Tuesday, June 8, 2010

legalah orang yang terlibat PKFZ tak kena siasat lagi

Siasatan PKFZ sudah memadai: Cho Ha 

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan yang baru dilantik, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, siasatan yang dilakukan ke atas isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebelum ini sudah memadai, justeru ianya tidak perlu terus disiasat. 

Bagaimanapun katanya, beliau akan meluangkan masa untuk mengkaji kes tersebut bagi memahami isu sebenar. 

“Saya fikir cukuplah dengan siasatan, cukuplah dengan semua kajian. Semua telah dilakukan ke atas isu ini, jadi saya fikir tidak perlu lagi untuk terus melihat ke dalam skandal tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengulas isu itu, di sini, semalam. 

Mahkamah Sesyen Shah Alam pada bulan lepas menetapkan 13 hari antara 30 September dan 3 Disember ini untuk mendengar kes tiga individu yang didakwa membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah jutaan ringgit dalam projek PKFZ. 

Ketiga-tiga tertuduh berkenaan ialah bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Law Jenn Dong, 51, Ketua Pegawai Operasi KDSB Steven Abok, 51 dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 48 dari BTA Architect yang merupakan perunding PKFZ. 

Turut dihadapkan ke mahkamah ialah bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka O.C Phang yang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta dalam skandal tersebut. 

Cho Ha sebelum itu menerima nota serah tugas daripada bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat. - Bernama

No comments:

Post a Comment