Monday, May 31, 2010

Ada juga judi haram dan judi halal


Sindiket 4 nombor ekor tumpas



KOTA KINABALU 30 Mei - Polis menumpaskan satu sindiket judi empat nombor ekor haram yang mempertaruhkan wang tunai mencecah RM1.4 juta sebulan selepas menyerbu sebuah rumah banglo dua tingkat di Jalan Nossob, Penampang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohamad Khalil Kadir berkata, dalam Ops Dadu itu, polis turut menahan tiga lelaki dan lapan wanita berusia 21 hingga 32 tahun, yang disyaki menjalankan kegiatan haram tersebut.
Katanya, ketika ditahan kesemua mereka sedang leka menerima pertaruhan daripada pelanggan.
"Polis terpaksa memecah masuk rumah itu selepas penghuninya enggan membuka pintu," katanya di sini.
Beliau menambah, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) IPK Negeri.
Mohamad Khalil berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya banglo itu dijadikan pusat operasi judi berkenaan sejak empat bulan lalu.
"Dianggarkan jumlah pertaruhan yang diurus sindiket berkenaan mencecah RM1.4 juta sebulan," katanya.
Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas 10 buah komputer riba, enam mesin faksimile, 255 keping kertas mengandungi catatan nombor pertaruhan serta peralatan menulis dan mengira.

No comments:

Post a Comment