Tuesday, June 8, 2010

DUN Bakar Arang nafi terima RM5j keluar PKR

2010/06/08


SUNGAI PETANI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu, menafikan menerima RM5 juta sebagai imbuhan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) April lalu.

Tan, 54, yang kini wakil rakyat Bebas mendakwa, tuduhan dibuat Naib Pengerusi PKR Pusat, Lee Boon Chai ketika menghadiri majlis makan malam PKR di sini, dua hari lalu, disifatkan sebagai fitnah dan pembohongan besar untuk menjatuhkan imej dan karier politiknya.
Lee ketika berucap pada majlis itu, kononnya mendedahkan saya pernah menerima wang RM5 juta sebagai ganjaran keluar parti. Ternyata dia berbohong kerana saya tidak pernah membuat kenyataan itu dan berbual mengenai perkara sama (keluar parti) dengannya.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Saya keluar parti dengan rela hati kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan PKR.

Saya keluar PKR juga kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mendakwa pengguguran saya daripada barisan Exco Kerajaan Kedah adalah kerana saya gagal menjalankan tugas sepanjang dua tahun menjadi wakil rakyat PKR, dakwanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Tan berkata, beliau menyifatkan Lee sebagai individu yang hanya pandai melakukan pembohongan besar selain mencabar Lee membuktikan dakwaannya itu.

Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Lee dan juga Johari, katanya.

No comments:

Post a Comment