Monday, May 31, 2010

MPPP roboh gerai makan Do Re Mi Kafe


Wakil NGO membaca Yasin sebelum kerja merobohkan Kafe Do Re Mi di tepi pantai Tanjung Bungah Pulau Pinang, semalam.
31/05/2010 4:02pm

PULAU PINANG 31 Mei - Gerai makan yang didirikan di atas pokok
di Tanjung Bungah di sini, Do Re Mi Kafe yang sebelum ini menjadi kontroversi akhirnya dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini.
Kira-kira 50 anggota penguatkuasa MPPP serta Jabatan Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis berada di kawasan gerai untuk operasi perobohan itu, seawal pukul 8 pagi.
Pemilik gerai itu, Johar Ismail, 34, yang sejak awal enggan keluar dari
premis gerainya, terpaksa dipujuk dan ditenteramkan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang Rizal Faris Mohideen, yang datang ke kawasan itu pada pukul 9.45 pagi.
Johar, yang jelas sedih dengan tindakan itu berkata: "Kerajaan negeri
berjaya mencapai hasrat untuk merobohkan gerai saya dan memusnahkan perniagaan saya."
Sementara itu, Rizal Faris berkata beliau akan menemui Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman hari ini untuk membincangkan perkara itu.
Usaha merobohkan gerai makan Do Re Mi Kafe itu pertama kali dilakukan pada Januari tahun ini tetapi ditangguhkan selepas seorang pelanggan, yang telah merancang mengadakan majlis perkahwinan di gerai itu, berjaya memohon penangguhan kerja-kerja meroboh daripada pihak pentadbiran negeri. - Bernama

No comments:

Post a Comment