berkesan, kalau tak berkesan kenapa ada sembilan orang yang buat kenyataan dihantar surat dikenakan tindakan tatatertib,”katanya.

Kenyataan Charles diragui kebenarannya


Kenyataan Charles diragui kebenarannya
Zakwan menunjukkan draf kertas pertuduhan yang terdapat tandatangan ringkas didakwa Charles milik mendiang Kevin.

PETALING JAYA – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendesak Charles Suresh Morais membuat laporan polis berkenaan maklumat dimiliki berkaitan kematian abangnya, bekas Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, mendiang Anthony Kevin Morais.
Timbalan Presiden PMSP, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari berkata, kenyataan Charles bahawa terdapat tandatangan ringkas dikenal pasti milik Kevin bertulis ‘AKM’ pada draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  amat meragukan.
“Pada draf kertas pertuduhan disiarkan Sarawak Report beberapa bulan lalu, terdapat satu pembetulan yang dibulatkan.
“Pada pembetulan itu, terdapat tandatangan ringkas. Apabila kami membuat semakan tidak terdapat perkataan ‘AKM’ pada draf tersebut. Draf ini didapati palsu kerana banyak kesilapan dan ia disahkan Pejabat Peguam Negara,” katanya pada sidang media, semalam.
Menurutnya, Charles sepatutnya membuat laporan polis dan bukannya akuan bersumpah.
“Kami beri tempoh tujuh hari kepada beliau untuk buat laporan polis dan menyerahkan segala maklumat termasuk pemacu USB yang didakwa mempunyai maklumat penting kepada polis,” katanya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, sebelum ini, menegaskan Kevin tidak terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan menolak dakwaan bahawa pembunuhannya ada kaitan dengan kes itu.
PDRM akan memanggil Charles berhubung laporan beliau ada maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan abangnya itu.

'Tak ada sebab haramkan kami masuk Sabah'



KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berasa kesal dengan keputusan Dun Sabah yang mengharamkan beliau dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki Sabah.
Beliau menegaskan halangan itu sebenarnya tidak berasas kerana majlis itu merupakan anjuran pelbagai pihak dan bukannya Jacel Kiram.
"Ia bukan sahaja dianjurkan Institut Demokrasi di Asia bahkan ditaja oleh pejabat Timbalan Presiden Filipina, dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada," katanya di luar pekarangan ibu pejabat polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN:  Izzah tidak rela digelar pengkhianat]
[ARTIKEL BERKAITAN: Biar pengharaman jadi pengajaran]
Nurul Izzah juga menegaskan, tiada apa yang perlu disembunyikannya di sebalik pertemuan kontroversi itu dan beliau sedia memberikan penjelasan kepada pihak polis.
"Hari ini saya menawarkan dan menyerah diri untuk menjawab persoalan termasuk tiada pembuktian di sebaliknya.
"Tiada sebab saya dan YB Tian Chua perlu diharamkan (ke Sabah)," ujarnya.
Dalam pada itu, Nurul Izzah mempertahankan bahawa gambar itu telah dimuat naik Jacel sendiri dalam akaun Facebooknya.
"Saya bukan pengkhianat negara, saya sayangkan Malaysia dan sekali lagi saya akan pertahankan kedaulatan Sabah," katanya lagi.

Kevin Morais terima gelaran Datuk


SULTAN NAZRIN menganugerahkan pingat DPMP kepada mendiang Kevin yang diwakili oleh Richard pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak 2015 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR – Bekas Timbalan Ke­tua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais (gambar kecil) yang mati dibunuh September lalu dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada Istiadat Peng­anugerahan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak 2015, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berlangsung di Istana Iskandariah di sini semalam.
Adik Kevin yang mewakili mendiang pada istiadat itu, Datuk Richard Morais, 49, berkata, dia amat berbangga atas anugerah DPMP yang membawa gelaran Datuk yang dite­rima abangnya secara anumerta atau anugerah diberikan kepada seseorang tokoh telah meninggal dunia.
“Anugerah ini merupakan sokongan daripada Sultan Perak dan kerajaan negeri kepada mendiang Kevin. Saya amat berterima kasih atas anugerah ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pekara­ngan Balairong Seri, Sultan Iskandariah di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3sjV8dzs2 
Hakcipta terpelihara 

Nurul Izzah beri keterangan, polis buka kertas siasatan



NURUL IZZAH berjalan keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam selepas memberi keterangan berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram di Filipina.


KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam untuk merekod keterangan beliau berhubung tindakannya bertemu dengan puteri Jamalul Kiram III, Jacel Kiram di Filipina baru-baru ini.
Nurul Izzah yang memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada pukul 3.35 petang sebelum dilihat keluar kira-kira pukul 5 petang.
Difahamkan proses merekod ke­terangan itu berjalan dalam tempoh kira-kira satu jam.
Ketika ditemui pemberita, Nurul Izzah berkata, pertemuan dengan Jacel bukannya dirancang sebaliknya ia secara kebetulan ketika dia menyertai satu majlis makan malam anjuran Institut Demokrasi Asia di Pejabat Timbalan Presiden Filipina dan Datuk Bandar Filipina.
“Saya memohon maaf dan kesal gambar yang dimuat naik itu mengguris perasaan keluarga mereka yang terkorban semasa insiden di Lahad Datu,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3sjUxUTMA 
Hakcipta terpelihara 

Rimba tugu peringatan MH17


SEBUAH monumen memperingati mangsa-mangsa Penerbangan Malaysia MH17 akan dibina berhampiran Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam, Australia.- AGENSI


AMSTERDAM – Sebuah rimba akan ditanam di Taman Vijhuizen, dekat Lapangan Terbang Schipol di sini bagi memperi­ngati mang­sa-mangsa Penerbangan Malaysia MH17 yang terkorban, lapor media Belanda kelmarin.
Monumen kebangsaan itu akan merangkumi 298 batang pokok, satu untuk setiap mang­sa pesawat malang itu, kata Yayasan Nahas MH17 kepada agensi berita ANP.
“Waris-waris mangsa me­ngundi untuk tempat paling sesuai dan mereka memilih Taman Vijhuizen di mana ke­semua 298 pokok itu akan ditanam,” kata yayasan itu.
Pokok-pokok itu disusun menyerupai bentuk reben hijau gergasi, simbol yang dipakai oleh waris mangsa bagi memperingati nahas pada 17 Julai 2014 itu. Satu dewan teater akan turut dibina di tengah­nya.
Pokok-pokok itu kelak akan dipasang dengan lampu yang dihidupkan pada waktu malam dan dikelilingi tumbuhan bu­nga matahari yang mekar pada 17 Julai, setiap tahun.
“Kami mahu menjadikan kehilangan ini dapat dilihat de­ngan membina sebuah monumen hidup.
“Kami mahu mewujudkan sebuah tempat di mana kena­ngan ini akan terus hidup, tempat di mana mangsa-mang­sa MH17 akan terus hidup dalam ingatan waris mereka,” menurut yayasan itu di laman web­nya.
Pada bulan lalu, pasukan penyiasat diketuai Belanda me­rumuskan bahawa pesawat milik Penerbangan Malaysia itu ditembak jatuh menggunakan sebuah peluru berpandu BUK buatan Rusia dari kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine.
Semua penumpang dan kru kapal terbang jenis Boeing 777 itu terbunuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas berlepas dari Lapangan Terbang Schipol.
Monumen itu dirancang untuk dibuka pada 17 Julai, 2017. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3sjSxHrEC 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Korea Utara diarah ikut gaya rambut 
Kim Jong-un


Kim Jong-un mengeluarkan arahan supaya setiap lelaki di Korea Utara meniru gaya rambutnya atau dikenakan tindakan. AGENSI
PYONGYANG 27 Nov. – Ketika pelbagai khabar angin mengenai penduduk Korea Utara ditindas dan dikenakan peraturan tidak masuk akal oleh pemimpin baharu Korea Utara, timbul pula laporan bahawa Kim Jong-un mengarahkan setiap lelaki memotong rambut sepertinya dan rambut mereka tidak boleh panjang melebihi dua sentimeter.
Bagaimanapun, portal Mail Online melaporkan, arahan tersebut tidak melibatkan golongan wanita tetapi disarankan untuk mengikut gaya rambut isteri beliau, Ri Sol-ju.
Laporan itu berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan dengan menggunting rambut pesalah yang melanggar arahan tersebut, terutamanya dalam kalangan pelajar universiti.
“Pihak berkuasa di universiti ditugaskan untuk meronda sambil membawa gunting bagi memotong rambut pelajar yang tidak mengikut syarat atau meniru gaya kapitalis.
“Bagaimanapun arahan itu tidak akan melibatkan golongan pelakon,” tambah laporan itu.
Sumber kerajaan memaklumkan, kedai gunting rambut di ibu negara, Pyongyang menerima kehadiran ramai pelanggan yang meminta gaya rambut Jong-un kerana tidak mahu dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa.
“Arahan baharu itu dikeluarkan sebagai usaha kerajaan untuk membanteras budaya dan ideologi kapitalis.
“Arahan untuk memotong rambut panjang merupakan usaha memastikan golongan belia berada dalam keadaan kemas sempena persidangan agung ketujuh parti pemerintah, Parti Buruh,” jelas sumber itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-korea-utara-diarah-ikut-gaya-rambut-8232-kim-jong-un-1.163047#sthash.TaUH2yk2.dpuf

Tugu MH17 dibina di Amsterdam


Taman Vijfhuizen berdekatan Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam akan menjadi lokasi taman memorial nasional bagi memperingati mangsa-mangsa terbunuh dalam tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. AFP
THE HAGUE 27 Nov. – Satu taman memorial berkonsep alam semula jadi akan dibina berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam bagi memperingati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, lapor media Belanda semalam.
Monumen nasional yang akan dibina itu bakal menempatkan 298 pokok, setiap satu pokok tersebut mewakili mangsa yang terkorban, kata Yayasan Bencana Penerbangan MH17 kepada agensi berita ANP.
“Ahli keluarga mangsa melakukan undian untuk memilih tempat yang paling sesuai dan taman Vijhuizen telah dipilih,” kata yayasan itu.
Pokok tersebut akan ditanam membentuk reben gergasi hijau bagi melambangkan simbol yang digunakan ahli keluarga mangsa, selain turut menempatkan sebuah pentas di tengah-tengahnya.
Tiga cadangan telah dikemukakan pada awal November untuk membina monumen bagi mempe-ringati mangsa pesawat MH17 yang kebanyakannya warga Belanda selepas pesawat itu ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014.
“Kebanyakan ahli keluarga mengundi untuk projek taman di Schiphol yang menjadi lokasi ter-akhir mangsa menaiki pesawat ter-babit,” kata yayasan itu.
Yayasan Dana Hutan Nasional berkata, pokok-pokok tersebut akan disinari cahaya lampu setiap malam selain bunga matahari mekar akan ditempatkan di sana pada 17 Julai setiap tahun.
“Kami ingin bina satu kawasan yang boleh menjadi ingatan dan kenangan buat keluarga mangsa,” kata yayasan itu.
Penyiasat Belanda membuat kesimpulan bahawa pesawat MAS itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia di wilayah bergolak di timur negara Ukraine pada bulan lalu.
Monumen ini dirancang untuk dibuka pada 17 Julai 2017. – AFP 

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tugu-mh17-dibina-di-amsterdam-1.163105#sthash.RDBAxG6f.dpuf

Friday, November 27, 2015

Kertas siasatan 7 individu diserah JK disiplin


Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan
KUALA LUMPUR - Kertas siasatan ke atas tujuh individu dalam Umno telah selesai dan akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk diambil tindakan selanjutnya.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas siasatan itu akan diserahkan dalam masa terdekat kepada jawatankuasa berkenaan.
"Sekarang ini kita tunggu Lembaga Disiplin untuk lihat kertas itu dan ia akan ambil masa sedikit.
"Keputusan akan dibuat oleh Majlis Tertinggi untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno 2015, di sini hari ini.
Ditanya identiti tujuh individu tersebut, Tengku Adnan bagaimanapun enggan mendedahkannya, tetapi mengakui beberapa anggota MT parti tersenarai di dalam kertas siasatan itu.
Beliau berkata Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat baru-baru ini tidak tergolong dalam tujuh individu yang disiasat itu. - Bernama

Google Map, Waze ancam keselamatan negara?


Google Map
Google Maps
KUALA LUMPUR - Terserah kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkaji dan mengambil tindakan jika merasakan penggunaan aplikasi Google Map dan Waze mengancam keselamatan negara.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jalani Johari berkata, setakat ini kerajaan tidak melihat sebarang masalah pada penggunaan kedua-dua aplikasi tersebut.
"Tidak harus dilihat teknologi digital ini sebagai satu masalah kerana ia adalah berkaitan ruang umum dan bukan ruang privasi selain memudahkan masyarakat.
"Penggunaan kedua-dua aplikasi itu adalah tertakluk kepada polisi privasi antara pemberi perkhidmatan dan pengguna,"katanya semalam.
Beliau menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN,  Tenom) yang meminta penjelasan bahawa rakyat terlalu bergantung kepada Google Map dan Waze bagi tujuan pencarian lokasi dan secara tidak langsung maklumat berkaitan Malaysia telah dibekalkan kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Israel.
Menurutnya, penggunaan aplikasi itu juga bukan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Akta Peribadi 2010 yang telah di kuatkuasakan kementeriannya.
Namun, beliau berkata, kementeriannya bersedia memberikan kerjasama kepada MKN untuk membantu dan menasihati terutama membabitkan isu komunikasi.
Katanya lagi, semua pihak tidak harus melihat aplikasi tersebut sebagai penghalang bagi rakyat negara ini menikmati kemajuan teknologi.
"Tetapi yang paling penting dan menjadi kebimbangan ialah rakyat terlalu mudah mendedahkan maklumat peribadi mereka dalam alam maya. Rakyat perlu sentiasa berhati-hati,"katanya.
Kadar penembusan jalur lebar di negara ini pada tahap 72.2 peratus dengan 22 juta rakyat menggunakan Internet.

Akta Hasutan hanya untuk lindungi pemerintah


Mohamad Sabu
Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Akta Hasutan nampaknya hanya digunakan untuk melindungi pemerintah, bukan lagi untuk keselamatan negara seperti tujuan asal kewujudannya.
Demikian dakwaan Presiden Parti Amanah Negara‎ (Amanah), Mohamad Sabu, ketika mengulas mengenai penyalahgunaan akta terbabit.
Kata Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata, penggunaan akta itu tidak seimbang antara parti pemerintah dengan pembangkang.
Malah katanya, adalah cukup jelas bahawa Akta Hasutan hanya diaktifkan semata-mata untuk mengekang pengaruh parti pembangkang dan pihak NGO yang menolak pemerintahan kerajaan.
“Amanah tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang sewenang-wenangnya menyalahgunakan Akta Hasutan ke atas pemimpin pembangkang, peguam, aktivis dan NGO yang menyuarakan kritikan terhadap penyelewengan dan rasuah pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, pihaknya menyeru semua ahli, parti-parti pembangkang, aktivis dan NGO lain untuk terus  bersatu menentang penyalahgunaan akta itu.
Pihaknya dalam pada itu turut menyeru semua pihak terus memberi sokongan terhadap mereka yang menjadi mangsa di bawah Akta Hasutan.

Audit: Bukti kerajaan boros, kata Nasrudin


Nasrudin Hassan
Nasrudin
SHAH ALAM - Laporan Kewangan Audit Negara bagi siri ketiga pada awal minggu ini didakwa menampakkan kegagalan kerajaan menguruskan hal ehwal kewangan negara, kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.
Tambah Nasrudin lagi, ia dibuktikan dengan hutang persekutuan yang membimbangkan dan kritikal iaitu 54.47 peratus KDNK (RM582.8 bilion).
“Kerajaan terus berbelanja dengan boros dan tidak berhemah dalam menentukan keutamaan perbelanjaan negara.
"Malah, dengan keadaan hutang yang terus meningkat, kerajaan terus menerus memohon pembekalan tambahan bagi menampung perbelanjaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, laporan audit juga mendedahkan jabatan dan kementerian berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan sehingga memaksa kepada peruntukan tambahan.
Jelas Nasruddin, ia sekaligus menunjukkan kerajaan tidak mempunyai perancangan kontingensi yang baik bagi menghadapi waktu-waktu kesulitan sehingga memaksa kepada pertambahan bekalan yang menjurus kepada bertambahnya hutang negara.
Bukan itu sahaja menurut Nasruddin, malah katanya, menurut analisis audit, terdapat kelemahan pengurusan dalam perbelanjaan pembangunan negara disebabkan kelewatan perlaksanaan projek,tiada kelulusan penyelarasan akhir harga projek dan bayaran kurang daripada anggaran keperluan semasa.
“Ini menyebabkan faktor pengurusan dalam pembangunan negara terus dipertikai,” katanya lagi.
Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan mengambil sikap bertanggungjawab di atas kelemahan dan kelompangan yang didedahkan laporan audit.
“Ini meletakkan kerajaan tidak relevan untuk mentadbir negara terus corak pengurusan dan pentadbiran dengan begini,” ujarnya.

Warga emas bina rakit hadapi banjir


Warga emas bina rakit hadapi banjir
Mamat (kiri) menunjukkan rakit tempat meletakkan barang sekiranya banjir melanda Kampung Budi, dekat Kuala Krai.

KUALA KRAI - Seorang warga emas mengambil inisiatif membina rakit untuk meletakkan barang sebagai persiapan menghadapi banjir di Kampung Budi, dekat sini.
Mamat Deris, 84, berkata, dia mengambil inisiatif itu kerana masih trauma dengan banjir besar tahun lalu, sehingga menyebabkan semua harta benda miliknya musnah.
Menurutnya, dia sanggup membelanjakan sejumlah wang kira-kira RM1,000 semata-mata untuk menyiapkan rakit berkenaan.
“Rakit yang dibina mengambil masa lima hari untuk disiapkan seorang diri. Bahan yang diperlukan pula terdiri dari lapan tong sabun, kayu dan khemah.
“Khemah ini mampu menampung barang dalam rumah pakcik dan anak yang tinggal berjiran. Kalau banjir.. barang akan dipindahkan ke dalam rakit, sementara kami berpindah ke pusat pemindahan. Pakcik yakin barang tidak akan tenggelam kalau banjir,” katanya kepada Sinar Harian.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia membuat persiapan awal bagi mengelak keadaan kelam kabut.
“Kalau banjir.. pakcik dah ada tempat untuk selamatkan barang. Kalau tak banjir syukurlah.. rakit ini boleh dijadikan tempat berehat,” katanya yang mempunyai 20 cucu.
Menurut Mamat, rumahnya yang didiami sejak 1960-an itu tenggelam ketika kemuncak banjir besar yang melanda kampungnya pada 22 Disember tahun lalu.
Katanya, ia merupakan banjir terburuk pernah dia lalui berbanding kejadian banjir besar yang berlaku pada 1967.
“Banjir besar juga melanda kampung ini pada 1978, namun tidak lah sebesar tahun lalu,” katanya yang merupakan antara penduduk tertua di kampung itu.
Tambahnya, dia tetap bimbang jika banjir besar sekali lagi melanda kampungnya, tetapi sekurang-kurangnya barangnya ada tempat untuk dipindahkan.
Banjir besar tahun lalu, memberikan kesan mendalam kepada mangsa terdiri daripada sebahagian besar penduduk di daerah ini, sekali gus menjadi garis panduan dan pengajaran buat mereka untuk berhadapan cabaran ketika musim tengkujuh.
Ada dalam kalangan mangsa yang hilang tempat tinggal dan harta benda, malah ada yang masih trauma hingga kini setiap kali hujan.

Umno bukan hanya milik seorang ahli'


Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal
SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal membidas tindakan pimpinan tertinggi parti itu yang membuat keputusan untuk menghalang Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dalam perasmian sayap-sayap parti.
Beliau menegaskan Umno‎ yang menjangkau usia 70 tahun sepatutnya lebih terbuka dan tidak hanya eksklusif untuk kepentingan individu-individu tertentu sahaja.
"Umno bukan dimiliki oleh seorang ahli, Umno adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," katanya, dalam satu kenyataan, semalam.‎
‎Beliau berkata, walaupun menghormati keputusan Majlis Tertinggi Umno itu namun, beliau berpandangan adalah tidak wajar untuk menidakkan tradisi parti yang sebelum ini dilakukan dalam setiap kali Perhimpunan Agung Umno.
Katanya, dalam perhimpunan tersebut bukan hanya ahli Umno sahaja yang mahu mendengar ucapan dari pemimpin tertinggi tetapi rakyat Malaysia juga mahu mengikuti perkembangan Umno.‎
" Saya masih ingat semasa pertama kali saya mengikut ayahanda saya Tun Sakaran ke Perhimpunan Agong Umno pada tahun 1970-an di Hotel Hilton, tempat persidangan pada ketika itu bukan sahaja dipenuhi dengan asap rokok, malahan halwa telinga kita disajikan dengan ucapan-ucapan yang bernas.
"Walaupun ada juga teguran-teguran lantang yang dibuat, tetapi saya dapat lihat setiap ahli Umno yang hadir termasuk barisan pemimpin tertinggi parti menerima setiap bait ucapan dan teguran itu dengan berlapang dada," katanya.
Katanya, walaupun sebelum ini Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyuarakan supaya Umno perlu lakukan perubahan namun proses tersebut tidak berlaku di peringkat atasan.
"Ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap peringkat, terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti keramat ini," katanya.

Jawatankuasa Fatwa Kedah haramkan vape


vape

ALOR SETAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan hukum menghisap rokok elektrik (vape) dan shisha stick adalah haram.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hukum berkenaan diputuskan melalui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 November lalu.
“Sejak kebelakangan ini, fenomena baru dalam industri rokok iaitu menghisap rokok menggunakan kaedah elektronik atau lebih dikenali sebagai vape diperkenalkan.
“Namun, rokok berkenaan dipercayai mengandungi bahan kimia tertentu antaranya nikotin, sebatian organik berwap (VOC) dan karsinogen,” katanya.
Syeikh Muhamad Baderudin berkata, terdapat juga bahan kimia yang menghasilkan bau dan perasa buah-buahan dimasukkan ke dalam rokok elektronik berkenaan.
Menurutnya, ada produk cecair vape tertentu pula dilaporkan mengandungi dadah, polycyclic aromatic hidrokarbon dan sebatian fenolik.
[ARTIKEL BERKAITAN: Vape alternatif terbaik atasi ketagihan rokok?]
Bagi shisha stick pula katanya, tabiat menghisapnya dikhuatiri sukar untuk ditegah terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.
“Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, bahan tertentu seperti propilena glikol, gliserin sayuran dan perasa dalam bentuk cecair didapati terkandung dalam shisha stick.
“Sesetengah produk berkenaan didakwa mampu menyebabkan penyakit berkaitan jantung dan kanser. Justeru, menghisap vape dan shisha stick disifatkan haram kerana aktiviti tidak sihat berkenaan akan menyebabkan kemudaratan dan pembaziran kepada umat Islam,” katanya.
Katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah turut bersetuju mengekalkan keputusan mesyuarat 13 Januari 1996 mengenai pengharaman merokok disebabkan ia memudaratkan dan membazirkan.
“Semua pihak dilarang menghisap rokok elektrik berkenaan ataupun shisha stick,” katanya.

Banduan kes rompak dipilih Ratu Cantik Penjenayah


Michelle Neri Rangel (tengah) dimahkotakan sebagai pemenang Pertandingan Ratu Cantik Penjenayah 2015 di Penjara Wanita Talavera Bruce, Rio De Janeiro, Brazil, baru-baru ini. AGENSI
RIO DE JANEIRO 26 Nov. – Seorang banduan yang dijatuhi hukuman penjara 39 tahun dimahkotakan sebagai pemenang Pertandingan Ratu Cantik Penjenayah 2015 yang berlangsung di sebuah penjara di negara ini, baru-baru ini.
Laman web mirror.co.uk melaporkan, Michelle Neri Rangel, 27, berjaya mengalahkan pesaing lain untuk dinamakan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik yang dilangsungkan di Penjara Wanita Talavera Bruce, di sini.
Rangel meringkuk di penjara sejak 2010 atas kesalahan melakukan rompakan dan menjadi pelacur di dalam sel lokap.
Matlamat utama pertandingan ratu cantik tahunan itu diadakan adalah bagi meningkatkan keyakinan dan kebolehan banduan untuk berdepan dengan situasi sukar.
Pertandingan ratu cantik Penjara Wanita Talavera Bruce tersebut turut mendapat sokongan daripada komuniti setempat dan pihak gereja.
Sama seperti pertandingan ratu cantik yang lain, peserta akan bersolek dan memakai pakaian terbaik bagi menarik perhatian juri untuk memilih mereka sebagai pemenang.
“Peserta akan berdandan, memakai pakaian menarik serta perlu berjalan di atas pentas peragaan sebagai syarat untuk memenangi pertandingan ini,” jelas sumber.
Penjara Wanita Talavera Bruce merupakan penjara yang memiliki kawalan ketat di Brazil dan sehingga kini menampung lebih 600,000 orang banduan wanita.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/banduan-kes-rompak-dipilih-ratu-cantik-penjenayah-1.162760#sthash.g0GSN1FU.dpuf

Thursday, November 26, 2015

Malaysia Di Tangga Ke-10 Indeks Penyumbang Dunia


Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 2:00 PM

PETALING JAYA: Masyarakat negara ini sememangnya dikenali kerana kerja kebajikan yang dilakukan dan ia sekali gus menyenaraikan Malaysia sebagai antara penyumbang terbanyak di dunia.
Melalui indeks yang dikeluarkan Yayasan Bantuan Kebajikan (CAF) bulan ini, Malaysia berada di tangga ke-10 dan menerima skor sebanyak 52.
Indeks CAF itu merangkumi tiga aspek iaitu sumbangan derma, kesukarelawan dan bantuan kepada yang memerlukan.
Malaysia mencatat 62 peratus skor dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan, 58 peratus (derma) dan 37 peratus untuk kerja kesukarelawan.
Ia juga berada pada kedudukan sama seperti dilaporkan pada 2014.
Myanmar berada di tempat pertama Indeks Penyumbang Dunia pada 2015 dan pernah berkongsi kedudukan itu dengan Amerika Syarikat (AS) pada tahun lepas.
Myanmar sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi dalam sumbangan derma dengan 92 peratus dan kesukarelawan sebanyak 50 peratus.
AS berada di kedudukan kedua, manakala New Zealand telah melengkapkan podium. Antara negara yang berada di kedudukan 10 ke atas ialah Kanada, Australia, United Kingdom, Netherlands, Sri Lanka dan Ireland.
Indeks Penyumbang Dunia untuk tahun ini menunjukkan data dari seluruh dunia dalam jangka lebih lima tahun dari 2010 hingga 2014.
Indeks itu juga termasuk data dari 145 negara yang dikumpul secara keseluruhan dari 2014.