ALOR SETAR - Pejabat Tanah Daerah Kota Setar hari ini memulakan tindakan meroboh beberapa premis yang dibina di tanah milik kerajaan berhampiran dengan landasan kereta api di sini.
Penolong Pentadbir Tanah Bahagian Penguatkuasa Daerah Kota Setar, Arif Hani Abdul Rahman, berkata, premis-premis itu dirobohkan bagi memberi ruang kepada pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar.
Jurucakap MMC Gamuda, kontraktor utama projek itu, berkata Pejabat Tanah dan Galian sudah mengeluarkan notis pada 17 Mei kepada semua penduduk dan juga pemilik bangunan komersial yang terlibat dengan projek landasan itu.
Beliau berkata, penduduk yang membina rumah berhampiran dengan landasan tidak mempunyai masalah untuk berpindah kerana mereka dibayar ganti rugi sebanyak RM1,000 setiap keluarga manakala kerajaan pusat membiayai sewa rumah baru penduduk itu sebanyak RM300 sebulan selama dua tahun.
Jurucakap itu berkata masalah yang timbul kini ialah pemilik bangunan komersial yang ingkar dengan arahan.
"Mereka sepatutnya tidak mendapat ganti rugi tetapi kontraktor beri sagu hati kira-kira RM2,000 bagi meringankan beban mereka membawa barang ke premis baru," katanya.
Pemilik sebuah pejabat pos mini yang dirobohkan, Haslina Mat Hussain, 45, berkata dia menerima notis pengosongan premis pada 18 Mei lalu dan sepatutnya mengosongkan premisnya esok.
"Saya bersedia keluar tetapi bukan secara mengejut seperti ini," katanya yang telah mempunyai tempat baru untuk meneruskan perniagaannya.

Katanya, dia tidak boleh memulakan operasi di premis baru dalam masa terdekat kerana belum ada bekalan elektrik dan juga beberapa kelengkapan lain.
"Saya sedih kerana perniagaan perkhidmatan yang saya dan suami usahakan selama 12 tahun tidak diberi pampasan oleh pihak bertanggungjawab," katanya.
Pemilik pusat jualan peralatan dapur di Jalan Teluk Wan Jah, Tan Beng Hang, 41, berkata dia telah menulis surat kepada Pejabat Tanah untuk melanjutkan tempoh pengosongan kerana mahu menunggu premis baru dikosongkan oleh penyewa sekarang.
"Saya tidak mendapat maklum balas berkenaan surat itu dan hari ini pihak PTG datang merobohkan bahagian hadapan kedai saya," katanya.
No comments:
Post a Comment