Monday, May 31, 2010

Sultan: Pengamal media wajib teladani Rasullullah

Para pengamal media sewajibnya meneladani dan menghayati sifat-sifat unggul Nabi Muhammad SAW dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab mereka menyampaikan maklumat kepada masyarakat, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah sifat-sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah yang dimiliki oleh Rasulullah hendaklah dijadikan pegangan setiap pengamal media.

"Demikian pentingnya sifat kebenaran disemai dalam diri seseorang insan, dan menegakkan kebenaran itu amat penting dijadikan tonggak asas dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab mengendalikan media," titah baginda pada majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2010 di Dewan Bankuet di Ipoh hari ini.

Selain menjadi sumber maklumat sangat penting bagi masyarakat, Sultan Azlan bertitah media turut mempunyai pengaruh dalam membentuk minda dan menyemaikan nilai sosio-budaya sesuatu masyarakat.

"Media berpotensi menjadi instrumen memupuk keharmonian, demikian juga sebagai instrumen mencetuskan persengketaan. Untuk itu maklumat yang disampaikan, hendaklah sentiasa menjunjung prinsip yang menghormati fakta dan mendukung kebenaran serta diuruskan dengan rasa penuh tanggungjawab," titah baginda.

- Bernama

Syarahan Barry Wain, UM diminta sedia laporan

Universiti Malaya diarah menyediakan laporan terperinci mengenai program syarahan Barry Wain, berhubung perbincangan bukunya yang bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times".

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata meskipun universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan sebarang program di dalam kampus masing-masing mengikut budi bicara Naib Canselor, namun garis panduan dan tatacara jelas perlu disediakan.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan program berbentuk akademik yang dianjurkan kelak tidak lari daripada matlamat asal dan dijadikan platform untuk agenda individu tertentu.

"Hal ini penting agar kebebasan akademik yang dimiliki oleh universiti tidak disalahgunakan bagi mereka yang berkepentingan," katanya kepada Bernama.

Menurut Khaled, adalah tidak wajar dan bertentangan dengan budaya, amalan dan norma akademik berasaskan keilmuan dan kebenaran jika syarahan itu mempunyai motif dan tujuan menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin terutamanya negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara.
Forum itu didakwa telah disalahgunakan oleh individu tertentu untuk dijadikan sebagai medan menghentam Dr Mahathir, Umno dan orang Melayu.

Menurut Khaled, universiti tidak perlu merujuk kepada kementeriannya berhubung perkara itu dan Naib Canselor boleh menilai kewajaran sesuatu program yang dianjurkan, termasuk program berbentuk syarahan.

Beliau mengulas mengenai forum anjuran Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) Universiti Malaya (UM) bagi membincangkan buku karya Barry Wain itu, selepas majlis penyampaian surat kelulusan penubuhan, pendaftaran IPTS dan pendaftaran Ketua Eksekutif Universiti Antarabangsa Inti, di Putrajaya hari ini.

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Ka
mi menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel



Joseph Sipalan
Mei 31, 10
12:51pm
Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.
Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.
Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakanLifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.
Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.
Dr Abd Rani melalui SMS kepadaMalaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.
Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakinimenghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.
Terdahulu, menurut AFPyang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Rakaman video terkini serangan yahudi keatas kapal bantuan Turki

http://vthumb.ak.fbcdn.net/vthumb-ak-sf2p/v10823/150/108/100000791977924/b100000791977924_121189181250814_1292.jpg
Sila layari laman dibawah:
selitkan doa anda untuk keselamatn mereka dan kemenangan mereka dalam menghadapi yahudi yang lebih ganas dari binatang

Lebih 100 lagi masuk UMNO

MPPP roboh gerai makan Do Re Mi Kafe


Wakil NGO membaca Yasin sebelum kerja merobohkan Kafe Do Re Mi di tepi pantai Tanjung Bungah Pulau Pinang, semalam.
31/05/2010 4:02pm

PULAU PINANG 31 Mei - Gerai makan yang didirikan di atas pokok
di Tanjung Bungah di sini, Do Re Mi Kafe yang sebelum ini menjadi kontroversi akhirnya dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini.
Kira-kira 50 anggota penguatkuasa MPPP serta Jabatan Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis berada di kawasan gerai untuk operasi perobohan itu, seawal pukul 8 pagi.
Pemilik gerai itu, Johar Ismail, 34, yang sejak awal enggan keluar dari
premis gerainya, terpaksa dipujuk dan ditenteramkan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang Rizal Faris Mohideen, yang datang ke kawasan itu pada pukul 9.45 pagi.
Johar, yang jelas sedih dengan tindakan itu berkata: "Kerajaan negeri
berjaya mencapai hasrat untuk merobohkan gerai saya dan memusnahkan perniagaan saya."
Sementara itu, Rizal Faris berkata beliau akan menemui Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman hari ini untuk membincangkan perkara itu.
Usaha merobohkan gerai makan Do Re Mi Kafe itu pertama kali dilakukan pada Januari tahun ini tetapi ditangguhkan selepas seorang pelanggan, yang telah merancang mengadakan majlis perkahwinan di gerai itu, berjaya memohon penangguhan kerja-kerja meroboh daripada pihak pentadbiran negeri. - Bernama

Nisbah 60:40 pembangunan Kg. Baru belum muktamad



31/05/2010 4:07pm

KUALA LUMPUR 31 Mei - Cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera belum muktamad selagi tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Kerajaan akan mendengar serta menerima maklum balas daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Pemilik tanah Kampung Baru tidak perlu risau. Apa yang kami bentangkan pada Sabtu lalu adalah baru permulaan untuk mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada pemilik sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, satu majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi membincangkan pembangunan di kawasan berkenaan.
Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.
Raja Nong Chik berkata, kerajaan memberi jaminan kepentingan dan hak orang Melayu tetap dijaga dan diberi keutamaan walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.
"Nisbah yang dicadangkan itu bertujuan memaksimumkan nilai hartanah di Kampung Baru khususnya apabila syarikat korporat bukan Melayu dan syarikat asing turut sama-sama melabur dalam pembangunan yang kita rancang.
"Ini sekaligus akan memberikan pulangan lebih tinggi kepada pemilik tanah Kampung Baru yang sama-sama turut melabur dalam pembangunan ini," katanya.
Raja Nong Chik berkata sebarang pendapat, maklum balas serta pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88891411 atau e-mel kepadanya di rnc@kwp.gov.my. - Bernama

Tukar kerajaan sebelum negara bankrap

PENGKALAN CHEPA, 31 Mei: "Nak selamat ekonomi, kita kena tukar kerajaan pada pilihan raya ke 13 nanti, janganlah sampai bankrap dulu baru nak tukar kerajaan," kata mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar).
Beliau berkata, Malaysia mengalami defisit sejak 10 tahun lalu namun situasi itu terselindung di sebalik suara hipokrit pihak yang lebih mementingkan kuasa politik.
"Mungkin jarang rakyat yang terdiri daripada orang kampung serupa kita ini tidak menyedari realiti itu sebab di dalam akhbar tidak dinyatakan kedudukan perkara sebenar.
"Kalau di dalam radio, TV pula diheboh dan digambarkan dengan visual berbentuk mewah-mewah kononnya untuk menunjukkan bahawa negara mempunyai struktur ekonomi yang kukuh, rakyat tidak perlu ragu dan bimbang dengan pentadbiran kerajaan yang ada, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya," katanya pada ceramah perdana yang diadakan di Padang Tembak, dekat sini malam tadi.
Beliau berkata, perjuangan Umno BN kini jauh tersasar dari prinsip asal walaupun beberapa kali dinyatakan perlu ada transformasi.
"Berubah bukan nak jaga orang Melayu seperti kelantangannya mempertahankan Melayu, tapi nak jaga orang tertentu sebab itu mereka kaya-raya, menteri-menteri kaya, kalau tengok harta Najib memang besar.
"Namun sedarkah kita sejauh mana pula kesedaran mereka terhadap berapa ramai golongan miskin terbela di tangan mereka," katanya.
Tambahnya, apa yang berlaku sekarang adalah rakyat terpaksa bergelumang dengan kancah kemiskinan di dalam negara sendiri yang dikatakan maju angkara kerakusan pemimpin yang berbelanja melebihi dari nilai pendapatan.
"Jika situasi ini terus berlarutan jawabnya semakin banyaklah lagi harga barang akan naik, lebih banyak krisis barangan akan berlaku dan kita akan terus dicengkam inflasi kerana pendapatan tidak berubah," katanya.
Oleh itu, katanya rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan corak bagi menyelamatkan ekonomi negara pada masa hadapan dengan menukar kerajaan.

Judi bola boleh beroperasi di negeri BN sahaja


KOTA BHARU, 31 Mei: Walaupun lesen judi bolasepak diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.
Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Jika mana-mana premis menjalankan urusan judi itu, pihak berkuasa tempatan yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan bertindak dan antaranya menyita premis itu.

Pengumuman itu dibuat Khalid ketika membuat ucapan penggulungan di Kongres PKR ke 6 di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) petang semalam.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin berkata, kerajaan akan mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan bola sepak piala dunia tidak lama lagi.
Seorang lagi timbalan Mneteri Kewangan,Datuk Chor Chee Heung mengumumkan, Menteri Kewangan telah mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat arahan yang sama. Beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai agar jangan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Langkah yang sama telah dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan Kelantan yang mana menteri besar kedua-dua negeri itu adalah dari PAS iaitu masing-masing Datuk Seri Azizan Razak dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dengan tindakan para pemimpin Pakatan Rakyat ini bermakna kira-kira 30 peratus bakal pelanggan judi bola ini tidak akan dapat berbuat demikian kerana lesen premis tidak dikeluarkan oleh PBT di empat negeri Pakatan tersebut.
Sementara itu, Chor Chee Heung dalam kenyataan kepada media semalam memberikan amaran kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan dan tindakan boleh diambil ke atas mereka.
Oleh kerana judi bola sepak telah dihalalkan (legalise) oleh kerajaan persekutuan, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menyekat dari berjalan di negeri berkenaan satu tindakan yang tidak betul dan bertentangan dengan undang-undang, kata Chor kepada media.
"Kerajaan negeri Pakatan, khasnya Pulau Pinang kena faham bahawa judi bola sepak tidak lagi kegiatan haram (di Malaysia)," kata Chor sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berucap di ceramah khas (gambar) sempena kongres PKR itu di sini berkata, beliau sedia ke mahkamah lagi bagi mempertahankan tindakannya itu.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Chor yang disiarkan akhbar Cina itu.
Lim Guan Eng pernah diseret ke mahkamah dan kemudiannya dipenjarakan ekoran tindakan beliau membela seorang gadis bawah umur yang didakwa dirogol oleh seorang bekas ketua menteri.

Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

18 lagi masuk UMNO

Ugut wanita hamil angkara rasuah seks




MELAKA: Seorang pegawai kanan kerajaan kini disiasat polis berhubung satu laporan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita yang juga seorang pengusaha gerai makanan di sebuah daerah di negeri ini berhubung skandal seksnya.
Menurut sumber, pegawai terbabit meminta habuan seks untuk menolong mangsa memperoleh tapak sebuah rumah kedai bagi tujuan membuka perniagaan gerai berkenaan dan mangsa bersetuju dengan permintaannya itu.
Sumber berkata, pegawai itu dan wanita terbabit kemudiannya bersetuju berjumpa kali pertama di satu tempat sebelum mereka dikatakan melakukan hubungan seks.
Selepas hubungan kali pertama itu, mangsa memperoleh apa yang dikehendakinya sebelum kedua-dua mereka bertemu sekali lagi di satu tempat dan melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun, sumber berkata, selepas pertemuan kali kedua itu, mangsa kemudiannya mendapati dirinya tidak datang haid dan dipercayai mengandung anak hasil hubungan dengan pegawai terbabit.
Perkara itu sampai kepada pengetahuan pegawai kanan kerajaan terbabit menyebabkan dia terkejut dan panik. Dipercayai bimbang rahsia hubungan sulitnya dengan mangsa terbongkar, pegawai berkenaan mendesak wanita itu menggugurkan kandungannya.
Begitupun, mangsa enggan menuruti permintaan pegawai terbabit biarpun didesak dan diugut beberapa kali, katanya.
Sumber : Harian Metro

Masuk penjara dalam pantang



Posted on the May 31st, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
MELAKA: Akibat tindakannya tidak berfikir panjang apabila melesapkan wang majikannya, seorang ibu muda yang juga bekas juruwang sebuah pasar raya di negeri ini bukan saja terpaksa merengkok setahun di dalam penjara atas kesalahan itu, malah turut didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam.
Apa yang lebih mengharukan wanita terbabit, Noorfazielayati Mohammad, 20, yang masih berpantang selepas melahirkan anaknya pada 10 Mei lalu di Hospital Melaka, terpaksa memelihara dan menyusukan anaknya itu di penjara.
Terdahulu, Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwa serta turut memperingati tertuduh supaya benar-benar insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan.
Saya cuma ingin mengingatkan kesalahan ini adalah dipandang berat oleh undang-undang. Sebab itu ada hukuman penjara minimum setahun.
Awak mungkin ada alasan tersendiri ketika melakukan kesalahan itu. Namun setiap kesalahan mesti ada balasannya. Saya harap awak ambil iktibar dan pengajaran, katanya.
Mengikut pertuduhan, Noorfazielayati, dari Kampung Lapan, dituduh melakukan pecah amanah jenayah iaitu menggunakan untuk diri sendiri wang hasil jualan milik majikannya Parkson Corporation Sdn Bhd, berjumlah RM3,011.60.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 10 Jun 2009, antara jam 9.30 malam hingga 10 malam di Parkson, Mahkota Parade.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat.
Fakta kes menunjukkan, ketika kejadian, Ketua Juruwang Parkson Grand mengesan tertuduh keluar berehat pada jam 6 petang dan tidak masuk semula selepas itu.
Selepas gagal menghubunginya, pengadu kemudian mengarahkan seorang pekerja membuat pemeriksaan dan mendapati wang tunai RM3,011.60 dari peti simpanan kaunter hilang.

Kematian mencecah 16 orang, kapal dirampas




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8mVRa6ZuKvd-wRTMNFGz_2VuRuHvUZqIUIVvDTQE75wVyLrIiuxeuef2RSOIvGV5c2hLuPCiJw8PcWd_cji8mfNIZ9RfyN91Fl2_lVeXymbCn_-VkEQKzuwAxSXCrrYZuUl9ufQQUxGk/s1600/berita.jpg
31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan. katanya.
Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

Lelaki datang runding kahwin buat onar




AMPANG: Habis madu sepah dibuang. Perumpamaan itu tepat buat seorang lelaki apabila dia meratah tubuh teman wanitanya selepas berjanji akan mengahwini mangsa sebelum meninggalkan wanita terbabit keseorangan dan kini hamil lima bulan hasil hubungan terlarang mereka.
Malah, perbuatan terkutuk itu berlaku ketika lelaki terbabit menumpang rumah teman wanitanya selepas dia bertemu ahli keluarga mangsa untuk berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Difahamkan, pasangan terbabit sudah tiga tahun menyemai cinta sebelum mereka akhirnya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.
Teman lelaki mangsa kemudian pergi berjumpa ahli keluarga teman wanitanya itu kononnya untuk berbincang berhubung perkahwinan mereka dan akhirnya mencapai kata sepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan awal tahun depan.
Sejurus perbincangan, lelaki terbabit yang berasal dari Ipoh, Perak menumpang di rumah teman wanitanya itu dan ketika itulah dia membuat onar dengan menabur janji manis kepada mangsa dan mengajak mengadakan hubungan seks.
Mangsa yang terlalu percaya dengan janji lelaki itu akhirnya menyerah tubuh kepadanya sebelum dia akhirnya didapati mengandung.
Menurut sumber, mangsa hanya mampu mengikut kehendak teman lelakinya berikutan dia berjanji akan mendirikan rumah tangga dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan itu.
Teman lelakinya juga memberitahu kepada mangsa supaya tidak risau kerana tarikh perkahwinan mereka sudah ditetapkan dan meminta mangsa mengadakan hubungan seks bagi menunjukkan kesetiaan cintanya.
Mangsa yang termakan pujuk rayu itu akhirnya menyerahkan mahkota yang dijaga selama ini kepada lelaki terbabit kerana terlalu sayang kepada teman lelakinya selain yakin mereka akan berkahwin, katanya.
Menurut sumber, selepas seminggu menetap di rumah teman wanitanya itu, lelaki terbabit akhirnya pulang ke kampung halaman dan berjanji akan datang semula untuk menghantar rombongan perkahwinan.
Namun, janji tinggal janji dan harapan menggunung teman wanitanya untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati itu mula samar apabila lelaki terbabit langsung tidak mahu menjawab panggilan telefon sejak dia pulang ke kampung.
Hampir setiap hari wanita berkenaan menghubungi teman lelakinya, namun jawapan yang diberikan sangat mengecewakan apabila lelaki terbabit tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan, katanya.
Menurutnya, mangsa kini mula bimbang kerana dia sudah mengandung lima bulan namun teman lelakinya hanya lepas tangan dan langsung tidak mahu bertanggung jawab.
Lelaki terbabit turut mengatakan yang anak itu bukan dari benihnya dan mendakwa teman wanitanya menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan juga ahli keluarga.
Sumber : Harian Metro

Kerajaan harus tegas tegah orang Islam berjudi: Dr Mahathir


2010/05/31

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan tegas menegah orang Islam daripada terbabit dengan sebarang aktiviti perjudian. 

"Mana-mana individu beragama Islam yang didapati berjudi hendaklah ditangkap.
"Negara ini mempunyai rakyat pelbagai kaum. Kita tidak boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang tidak haram bagi mereka tetapi haram untuk umat Islam," katanya pada sidang media di sini petang tadi. Dr Mahathir mengulas pemberian lesen kepada Kumpulan Berjaya Corp bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 bulan depan.

Dr Mahathir berkata, penguatkuasaan memang sudah dilakukan terhadap orang Islam di negara ini supaya tidak terbabit dengan aktiviti perjudian. 

"Tetapi kalau dia nak pi (pergi) Singapura, nak pi terbabit (berjudi), kita tak dapat buat apalah," katanya. 

Kementerian Kewangan pada awal bulan ini mengeluarkan lesen itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. - Bernama

'Drama' di pasar Geylang Serai

SINGAPURA


SUDAH jatuh ditimpa tangga.Sudahlah ditangkap kerana mengemis, seorang mak cik berusia 60-an tahun kemudian tidak henti-henti dimarah suaminya.'Bodoh punya perempuan, aku dah cakap jangan mintak sedekah. Sekarang kan dah susah!' kata pak cik itu, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Itulah antara drama yang disaksikan pelanggan dan pegerai pasar Geylang Serai semalam semasa para pegawai Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) menjalankan operasi menahan para pengemis di pasar tersebut.Pak cik berusia 70-an tahun itu mula berang selepas isterinya 'ditangkap' para pegawai MCYS dari jabatan Khidmat Orang Miskin (DPS).Bagaimanapun, kemarahannya itu lebih ditujukan kepada isterinya, yang hanya menunduk bisu.Semasa cuba menerangkan keadaan kepada para pegawai MCYS itu, pak cik tersebut berkata ini bukan kali pertama isterinya itu ditangkap kerana mengemis di Geylang Serai.Menurutnya, beliau datang ke pasar itu semalam untuk membeli ubat.Apabila sedang sibuk mendapatkan ubat, beliau tidak menyangka isterinya juga sibuk mengemis.Mak cik dalam lingkungan usia 60-an tahun itu adalah antara empat pengemis, kesemuanya wanita, yang ditahan di pusat makanan pasar Geylang Serai dalam satu operasi MCYS semalam.Berita Minggu (BM) telah diundang untuk memantau operasi tersebut menyusuli laporan akhbar ini mengenai masalah pengemis di pusat makanan pasar itu pada 25 April lalu.Namun, BM tidak dibenarkan mewawancara pengemis ataupun anggota keluarga mereka.Selain dua pegawai MCYS, operasi yang mengambil masa kurang sejam itu disertai juga oleh dua pegawai polis Aetos.Operasi tersebut bermula sejurus selepas para pegawai itu tiba di pasar Geylang Serai kira-kira 9.55 pagi dan mereka menahan pengemis pertama kurang 10 minit selepas itu.Dalam operasi semalam, kesemua pengemis itu pasrah apabila ditahan, kecuali seorang wanita berusia 40-an tahun, yang dipercayai warga Pakistan.Beliau beberapa kali cuba melarikan diri semasa para pegawai DPS dan Aetos membawanya ke van yang menanti di tempat meletak kereta pasar itu.Kemudian, wanita yang bercakap dalam bahasa Inggeris tetapi tidak lancar itu enggan masuk ke van dan merayu, sampaikan meraung, supaya dilepaskan.Selain wanita itu, seorang lagi wanita yang ditangkap dipercayai warga asing, berasal dari Malaysia, manakala dua lagi ialah warga setempat.Menurut jurucakap MCYS, pengemis warga Singapura akan dibawa langsung ke Rumah Tumpangan Angsana di Buangkok Green dan kes mereka akan disiasat sebelum bantuan yang sesuai dihulurkan.Pengemis warga asing pula akan terus dibawa ke Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk dihantar balik ke negara asal mereka.Kebanyakan pelanggan dan pemilik gerai di pasar Geylang Serai yang menyaksikan operasi semalam rata-rata menyokong langkah penguatkuasaan itu.Malah, ada yang memberi kata-kata pujian kepada para pegawai MCYS dan Aetos yang menahan para pengemis, seolah-olah operasi itu satu acara sukan.Salah seorang pelanggan, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Mohamed, berkata: 'Syabas, bawa semua mereka pergi supaya mereka tak ganggu orang di sini.'Namun, tidak kurang juga yang bersimpati, termasuk Cik Aisyah, 40-an tahun.'Kasihan... mereka pun cari makan,' katanya, yang enggan memberi nama penuh.Namun, jurucakap MCYS menerangkan operasi itu lebih bertujuan membantu. Ini kerana walau mengemis salah dari sisi undang-undang, namun para pesalah dianggap sebagai golongan yang memerlukan bantuan.Menurutnya, warga Singapura yang dalam kesusahan tidak perlu mengemis kerana terdapat pelbagai sumber bantuan seperti Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), Pusat Khidmat Keluarga (FSC) dan pertubuhan akar umbi.Justeru, matlamat operasi semalam ialah untuk menyalurkan para pengemis tersebut kepada bantuan-bantuan yang sedia ada.Berkongsi perangkaan terkini pula, jurucakap itu berkata jumlah pengemis yang ditangkap MCYS meningkat sejak empat tahun lalu, daripada 70 pada 2006 kepada 109 tahun lalu.Tahun lalu, daripada jumlah itu, 47 adalah pengemis warga asing sementara 62 adalah warga setempat.Sementara itu, sejumlah 77 pengemis ditangkap pada 2008 merangkumi 34 warga setempat dan 43 warga asing.Jurucakap MCYS menambah, dalam operasi menahan pengemis, para pegawainya seolah-olah bermain permainan 'kucing dan tikus'.Menurutnya, para pengemis yang melihat 'teman' mereka tertangkap akan lekas beredar sambil memberitahu yang lain. Lantaran itulah, untuk menangani masalah tersebut penguatkuasaan saja tidak mencukupi.Anggota masyarakat dinasihatkan supaya tidak memberi wang kepada para pengemis. Sebaliknya mereka boleh menghubungi talian ComCare di 1800- 222-0000 supaya para pengemis itu boleh dibantu sewajarnya.Laporan tambahan:NORMAN SAWI(normans@sph.com.sg)




Awas! ayam diTesco tidak halal


Peniaga saman Tesco RM1.6 juta kerana jual ayam tidak halal


2010/05/31

GEORGETOWN: Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata, beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di sini.

Katanya, pada 12 Mac lalu beliau membeli tiga ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Raja Muzaffar Kamar berkata, beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lalu, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya, pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam. - Bernama

Ulama tak boleh berpolitik - Prof Koman Sepana


Ulama patut galak perpaduan bukan perpecahan

31/05/2010 6:47pm

KOTA BAHARU 31 Mei - Kecenderungan ulama masa kini terlibat dalam politik sehingga timbul kesangsian terhadap mereka adalah antara faktor golongan ini tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat, kata Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Datuk Prof Hussin Abdul Rahman.
Sambil menyifatkan ulama masa kini semakin kebuntuan untuk mengutamakan antara ideologi politik dan kebenaran, beliau berkata ulama kini seharusnya melihat kepada legasi ulama terdahulu yang merupakan pemimpin yang dihormati dan diingati kerana mampu menegakkan kebenaran meskipun terpaksa mengetepikan kehendak dan naluri sendiri.
"Istilah ulama sebenarnya merupakan golongan pemimpin yang memahami tuntutan kebenaran, mereka merupakan golongan yang menyelesaikan, pemikir yang berfikir dengan berpaksikan kebenaran untuk dijadikan satu teladan.
"Namun, disebabkan delima politik, terdapat perilaku ulama yang menimbulkan kesangsian dan kebuntuan sehingga harapan masyarakat kepada ulama kini tidak lagi dipenuhi. Sebagai contoh mereka sepatutnya menyumbang kepada perpaduan tetapi mereka jadi benih perpecahan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara di sini hari ini.
Hussin berkata bagi menimbulkan kesedaran terhadap kedangkalan ulama antara mempertahankan kebenaran dan politik, UiTM menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara itu bagi mengangkat kembali martabat ulama di negara ini dengan cara mencontohi dan mengingati perjuangan ulama terdahulu. - Bernama

Penduduk bantah bagi kepada bukan Melayu




CADANGAN pembangunan Kampung Baru dibuka kepada bukan Melayu dan pelabur asing dibantah oleh penduduk kampung itu.


KUALA LUMPUR - "Jangankan 40 peratus, seinci tanah Kampung Baru pun akan kami pertahankan daripada statusnya diberi kepada bukan Melayu."
Demikian tegas sebilangan besar anak jati kampung tradisional Melayu itu yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai cadangan supaya 40 peratus pemilikan hartanah kampung tersebut dijual kepada golongan bukan Melayu.
Mereka berpendapat, biar pun cadangan itu bertujuan untuk pembangunan dan pemodenan namun, bagi mereka, Kampung Baru merupakan satu-satunya rizab Melayu yang tidak wajar dikorbankan.
Ahmad Sabir Mukisan, 34, yang terkejut dengan cadangan itu berkata, ia satu-satunya tanah rizab Melayu di ibu negara yang tidak wajar diganggu.
"Kalau tanah ini mahu diusik, mana lagi orang Melayu hendak pergi," katanya yang lebih 30 tahun menetap di situ.
Rakannya, Mohd. Fazli Talib, 42, yang memiliki sebuah bengkel motosikal pula menegaskan, cadangan itu seolah-olah isyarat untuk mengusir penduduk keluar dari kawasan itu secara perlahan-lahan.
"Mula-mula hanya 40 peratus tetapi perlahan-lahan pemilikannya akan berkembang tanpa sesiapa menyedarinya dan akhirnya mereka akan menjadi majoriti," katanya.
Abdul Ghani Mohd. Noor, 46, berkata, cadangan itu bagai dijangka kerana banyak pihak tidak sabar untuk menukar wajah Kampung Baru menjadi kawasan pembangunan moden.

Lambat kesan punca merebak




PENDUDUK kampung dan nelayan giat membantu membersihkan tumpahan minyak di kawasan persisiran pantai Tanjung Ayam, Pengerang, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI - Kegagalan pihak-pihak berwajib mengesan pergerakan sisa tumpahan minyak lebih awal dikenal pasti sebagai punca sisa berkenaan memasuki perairan negara sekali gus menjejaskan persisiran pantai Pengerang di sini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pergerakan tumpahan minyak yang memasuki perairan negara itu dikesan agak lewat lantaran cuaca buruk dan keadaan laut yang bergelora.
Katanya, keadaan menjadi lebih buruk ekoran kegagalan boya-boya yang dipasang menyekat 'kemaraan' sisa tumpahan minyak selain teknik penyuraian minyak yang digunakan kurang berkesan.
"Ketika ini, pelbagai pihak sedang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perkara ini diatasi segera," katanya selepas melawat beberapa pesisiran pantai yang terjejas akibat tumpahan minyak di sini semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Rosnani Ibrahim.
Sebelum itu, Douglas bersama pelbagai agensi seperti JAS, Jabatan Laut, polis dan Jabatan Perikanan menghadiri satu taklimat khas mengenai perkara itu.
Mengenai kegagalan boya-boya dan teknik penyuraian yang digunakan, Douglas berkata, teknik itu masih merupakan yang terbaik bagi memastikan situasi tidak bertambah teruk.