Monday, May 31, 2010

Kerajaan harus tegas tegah orang Islam berjudi: Dr Mahathir


2010/05/31

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan tegas menegah orang Islam daripada terbabit dengan sebarang aktiviti perjudian. 

"Mana-mana individu beragama Islam yang didapati berjudi hendaklah ditangkap.
"Negara ini mempunyai rakyat pelbagai kaum. Kita tidak boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang tidak haram bagi mereka tetapi haram untuk umat Islam," katanya pada sidang media di sini petang tadi. Dr Mahathir mengulas pemberian lesen kepada Kumpulan Berjaya Corp bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 bulan depan.

Dr Mahathir berkata, penguatkuasaan memang sudah dilakukan terhadap orang Islam di negara ini supaya tidak terbabit dengan aktiviti perjudian. 

"Tetapi kalau dia nak pi (pergi) Singapura, nak pi terbabit (berjudi), kita tak dapat buat apalah," katanya. 

Kementerian Kewangan pada awal bulan ini mengeluarkan lesen itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. - Bernama

No comments:

Post a Comment