Monday, November 4, 2013

ALLAHU RABBI

ALLAHU RABBI

Ini mangsa serangan DRONE di Pakistan. US dengan baculnya menggunakan DRONE membunuh saudara-saudara kita di Pakistan, Afghanistan dan Iraq. Begitu juga kes terbaru di mana rejim Zionist laknatullah menggunakan DRONE untuk membunuh komander mujahideen kita di Palestin.

YANG BATIL PASTI HANCUR!!!

Indonesia diintip pada sidang PBB


2013/11/04
Canberra: Australia dan Amerika Syarikat menyertai operasi pengintipan ke atas Indonesia ketika persidangan perubahan suhu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2007 di Bali, kata satu laporan semalam.

Akhbar Guardian versi Australia merujuk dokumen daripada pembocor maklumat Amerika, Edward Snowden, menunjukkan agensi pengintipan Australia, Direktorat Petunjuk Pertahanan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) untuk mengumpulkan nombor telefon pegawai keselamatan Indonesia.
Pendedahan itu dijangka mengeruhkan lagi hubungan sedia tegang antara Canberra dengan Jakarta berikutan laporan yang disiarkan minggu lalu menyatakan jawatan diplomatik luar negara Canberra terbabit dalam rangkaian pengintipan Amerika.
Matlamat usaha itu adalah memperoleh pemahaman kukuh struktur rangkaian jika pengumpulan diperlukan ketika kecemasan” Laporan NSA

Kedutaan asing di Indonesia, selain kedutaan atau konsulat di China dilaporkan pernah memantau panggilan telefon dan mengumpul data, menyebabkan Jakarta dan Beijing menuntut penjelasan.

The Guardian berkata, operasi 2007 tidak berjaya sepenuhnya dengan hasil ketara adalah nombor telefon bimbit Ketua Polis Bali.

“Matlamat usaha itu adalah memperoleh pemahaman kukuh struktur rangkaian jika pengumpulan diperlukan ketika kecemasan,” lapor akaun maklumat yang termasuk dalam laporan mingguan 2008 dari pangkalan NSA di Pine Gap di Australia, salah satu pangkalan terbesar agensi itu di luar negara.

NSA dalam rumusannya pada akhir operasi berkata, antara perkara yang mendapat tumpuan utama, termasuk kebocoran maklumat daripada telefon bimbit ketua polis Bali.
Kumpul maklumat

“Usaha sampingan mendedahkan rangkaian komunikasi Indonesia, yang tidak diketahui sebelum ini dan mendesak kami untuk meningkatkan pengumpulan jika berlaku krisis,” menurut The Guardian.

Walaupun ia tidak berjaya, operasi itu memberi malu besar kepada Australia.
Ketika itu, Kevin Rudd, adalah Perdana Menteri baru negara itu dan beliau menghadiri persidangan pertamanya yangberkenaan membabitkan tokoh antarabangsa berprofil tinggi pertamanya atas jemputan peribadi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Kedua-dua pemimpin ketika itu bersetuju untuk bekerjasama bagi mengukuhkan hubungan.Laporan meluas mengenai pengintipan NSA berdasarkan pembocoran maklumat oleh Snowden, termasuk agensi berkenaan mengintip telefon Canselor Jerman, Angela Merkel, yang menimbulkan perbalahan besar merentasi Atlantik.

Selepas laporan minggu lalu dalam Sydney Morning Herald, yang mengukuhkan pendedahan sebelum ini oleh majalah Der Spiegel, Kementerian Luar China menuntut pihak Australia membuat penjelasan.Jakarta memanggil duta Australia, Greg Moriarty, untuk memberi penjelasan Jumaat lalu, manakala Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa, menyifatkan laporan aktiviti pengintipan itu tidak dapat diterima. - AGENSI

AS, Australia didakwa intip Indonesia


SYDNEY 3 Nov. - Australia dan Amerika Syarikat (AS) didakwa melakukan operasi pengintipan bersama terhadap Indonesia semasa persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung perubahan cuaca di Bali pada 2007, yang akan merenggangkan hubungan dengan Jakarta.
Akhbar Guardian edisi Australia, hari ini memetik satu dokumen daripada bekas kontraktor keselamatan, Edward Snowden menunjukkan agensi perisikan Australia, Defence Signals Directorate bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Nasional (NSA) AS untuk mengumpul nombor telefon pegawai keselamatan Indonesia.
Guardian melaporkan operasi tersebut, bagaimanapun tidak berjaya selepas hanya nombor telefon ketua polis Bali ketika itu yang diperolehi.
Menurut satu kenyataan misi tersebut, termasuk laporan mingguan pada 2008 dari pangkalan NSA di Pine Gap, Australia, tujuan usaha tersebut adalah untuk memperolehi pemahaman jaringan struktur bagi membolehkan pengumpulan maklumat dilakukan ketika kecemasan.
Kesimpulan yang dibuat oleh NSA pada akhir operasi tersebut ialah, ''Kejayaan paling menyerlah adalah nombor telefon ketua polis Bali.
''Usaha di lapangan mendedahkan bahawa jaringan komunikasi Indonesia sebelum ini tidak diketahui dan menyebabkan kami meningkatkan pengumpulan maklumat jika berlaku satu krisis,'' lapor Guardian.
Pendedahan tersebut mungkin memburukkan lagi keadaan, selepas laporan pada minggu lepas mendedahkan Kedutaan Australia di Jakarta terbabit dalam program pengintipan global AS yang menyebabkan hubungan antara Indonesia dengan Canberra dan Washington tegang.
Walaupun operasi itu tidak berjaya, namun ia masih memalukan Australia.
Ketika itu, Kevin Rudd baru dilantik sebagai Perdana Menteri dan menghadiri persidangan tersebut atas jemputan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Kedua-dua pemimpin itu kemudian bersetuju bekerjasama bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua negara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131104/lu_05/AS-Australia-didakwa-intip-Indonesia#ixzz2jcPhrJMq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keluarga arwah Norazita terima sumbangan RM452,188



IRWAN (kiri) menerima sumbangan daripada Azman sambil diperhatikan oleh Syed Anuar (tengah) di cawangan Ambank, USJ Sentral, Subang Jaya, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR - Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim menyampaikan sumbangan berjumlah RM452,188 kepada keluarga Allahyarhamah Norazita Abu Talib, (gambar kecil) 37, yang maut ditembak dalam kejadian samun di cawangan bank itu di Subang Jaya, Selangor pada 23 Oktober lalu.
Sumbangan berkenaan disampaikan kepada suami Norazita, Irwan Kamarudin, 37, pada majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan oleh bank itu kepada bekas pegawai operasi mereka di sini semalam.
Kumpulan AmBank dalam kenyataannya berkata, wang itu melibatkan Polisi Insurans Kumpulan sebanyak RM352,188 meliputi Insurans Hayat Tempoh Kumpulan sebanyak RM149,652 dan Insurans Kemalangan Peribadi Kumpulan sebanyak RM202,536.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2jcNRpdze 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, November 3, 2013

Pancaroba

Para Mujahideen Afghanistan di kawasan pergunungan sewaktu penentangan terhadap kerajaan Marxsis pada tahun 1979 sebelum Soviet menyerang. 

Gelandangan ‘mewah’ makan

Kuala Lumpur: “Kalau tak ada epal, saya tak mahulah. Nasi lemak pun saya tak mahu,” kata seorang gelandangan dengan bersahaja kepada kakitangan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Pertubuhan Penggerak Wanita Muda (PEWADA) yang mengedar bantuan makanan kepada golongan itu di sekitar Pudu Sentral, di sini, malam hujung minggu lalu.
Lelaki itu bersikap pemilih disebabkan gelandangan di kawasan berkenaan sentiasa mewah makanan berikutan keprihatinan warga kota dan pelbagai NGO yang kerap turun padang mengedar makanan pada malam minggu. 
Dalam kata lain, mereka boleh memilih makanan disukai, manakala yang lain ditolak secara baik.

Situasi itu disaksikan wartawan Metro Ahad yang dipelawa NGO berkenaan menyaksikan program penyerahan makanan kepada gelandangan sekitar Pudu Sentral.
Foto
RASHIRULEMMA menghulur makanan kepada gelandangan yang berehat di kaki lima jalaan.

Seorang gelandangan yang memperkenalkan dirinya sebagai Azli, 37, berkata, pada malam itu saja mereka menerima stok makanan yang mencukupi hingga keesokan hari.

Ketua Taliban Pakistan dibunuh


GAMBAR fail menunjukkan Hakimullah (kiri) melepaskan tembakan dengan menggunakan selaras raifal di Mamouzai, Pakistan pada 26 November 2008.


DERA ISMAIL KHAN, Pakistan - Beberapa anggota pejuang pergerakan Taliban di Pakistan mengebumikan secara rahsia pemimpin mereka, Hakimullah Mehsud selepas dia mati dibunuh dalam satu serangan dron milik tentera Amerika Syarikat (AS).
Puak Taliban itu juga berikrar akan melakukan satu siri serangan pengebom berani mati selepas Hakimullah mati kelmarin di kubu kuat pergerakan tersebut di Miranshah, barat laut Pakistan.
Kerajaan Pakistan turut mengutuk pembunuhan itu.
Seorang pejuang Taliban berkata, serangan dron itu berlaku semasa Hakimullah menaiki sebuah kenderaan setelah menghadiri satu mesyuarat dengan para pemimpin pergerakan tersebut.
Menurutnya, mayat Hakimullah dapat dikenal pasti selepas serangan tersebut berlaku.
Dia berkata, seorang pengawal peribadi dan pemandu Hakimullah turut terbunuh.
Sumber-sumber keselamatan Pakistan menyatakan, beberapa anggota Taliban mengebumikan ketua mereka secara rahsia pada waktu malam kerana takut tentera AS akan menghantar dron untuk melakukan serangan di kawasan pengebumian itu.
"Setiap darah yang mengalir dari tubuh Hakimullah akan diganti dengan satu serangan pengebom berani mati," kata seorang jurucakap Taliban, Azam Tariq.
"Amerika dan rakan-rakannya tidak sepatutnya gembira kerana kami akan melakukan serangan balas untuk darah pejuang syahid kami," tambahnya.
Hakimullah mengambil alih sebagai ketua pergerakan tersebut yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda pada tahun 2009.
Dua ketua pergerakan itu terbunuh dalam serangan dron milik tentera AS sebelum ini.
Beberapa komander Taliban akan mengundi untuk memilih timbalan Hakimullah, Khan Said sebagai ketua yang baharu.
Khan dipercayai dalang dalam satu serangan ke atas sbeuah penjara di barat laut Pakistan yang menyebabkan 400 orang banduan dibebaskan pada tahun 2012 serta serangan terhadap sebuah pangkalan tentera laut Pakistan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2jWQHazKR 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, November 2, 2013

Kepada-NYA kita kembali...



Pemimpin Taliban, Hakimullah Mehsud bersama-sama pemandu dan pengawal peribadinya telah syahid ketika bertempur dengan tentera AS di waziristan, Pakistan.

Stateroom program intip

Stateroom program intipMoriarty menafi kan tuduhan pihaknya terbabit dalam pengintip rangkaian komunikasi dan data di Jakarta.

JAKARTA - INDONESIA - Skandal pengintipan  telefon dan data didedahkan media, berterusan memberi kejutan kepada negara antarabangsa.
Skandal bermula di Eropah itu kini kian parah apabila negara Asia Pasifik tidak terkecuali turut menjadi mangsa.
Kelmarin, Indonesia menyaman Australia sekali gus mendesak negara itu memberi penjelasan selepas akhbar The Sydney Morning Herald mendedahkan, pejabat kedutaan mereka di Jakarta sebagai pusat pengumpulan data elektronik secara rahsia oleh Amerika Syarikat (AS).
Duta Australia ke Indonesia Greg Moriarty bagaimanapun menyangkal tuduhan itu.
Agensi berita Australia, Fairfax semalam melaporkan, antara Kedutaan Australia lain yang turut dijadikan sebagai pusat pengumpulan data ialah di Malaysia, Bangkok, Hanoi, Beijing dan Dili di Timor Leste serta Suruhanjaya Tinggi di Port Moresby, Papua New Guinea.
Menurut laporan Fairfax, kesemua pendedahan itu diperoleh daripada laporan majalah Jerman, Der Spiegel selepas menerbitkan satu temu bual dengan pembocor program perisikan Agensi Keselamatan Negara (NSA), Edward Snowden.
Snowden mendedahkan, program pengintipan komunikasi elektronik dikenali sebagai Stateroom itu dikumpulkan di pejabat kedutaan AS, Britain, Australia, Kanada dan New Zealand.
Snowden berkata, negara-negara ini membuat perjanjian perkongsian maklumat risikan dikenali sebagai Five Eyes.
“Peralatan pengintipan seperti antena digunakan dengan disembunyikan dalam reka bentuk bangunan yang kelihatan tidak sempurna atau di atas bumbung pejabat diplomatik di 80 negara.
“Stateroom juga berupaya memantau isyarat satelit, Wi-Fi, WiMAX, GSM dan CDMA.
Sementara itu, The Washington Post melaporkan, NSA mendapat data termasuk emel secara terus dari Google dan Yahoo.
Menurut laporan Agensi, ia dilakukan menerusi program Muscular yang dilakukan dengan kerjasama Britain.

Pembocor maklumat risikan bekerja di Rusia

Edward Snowden
Edward Snowden

MOSCOW - RUSIA.  Pembocor maklumat risikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden, didakwa mula bekerja dengan sebuah syarikat laman media sosial ternama Rusia semalam, kata peguam beliau.

Kenyataan peguam Snowden itu, Anatoly Kucherena, menimbulkan spekulasi bahawa syarikat itu mungkin majikan terbaru anak guamnya.

Kucherena enggan memberikan nama syarikat itu tetapi perhatian kini tertumpu kepada syarikat VKontakte, yang dilihat serupa rangkaian sosial, Facebook.

“Snowden akan mula bertugas dengan syarikat besar Rusia pada Jumaat, 1 November.

"Tugasnya adalah menyokong dan mengembangkan laman utama Rssia,” kata Kucherena kepada agensi berita, Interfax.

Pengasas VKontakte, Pavel Durov, telah menawarkan Snowden jawatan dalam syarikatnya secara terbuka Ogos lalu melalui akaun media sosialnya.

Durov, 29 tahun, yang mengasaskan secara bersama khidmat rangkaian sosial itu pada 2006 berkata, bahawa Snowden mungkin boleh bertugas melindungi data peribadi berjuta pengguna rangkaian sosial itu.

VKontakte menyatakan ia mempunyai lebih 100 juta pengguna.

Jurucakap VKontakte, Georgy Lobushkin memberitahu agensi berita RIA Novosti, beliau tidak boleh memberikan komen berhubung spekulasi yang menyatakan Snowden bertugas di syarikat itu.

Dua lagi syarikat Internet utama Rusia, Mail.Ru Group dan Yandex, jelas menafikan mereka tidak mengambil Snowden bekerja.

Snowden menjadi pelarian setelah membocorkan maklumat risik Agensi Keselamatan Nasional (NSA) AS.

Serangan AS: Ketua Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud dilapor terbunuh


PESHAWAR: Pemimpin Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud dilaporkan terbunuh dalam satu seranganroket Amerika Syarikat (AS), semalam demikian menurut pegawai perisikan dan pejuang militan.

Mehsud, yang menjadi individu amat dikehendaki AS dalam senarai pengganas, ditawarkan AS$5 juta sebagai hadiah kepada penahanan atau kematiannya.
Beliau dipercayai menjadi dalang dalam serangan pengganas ke atas pangkalan CIA di Afghanistan, serangan bom kereta di Times Square New York dan beberapa serangan di Pakistan yang meragut ribuan nyawa awam dan anggota keselamatan.

Mehsud, 34, seorang komander Taliban yang sentiasa bekerjasama rapat dengan rangkaian al-Qaeda, dilaporkan terbunuh pada 2010, namun muncul semula selepas itu.


Namun hari ini, pegawai perisikan kanan AS berkata, pihaknya mempunyai pengesahan yang positif bahawa Mehsud telah terbunuh dalam serangan itu.

Dua pegawai perisikan Pakistan turut mengesahkan kematian Mehsud bahawa dua komander Taliban menyaksikan sendiri mayat Mehsud selepas serangan itu.
Seorang lagi komander Taliban berkata, Taliban mungkin akan memilih pengganti Mehsud hari ini.

“Sekiranya benar, kematian Hakimullah Mehsud akan memberi tamparan yang hebat kepada Taliban Pakistan (TTP), satu pertubuhan yang menjadi ancaman serius kepada rakyat Pakistan dan warga Amerika di Pakistan," kata Michael Morell, bekas pemangku pengarah CIA yang bersara Ogos lalu.

Mehsud dilaporkan terbunuh dalam serangan sekurang-kurangnya empat roket AS berdekatan perkampungan Dande Derpa Khel di utara Wilayah Waziristan.

Empat lagi suspek militant juga terbunuh termasuk sepupu Mehsud, bapa saudara dan pengawalnya.

Identiti suspek keempat bagaimanapun tidak diperoleh. - AFP

Uighur anggap tuduhan Beijing mengarut


Beijing: Masyarakat Islam Uighur serta kumpulan luar negara menafikan dakwaan Beijing yang mengaitkan insiden di Medan Tiananmen beberapa hari lalu sebagai “serangan pengganas.”

Seorang lelaki keturunan Uighur di sebuah universiti di Beijing menganggap dakwaan Beijing sebagai mengarut.


“Saya tidak fikir ada pertubuhan pengganas Uighur tetapi kerajaan menganggap kami sebagai pengganas.

“Saya sayangkan negara ini tetapi saya bimbang orang lain tidak memahami saya,” katanya. Menurut lelaki itu, kejadian berkenaan tidak mustahil berlaku tetapi pasti berpunca daripada sebab tertentu.


“Mereka tentu mempunyai pengalaman yang sangat menyedihkan,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP

Gaji minimum pekerja di Jakarta dinaikkan 11 peratus


SEBAHAGIAN pekerja Indonesia, melaungkan slogan menuntut kenaikan gaji minimum di luar bangunan Dewan Bandar Raya Jakarta, semalam. - AP
JAKARTA 1 Nov. - Indonesia hari ini mengumumkan kenaikan gaji minimum untuk tahun 2014 sebanyak 11 peratus kepada pekerja di ibu negara ini, lebih rendah daripada kenaikan 50 peratus yang dituntut kesatuan sekerja.
Keputusan itu diumumkan Gabenor Jakarta, Joko Widodo yang meluluskan kenaikan gaji minimum daripada 2.2 juta rupiah (RM614.6) kepada 2.4 juta rupiah (RM670.5).
Bagaimanapun, pengumuman itu belum mampu meredakan tunjuk perasaan oleh golongan pekerja yang meneruskan mogok buat hari kedua, hari ini.
Pengerusi Gabungan Kesatuan Perdagangan Indonesia, Said Iqbal berkata, tuntutan utama mogok adalah kenaikan gaji minimum yang akan meningkatkan gaji di Jakarta kepada 3.7 juta rupiah (RM1,033) sebulan.
Katanya, kira-kira dua juta pekerja di 20 daripada 34 wilayah Indonesia keluar menyertai mogok pada hari pertama demonstrasi itu, semalam.
Tahun lalu, pekerja diberikan kenaikan gaji 44 peratus ekoran bantahan serupa yang membabitkan ribuan pekerja di seluruh negara.
Said berkata, selain kenaikan gaji, pekerja turut meminta kerajaan menyediakan lebih banyak manfaat dan menghentikan pengambilan pekerja kontrak.
Menurutnya, sekurang-kurangnya tiga orang cedera selepas ditikam dalam pertempuran dengan ahli-ahli sebuah pertubuhan belia yang berang apabila beberapa pekerja cuba untuk memaksa orang lain menyertai mogok itu.
Sementara itu, jurucakap polis, Rikwanto berkata, lebih 17,300 anggota keselamatan dikerah untuk mengawal keselamatan ibu negara dan kawasan sekitarnya.
Menurutnya, jumlah pekerja yang melancarkan mogok agak rendah kerana kebanyakan pekerja mengabaikan gesaan mogok itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131102/lu_09/Gaji-minimum-pekerja-di-Jakarta-dinaikkan-11-peratus#ixzz2jQkTxeIf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat wakil rakyat Turki bertudung di Parlimen



Ahli Parlimen Nurcan Dalbudak (tengah) dan Sevde Beyazit Kacar (kanan) hadir ke sesi Parlimen dengan memakai tudung di Ankara, Turki, semalam. - REUTERS
ANKARA 31 Okt. - Empat orang wakil rakyat wanita Turki hari ini menghadiri sidang Parlimen dengan memakai tudung, tindakan pertama seumpamanya dalam tempoh 14 tahun selepas kerajaan Islam Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) menarik balik larangan memakai tudung ke atas kakitangan kerajaan semalam.
Keputusan tersebut dibuat kerajaan Turki sebagai sebahagian pembaharuan bagi memperbaiki demokrasi serta kebebasan beragama, bagaimanapun larangan itu masih dikuatkuasakan terhadap hakim, pendakwa raya, polis dan anggota tentera.
Pada tahun 1999, penggubal undang-undang Turki kelahiran Amerika, Merve Kavakci, tampil memakai tudung bagi upacara angkat sumpah di Parlimen, namun beliau dihalau dan kerakyatan Turkinya ditarik balik.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dalam reaksinya terhadap perkara itu berkata, tiada undang-undang di Parlimen yang menghalang pemakaian tudung.
"Semua pihak harus menghormati keputusan saudara wanita kita kerana mereka merupakan wakil negara ini di Parlimen," katanya.
Erdogan yang isterinya juga sering tampil dengan imej bertudung berkata, tindakan membantah pemakaian tudung di Parlimen ibarat satu cemuhan dan penghinaan terhadap Dewan tersebut serta agama Islam.
Keempat-empat Ahli Parlimen itu iaitu Gonul Bekin Sahkulubey, Nurcan Dalbudak, Gulay Samanci dan Sevde Beyazit Kacar mula memakai tudung selepas pulang dari menunaikan haji baru-baru ini.
"Saya tidak akan menanggalkan tudung saya lagi.
"Tindakan memakai tudung atau apa-apa perkara berkaitan agama adalah antara penganut dan Tuhannya. Saya berharap keputusan saya akan dihormati," kata Gonul. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131101/lu_04/Empat-wakil-rakyat-Turki-bertudung-di-Parlimen#ixzz2jQhw6ma4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS akui risikan melampau


SEORANG pengawal keselamatan menghalang anggota media merakam gambar di hadapan Kedutaan Australia di Jakarta, Indonesia, semalam. - Reuters
WASHINGTON 1 Nov. - Amerika Syarikat (AS) mengakui program intipan dilaksanakan negara ini adakalanya melampau, pengakuan pertama seumpamanya berhubung hubungan dingin dengan Eropah mengenai risikan ke atas sekutu-sekutu AS.
Selepas 10 hari skandal dengan sekutu rapat di Eropah, kenyataan Setiausaha Negara AS, John Kerry semalam itu menjadikannya sebagai pemimpin pertama negara ini membuat pengakuan tersebut.
Kerry bagaimanapun menjelaskan, pengintipan itu secara amnya penting selepas serangan keganasan pada 11 September 2001 selain serangan di London dan Madrid, ekoran usaha semua negara untuk memerangi 'elemen pelampau' di dunia.
Beliau berkata, perisikan AS sejak 2001 berjaya menghalang serangan-serangan dengan memintas komunikasi, namun beliau mengaku adakalanya tindakan itu bersifat melampau, tanpa memberikan maklumat terperinci.
Kerry turut memberi jaminan tindakan tersebut yang turut melibatkan sekutu rapat iaitu Jerman, tidak akan berulang.
"Saya memberikan jaminan bahawa orang tidak bersalah tidak akan diganggu dalam proses ini, namun masih ada usaha untuk mengumpul maklumat. Adakalanya ia mencapai tahap melampau.
"Presiden Barack Obama kini menilai semua arahan supaya tidak timbul sebarang masalah,'' katanya.
Jelas Kerry, intipan dilakukan AS sebenarnya bersifat rawak bagi mengenal pasti ancaman yang perlu ditangani.
Sementara itu, Jakarta memanggil Duta Australia ke Indonesia, Greg Moriarty bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan menyatakan kedutaan negara itu di Jakarta terbabit dalam program intipan global oleh AS.
Moriarty sejurus pertemuan selama 20 minit dengan Setiausaha Agung Kementerian Luar, Budi Bowoleksono berkata, mesyuarat itu berjalan lancar.
"Pada pandangan saya, pertemuan ini berjalan lancar dan saya akan melaporkan apa yang kami bincangkan kepada kerajaan saya," katanya. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131102/lu_04/AS-akui-risikan-melampau#ixzz2jQh6Kajt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jerman sedia terima maklumat sulit daripada Snowden


BERLIN 2 Nov. - Kerajaan Jerman bersedia untuk mengambil keterangan daripada bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syrikat (AS), Edward Snowden di Rusia, namun enggan memberi perlindungan suaka politik kepadanya.
Selepas pertemuan antara seorang anggota Parlimen Jerman dan Snowden di Moscow, Menteri Dalam Negeri, Hans-Peter Friedrich berkata, Berlin berminat berbuat demikian apabila Snowden bersetuju untuk menawarkan maklumat tentang aktiviti pengintipan NSA.
“Jika Snowden mahu memberi maklumat sulit kepada kerajaan Jerman, kami berbesar hati untuk menerima tawaran itu," katanya semalam.
Bagaimanapun jurucakap kerajaan Jerman, Steffen Seibert menafikan dakwaan yang mengatakan Berlin akan memberi perlindungan suaka politik kepada bekas kontraktor itu sebagai pertukaran maklumat terbabit.
“Berlin telah menolak permintaan Snowden untuk mendapatkan perlindungan di negara ini kerana dia tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131102/lu_01/Jerman-sedia-terima-maklumat-sulit-daripada-Snowden#ixzz2jQgiv9hR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, November 1, 2013

Pocong sudah boleh mengundi

2013/11/01
Kalimantan: Seorang penduduk Kalimantan Barat, Pocong akhirnya diiktiraf pengundi sah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) selepas mengesahkan lelaki itu benar-benar wujud.

Nama Pocong dimasukkan dalam senarai pengundi bagi pilihan raya tahun depan selepas pegawai di Singkawang membuat bantahan rasmi kepada KPU di Jakarta yang enggan memasukkan namanya kerana menganggapnya sebagai gurauan.
“Pegawai kami di Singkawang menunjukkan gambar Pocong bersama mereka,” kata Pengerusi KPU Husni Kamil Manik pada seminar di Jakarta Isnin lalu.

“Mereka turut memberi kad keluarga Pocong untuk menyokong kewujudannya,” katanya.


Pocong ialah karakter paling popular dalam cerita seram masyarakat Indonesia. Ia sejenis hantu berbungkus kain kafan yang kerap digambarkan menghantui penduduk.


Keputusan dibuat ketika KPU bertungkus-lumus mengemaskini senarai pengundi yang akan diterbitkan minggu depan.

Pada masa lalu, kesilapan biasa yang dibuat pegawai KPU tempatan termasuk nama sama, nama orang yang sudah mati atau tak wujud dikatakan direka oleh pegawai parti politik tertentu dengan tujuan untuk menipu dalam pilihan raya. - AFP


Indonesia minta penjelasan AS

2013/11/01
Jakarta: Indonesia mendesak AS menjelaskan laporan bahawa kedutaan negara itu di Jakarta digunakan sebagai pangkalan untuk menggodam perbualan telefon dan alat komunikasi elektronik Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dengan pemimpin Indonesia lain.

Pakar Indonesia dan anggota Parlimen menggesa kerajaan bersemuka dengan AS dan mengambil tindakan termasuk menghantar pulang beberapa diplomatnya atau menarik balik misi diplomatik Indonesia di negara itu.
Akhbar Sydney Morning Herald sebelum ini melaporkan: “Memetik data perisikan yang dibocorkan bekas perisik AS, Edward Snowden dan beberapa pegawai Australia bahawa kedutaan AS di Jakarta antara 90 kemudahan pengawasan seluruh negara digunakan bagi mengawasi “hampir semua kegiatan dibuat pengguna Internet” termasuk e-mel, melayari web, pencarian di Internet dan media sosial. - Agensi

Thursday, October 31, 2013

7 juta remaja hamil


London: “Jumlah remaja hamil di negara membangun semakin menurun tetapi lebih tujuh juta gadis bawah umur 18 tahun masih melahirkan bayi setiap tahun,” menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Dana Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Kependudukan (UNFPA) menegaskan remaja hamil bawah usia 14 tahun menghadapi masalah sosial dan kesihatan berbanding wanita berumur bawah 18 tahun di negara membangun.
Laporan berkenaan meliputi kajian mengenai kelahiran wanita bawah 18 tahun di seluruh negara, menggariskan punca remaja hamil dan tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah itu.

“Realitinya kehamilan remaja biasanya bukan secara sengaja tetapi kerana tiada pilihan dan di luar kawalan seseorang gadis,” kata pengarah eksekutif UNFPA, Dr. Babatunde Osotimehin.


“Ia berlaku kerana sedikit atau tiada langsung akses ke sekolah, pekerjaan, maklumat bermutu dan penjagaan kesihatan.” katanya.


Laporan itu turut menegaskan kadar tinggi remaja hamil berkaitan dengan masalah sosial lain: “Kehamilan awal menggambarkan kelemahan, kemiskinan dan tekanan” daripada pasangan, rakan, keluarga dan komuniti. Dalam kebanyakan situasi, ia kesan hubungan seksual ganas.

Bukti isu itu ketara di negara maju dengan 95 peratus kelahiran remaja bawah 18 tahun berlaku di sana. Sebanyak 10 peratus wanita berusia 20-24 tahun di Timur Tengah dilaporkan melahirkan seorang bayi sebelum berusia 18 tahun, sementara 22 peratus lagi di Selatan Asia dan 28 peratus di Barat dan Tengah Afrika, kata laporan itu.

Menurut laporan itu beberapa negara menunjukkan kadar kelahiran wanita sebelum 15 tahun mula menurun seabad lalu.

“Aliran berkahwin awal dan dirancang semakin menurun tetapi secara keseluruhan ia memerlukan tindakan segera,” menurut laporan berkenaan

Menurut Osotimehin, kelahiran atau kehamilan remaja tidak boleh diterima.

“Sama ada naik atau turun bukan isunya. Bilangan 7.3 juta itu sangat tinggi,” katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/3

AS pula dakwa Eropah intip


Jeneral Keith Alexander (dua dari kiri) dan James Clapper (dua dari kanan) memberi keterangan pada Jawatankuasa Dewan Perisikan di Washington pada 29 Oktober lalu. - REUTERS
WASHINGTON 30 Okt. - Selepas dituduh melakukan pengintipan ke atas pemimpin-pemimpin Eropah, ketua-ketua perisikan Amerika Syarikat (AS), pula menuduh agensi-agensi perisikan negara-negara dari benua itu melakukan perbuatan serupa dan berkongsi maklumat risikan sesama mereka.
Ketua-ketua perisikan terbabit turut menangkis dakwaan bahawa agensi perisikan AS mengumpul data ke atas berjuta-juta panggilan telefon dengan mendakwanya sebagai 'semuanya palsu' dan menyatakan akhbar-akhbar Eropah membuat dakwaan itu kerana tidak memahami data yang mereka terima.
Ketua Agensi Keselamatan Nasional (NSA), Jeneral Keith Alexander dan Pengarah Perisikan Nasional, James Clapper berkata demikian ketika memberikan keterangan kepada Kongres.
Mereka berkata, laporan akhbar berkenaan dibuat berdasarkan salah faham terhadap maklumat yang diberikan oleh bekas kontraktor keselamatan AS, Edward Snowden kepada akhbar-akhbar Eropah.
''Kenyataan oleh wartawan Perancis, Sepanyol dan Itali bahawa NSA mengumpul berpuluh juta panggilan telefon adalah salah. Ia bukan maklumat yang dikumpul daripada rakyat Eropah,'' kata Alexander kepada Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan.
Alexander berkata, wartawan salah mentafsir data yang dibocorkan berhubung operasi risikan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan Senat, Dianne Feinstein turut mendakwa media Eropah tersalah lapor dakwaan tersebut.
''Ia bukan maklumat yang dikumpul oleh AS berhubung Perancis dan Jerman. Ia dilakukan oleh Perancis dan Jerman. Ia tidak ada kena-mengena dengan rakyat mereka tetapi tentang kawasan perang NATO seperti Afghanistan,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131031/lu_02/AS-pula-dakwa-Eropah-intip#ixzz2jF1g063x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 30, 2013

Jadi janda selepas tiga jam nikah


TINGGAL KENANGAN... Cincin perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada Sasha.


BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.
Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.
“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.
“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2j9FKRJXD 
Hakcipta terpelihara 

China pamer armada kapal selam nuklear



GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan barisan anggota tentera laut berdiri di atas badan sebuah kapal selam berkuasa nuklear milik tentera laut China di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.- AFP


BEIJING - China mempamerkan armada kapal selam nuklearnya, lapor media pemerintah negara berkenaan semalam.
Media pemerintah melaporkan langkah tersebut penting untuk membuktikan bahawa China berupaya melancarkan serangan ketika ketegangan serantau semakin memuncak.
Menurut akhbar Global Times, kapal selam berkuasa nuklear China yang pertama dilancarkan pada tahun 1970-an.
"China memiliki keupayaan melancarkan serangan nuklear sekunder," menurut akhbar berkenaan di laman editorialnya semalam.
"Sebahagian negara tidak menimbang faktor ini dengan serius apabila menggubal dasar mereka mengenai China," tambahnya.
Laporan media itu memberi tumpuan pada kapal selam nuklear lama iaitu kelas Xia berbanding armada kelas Jin yang lebih baharu.
Kapal selam nuklear pertama China ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini selepas beroperasi lebih 40 tahun.
Pameran kuasa ketenteraan itu dibuat ketika hubungan negara itu dengan Jepun semakin dingin berhubung tuntutan bertindih Kepulauan Senkaku yang dituntut oleh China.
Beijing menggelarkan gugusan pulau itu sebagai Diaoyu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2j9DydzXm 
Hakcipta terpelihara 

AS didakwa miliki fasiliti mengintip di KL


GAMBAR fail menunjukkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.


SYDNEY - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mencuri dengar perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi dengan menggunakan fasiliti pengintipan elektronik di kedutaan dan konsulat AS yang terdapat di Asia Timur dan Asia Tenggara, lapor akhbar Sydney Morning Herald semalam.
Pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edrward Snowden yang juga warga AS.
Satu senarai peta rahsia turut mendedahkan 90 fasiliti tersebut yang terdapat di seluruh dunia termasuk kemudahan pengintipan komunikasi yang terdapat di Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.
Bertarikh 13 Ogos 2010, peta itu menunjukkan tiada fasiliti berkenaan di lokasi di Australia, New Zealand, Britain, Jepun dan Singapura yang merupakan sekutu rapat AS.
Australia mengetahui sepenuhnya berhubung pengintipan elektronik AS ke atas negara-negara rantau di Asia Tenggara dan rakan perniagaannya.
Negara itu juga telah mengakses sebahagian besar data yang dikumpulkan oleh AS.
Menurut peta itu yang disiarkan oleh majalah Jerman, Der Spiegel semalam, operasi pengintipan itu dilakukan secara bersama oleh Agensi Perisikan Pusat dan NSA menerusi unit yang dikenali sebagai Perkhidmatan Pengumpulan Khas (SCS).
Peta tersebut yang pada mulanya disiarkan secara penuh di laman web Der Spiegel tetapi kemudian diganti dengan versi yang ditapis telah menyenaraikan fasiliti SCS di 90 buah lokasi di seluruh dunia termasuk 74 premis dan 14 fasiliti yang dikawal dari jauh.
Ia juga memaparkan dua pusat sokongan teknikal SCS.
Peta tersebut mendedahkan AS memiliki fasiliti pengintipan komunikasi di Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.
Kedutaan AS di Bangkok juga merangkumi pasukan sokongan teknikal dan digunakan untuk mengendalikan premis pengintipan di Konsulat AS di bandar Chiang Mai.
Di Asia Timur, usaha pengintipan AS tertumpu kepada China dengan fasiliti tersebut dibina di Kedutaan AS di Beijing dan Konsulat AS di Shanghai dan Chengdu.
Sebuah fasiliti serupa berada di pejabat diplomatik tidak rasmi AS di Taipei.
Peta itu mengesahkan bahawa operasi pengintipan komunikasi AS melangkaui ke seluruh dunia dengan fasiliti seumpamanya berada di bandar raya utama di setiap benua.
Terdapat lapan fasiliti itu di Asia Selatan termasuk di Kedutaan AS di New Delhi dan Islamabad.
Rantau Asia Barat dan Afrika Utara pula dilitupi oleh tidak kurang daripada 24 fasiliti pengintipan manakala rantau Sahara mempunyai sembilan fasiliti serupa.
Sebelum ini program pengintipan NSA, X-Keyscore telah dibocorkan oleh Snowden.
Program itu merupakan sistem komputer yang digunakan oleh NSA dan rakan perisikannya, FVEY bagi mencari dan menganalisis data internet di seluruh dunia.
Menurut dokumen yang disiarkan oleh akhbar Britain, Guardian, X-Keyscore membolehkan NSA memantau hampir segala aktiviti pengguna internet termasuk e-mel, enjin pencarian internet dan penggunaan laman sosial.
Beberapa sumber perisikan Australia mengesahkan kepada agensi media Fairfax baru-baru ini bahawa fasiliti itu digunakan untuk mengumpulkan maklumat risikan diplomatik, politik dan ekonomi selain keganasan serta keselamatan.
Operasi pengintipan di fasiliti-fasiliti tersebut berlaku di sebuah bilik bangunan kedutaan melibatkan perbuatan mencuri dengar mana-mana perbualan telefon yang disasarkan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2j9Df302x 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, October 29, 2013

CIA intip 7.8 bilion panggilan di Arab Saudi


2013/10/29
Riyadh: Hos perpustakaan digital, Cryptome, yang dicipta oleh Amerika Syarikat sebagai gudang bagi dokumen dan bahan sulit mendedahkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengintip 7.8 bilion panggilan di Arab Saudi.

Laporan Cryptome menyatakan Arab Saudi menjadi sasaran operasi pengintipan selain beberapa negara lain di Asia Barat dan Asia.
Akhbar Arab News gagal menghubungi pegawai di Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat Arab Saudi untuk mendapatkan komen berhubung pendedahan itu.

Bagaimanapun, pakar teknologi maklumat yang bekerja di pengendali telekom utama, yang mengenalkan diri sebagai R K Hussain, berkata pemantauan ke atas panggilan telefon, walaupun tidak beretika, kerap dilakukan agensi perisikan pelbagai negara termasuk Amerika.

Lebih murah, mudah
Hussain berkata, banyak sasaran panggilan antarabangsa menerusi pengendali Amerika kerana lebih murah dan mudah.

Panggilan telefon, mesej emel atau ruang sembang menjadi laluan paling murah, menjadikan ia mudah dipantau.
“Namun ada kawalan ke atas pemantauan telefon atau membuat rakaman, yang boleh digunakan mengelakkan kebocoran,” katanya.

Laman web Cryptome menyatakan, 124.8 bilion operasi pengintipan dibuat oleh Amerika pada skala global sejak Januari 2013, termasuk Arab Saudi, Jordan, Iraq, Mesir, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Laporan menyatakan Mesir menjadi sasaran dengan 1.9 bilion operasi, Jordan dengan 1.6 bilion, Iraq (7.8 bilion), Iran (1.73 bilion) dan Pakistan (12.76 bilion). Operasi terbesar ke atas panggilan telefon menyasarkan Afghanistan dengan 21.98 bilion operasi.

India satu lagi negara mencatatkan lebih satu bilion panggilan dipantau.

AGENSI

Monday, October 28, 2013

Muslimah? Bukan.



Jangan terkeliru. Ini adalah Kristian Orthodok di Russia.

Mungkin kita patut jemput mereka datang ke sini untuk mengajar orang kita cara berhijab.

Orthodok merupakan mazhab dalam Kristian. Cara ibadat mereka seakan-akan seperti Islam. Mereka bersembahyang, berpuasa, membayar zakat tetapi ada perbezaannya dengan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Mazhab ini muncul disebabkan ada segolongan kecil dalam komuniti Kristian cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh Nabi Isa a.s.

Vatican menghukum mereka ini sesat.

Wallahu A'lam

Semoga golongan ini beroleh hidayah Allah memeluk agama Islam.

Bentuk wajah baru mangsa kebakaran

Beijing: Sepasukan doktor pakar sekali lagi berjaya membentuk wajah baru untuk seorang mangsa kebakaran menggunakan dadanya sendiri.
Media melaporkan, Xu Jianmei, 17, cedera parah selepas melecur dan terbakar dalam kemalangan ketika dia baru berusia lima tahun. 
Akibat insiden itu Xu cacat pada bahagian dagu, kelopak mata dan sebahagian besar telinga kanannya.

Ketika itu keluarga Xu tidak mampu membawanya mendapatkan rawatan pembedahan bagi memperbetulkan kecacatan berkenaan.
Foto
XU sebelum menjalani pembedahan memperbetulkan wajahnya.

Beberapa tahun kemudian remaja dari wilayah Fujian itu ditemui sepasukan doktor dan membina kulit baru pada dada Xu menggunakan kulit pahanya.

Pembedahan itu disempurnakan minggu lalu dan proses pemulihan dijangka mengambil masa beberapa bulan.

Seorang daripada pakar bedah itu, Jian Chenghong berkata, dengan wajah baru Xu akan mampu menunjukkan ekspresi wajahnya dengan lebih tepat.

“Malah kulit pipinya boleh kemerah-merahan apabila berlaku perubahan emosi,” katanya. - Agensi

Sunday, October 27, 2013

Bekas pegawai CIA cap Snowden pengkhianat

Bekas pegawai CIA cap Snowden pengkhianat
Edward Snowden 
WASHINGTON: Tindakan Edward Snowden membocorkan maklumat membantu musuh Amerika Syarikat selain pembocoran paling serius dalam sejarah negara itu, kata bekas pegawai nombor dua Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam temubual kelmarin.

Michael Morrell yang pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah dan pemangku pengarah CIA, memberitahu program ‘60 Minutes’, pendedahan bekas kontraktor risikan itu menjejaskan usaha mengesan ancaman keganasan.
“Snowden meletakkan rakyat Amerika pada risiko tinggi kerana pengganas belajar daripadanya dan akan lebih berhati-hati.


“Kita tidak akan dapat maklumat sulit sepatutnya,” kata Morrell yang baru meletak jawatan selepas 33 tahun berkhidmat dengan CIA.

Snowden membayangkan dirinya risau dengan pengintipan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) terhadap perbualan dan intipan lain tetapi Morrell menganggapnya pembelot.

“Saya rasa ini adalah kebocoran paling serius membabitkan maklumat rahsia dalam sejarah Amerika,” katanya.

Tindakan terburuk Snowden ialah mendedahkan bajet perisikan atau ‘buku hitam’ kegiatan risikan, kata Morrell. - AFP

PERINGATAN PERTAMA : HALAL DAN HARAM

Perlaksanaan Hudud di Brunei...Alhamdulillah. Negeri penuh rahmat dan berkat drp Allah swt

KISAH disebalik cebisan kain yang menutupi.... ~

KISAH disebalik cebisan kain yang menutupi....

~ Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT

Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu.

Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah.

Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku.

Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.
 
"Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester.

Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill"

Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an.

Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan.

Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan.

Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri.

Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya.

Aku mengerutkan dahi.

Cepat2 aku istighfar.

Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal.
 
"Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh.

I am your lecturer for this subject.

Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua.

Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan.

Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa.."

Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu.
 
"Ok....let's start ice breaking!!" 

sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan.

Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku.

Anak matanya mati tepat ke arahku.

Waktu itu aku menundukkan pandanganku.

Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu.

Debaran mula dirasai.

Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku.

"I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course."

Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega.

Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..

ALhmdulillah...

Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran.
 
Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku.

"Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan.

Pelajar dari kejuruteraan kimia."

Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi.

Udara yang memasuki hidungku terasa dingin. 
 
"Hmmm...kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??"

Tanya Prof Rashid tenang.

Tiada terlalu kuat.

Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis.

Aku berdiri sambil menundukkan kepala.

Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan.

Aku mengangguk perlahan.

Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan.
 
Sunyi.

Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku.
 
"Saya bagi kamu pilihan.....samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya.

Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan."
 
Tersentak aku.

Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama "ISLAM"

Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam.
 
Ya ALLAH.....KAU berikanlah aku kekuatan!
 
"Untuk membuka purdah ini...itu jauh sekali.

Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya.

Saya minta maaf prof....

Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang.

Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini.

Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof."

Tenang dalam ketegasan aku saat itu.

Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan.

Riak wajahku takkan mampu dibacanya.
 
Kelas sunyi dan terus sunyi.

Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa.

Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap.
 
"owh ya??...selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi.

Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan.

Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini."

sinis kata-kata itu.
 
Aku terkaku.

Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji..

Dan aku harus pertahankannya.

Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan.
 
"Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.???

Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???"

Soalku penuh kelembutan.

Begitulah sifat yang ada padaku.

Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya.
 
Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya..

Disilang tangannya ke dada..
 
"Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah??

Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah??

Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia.

Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??.."

Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan.

Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik.

Mungkin tercalar dan sakit..

Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya.
 
"Maafkan saya sekali lagi prof.

Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya.

Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab.

Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat.

Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.

Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.

Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya.

Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..

Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.

Itu amat digalakkan.

Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki.

Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu..

Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga.

Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH..

insyaALLAH.."

Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku.

Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ.

Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar.

Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid.

"maafkan saya andai ada terkasar.

maafkan saya andai menyakitkan hati prof.

Prof harus tahu.

Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia....

assalamualaikum.."

Aku terus mengatur langkah keluar.

Waktu itu Prof kelihatan kematian kata.

Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu.

"Alhamdulillah.."

Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu..

Benar..

Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul.

Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu..

Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman.

Dalam hati terdetik..'Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH.."Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT
Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu. Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah. Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku. Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki. "Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester. 

Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill" Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an. Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan. Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan. Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri. 

Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya. Aku mengerutkan dahi. Cepat2 aku istighfar. Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal. "Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh. I am your lecturer for this subject. Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua. Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan. Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa.." Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu. "Ok....let's start ice breaking!!" sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan. Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku. Anak matanya mati tepat ke arahku. Waktu itu aku menundukkan pandanganku. Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu. Debaran mula dirasai. Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku. "I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course." Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega. Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..
 ALhamdulillah... Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran. Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku. "Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan. Pelajar dari kejuruteraan kimia." Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi. Udara yang memasuki hidungku terasa dingin. "Hmmm...kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??" Tanya Prof Rashid tenang. Tiada terlalu kuat. Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis. Aku berdiri sambil menundukkan kepala. Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan. Aku mengangguk perlahan. Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan. 
Sunyi. Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku. "Saya bagi kamu pilihan.....samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya. Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan." Tersentak aku. Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama "ISLAM" Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam. 
Ya ALLAH.....KAU berikanlah aku kekuatan! "Untuk membuka purdah ini...itu jauh sekali. Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya. Saya minta maaf prof.... Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang. Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini. Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof." Tenang dalam ketegasan aku saat itu. 
Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan. Riak wajahku takkan mampu dibacanya. Kelas sunyi dan terus sunyi. Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa. Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap. "owh ya??...selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi. 
Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan. Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini." sinis kata-kata itu. Aku terkaku. Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji.. Dan aku harus pertahankannya. Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan. "Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.??? Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???" Soalku penuh kelembutan. Begitulah sifat yang ada padaku. Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya. Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya.. Disilang tangannya ke dada.. "Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah?? Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah?? Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia. 
Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??.." Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan. Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik. Mungkin tercalar dan sakit.. Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya. "Maafkan saya sekali lagi prof. Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya. Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab. Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat. Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah. Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan. 
Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya. Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya.. Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi. Itu amat digalakkan. Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki. Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu.. Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga. Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH.. insyaALLAH.." Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku. Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ. Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar. 
Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid. "maafkan saya andai ada terkasar. maafkan saya andai menyakitkan hati prof. Prof harus tahu. Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia.... assalamualaikum.." Aku terus mengatur langkah keluar. Waktu itu Prof kelihatan kematian kata. Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu. "Alhamdulillah.." Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu.. Benar.. Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul. Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu.. Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman. Dalam hati terdetik..'Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH.." 

Saturday, October 26, 2013

Dua-dua kroni BN.

Dua-dua kroni BN. Walaupun pencacai UMNO melabelkan Robert Kuok ini kroni DAP dan mengajak rakyat Malaysia memboikot produknya. Aduh, bodoh tidak boleh diajar!

Apabila kroni Melayu ini mengambil alih AP/monopoli pengimportan/ pengeluaran gula, harga gula naik berkali-kali. Tengok graf.

Soalan: Siapa yang MEMPERGUNA/DIPERGUNA untuk kenaikan harga tersebut yang impaknya amat membebani rakyat?

Bayar RM64.1 juta kepada mangsa peristiwa Tak Bai


Bangkok: Kerajaan Thai membayar lebih Bt641 juta (RM64.1 juta) kepada mangsa yang cedera dalam peristiwa Tak Bai dan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam keganasan tentera negara itu sembilan tahun lalu.

Jumlah itu adalah tambahan kepada pampasan sebanyak Bt42 juta (RM4.2 juta) yang dibayar tentera pada 2007.
Agensi berita Isra melaporkan, sebanyak Bt11.4 (RM1.14) juta juga juga dibayar kepada 766 orang yang ditahan dalam operasi besar-besaran dan kemudian dibebaskan sementara tambahan Bt2 juta (RM202,252) dibayar kepada 58 orang yang disaman oleh kerajaan tetapi kes mereka ditarik balik kemudian.

Menurut laporan itu, sebahagian mangsa masih belum menuntut pampasan terbabit.


Dalam kejadian pada 25 Oktober 2004 itu, beratus-ratus penduduk Islam disumbat dan ditindih antara satu sama lain dalam trak tentera selama beberapa jam hingga menyebabkan 78 orang mati. - Agensi

Tak peduli larangan

Riyadh: Aktivis wanita Arab Saudi yang mempelopori kempen wanita memandu kereta hari ini mengingkari arahan keras Kementerian Dalam Negeri apabila memandu kereta bersama bapanya dari lapangan terbang ke kediamannya.
Menurut sumber, Lujein Al Hadoul mempamerkan keingkarannya itu dengan rakaman video yang dimuat naik dirangkaian sosial menunjukkan dia memandu di jalan raya di Riyadh sejurus tiba dari Amerika Syarikat, tempat dia belajar dengan biasiswa kerajaan. 
Lujein memandu kereta bapanya sementara lelaki terbabit duduk di sebelahnya bagi menunjukkan sokongannya terhadap kempen menamatkan larangan wanita memandu di negara berkenaan.

Lujein dilihat tersenyum penuh yakin ketika memandu pulang ke rumah hanya beberapa jam selepas Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan amaran keras tidak akan membenarkan wanita memandu hari ini.

“Lujein baru tiba di Riyadh dan dia memandu pulang ke rumah dengan gembira hari ini (semalam). Insha Allah kami akan melihat foto dia memandu ini selepas 10 tahun dan akan mentertawakannya,” kata bapa wanita berkenaan.

Lujein muncul di laman sosial Twitter bulan lalu menyeru kaum wanita Saudi memandu di jalan raya pada hari ini dalam kempen terbesar kedua sepanjang dua tahun yang dilancarkan wanita di negara konservatif terbabit bagi mendesak kerajaan memansuhkan larangan berkenaan.

Lebih 100 ulama daripada 29 juta populasi di Arab Saudi mengeluarkan kenyataan Rabu lalu menolak sebarang keputusan kerajaan bagi membenarkan wanita memandu kereta.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan sejurus sebelum Kementerian Dalam Negeri mengarah wanita agar tidak menghiraukan seruan Lujein dan memberi amaran yang mereka akan ditahan jika berdegil. - Agensi