STOCKHOLM: Pekerja pelabuhan Sweden akan melancarkan halangan ke atas semua kapal dan barang dagangan Israel selama seminggu di negara itu sebagai protes terhadap tindakan ganas rejim Zionis ke atas kapal kemanusiaan ke Gaza.
Jurucakap Kesatuan Pekerja Pelabuhan Sweden, Peter Annerback, berkata mereka tidak akan melayan sebarang barangan dibawa dari Israel atau kapal yang berlabuh di situ.
“Protes akan berlangsung dari 15 hingga 24 Jun ini,” katanya.
Kesatuan itu dianggotai kira-kira 1,500 ahli dan memberi sokongan terbuka kepada penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Menurut Annerback, protes pekerja pelabuhan itu dibuat kerana Israel melakukan serangan jenayah ke atas konvoi kapal keamanan.
Bagaimanapun, sesetengah pihak berkata, tidak dapat dipastikan bagaimana protes berkenaan akan memberi kesan kepada nilai dagangan di antara Sweden dan Israel. - AP
No comments:
Post a Comment