Friday, June 25, 2010

UiTM umum pelantikan baru

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam mengumumkan Datuk Profesor Dr Abdullah Mohamad Said dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar & Alumni manakala Profesor Dr Azni Zain Ahmed pula dilantik sebagai TNC Akademik dan Antarabangsa UiTM.
Dr Abdullah memegang jawatan itu berkuatkuasa I Jun lalu manakala Dr Azni bermula pada 6 Jun lalu sehingga 5 Jun 2013.
Dr Abdullah sebelum ini Pengarah Kampus UiTM Cawangan Perak menggantikan Profesor Datuk Nasuddin Othman, manakala Dr Azni adalah Penolong Naib Canselor (Kajian) dan Penolong Naib Canselor UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana. Dr Abdullah berkhidmat dengan UiTM selama 34 tahun dan tugasnya bermula sebagai pensyarah di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam pada 1983.

Anak kelahiran Perak itu dilahirkan pada 18 Ogos 1958 dan mendapat pendidikan awal di Perak sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) (1979-1983). Beliau kemudian menyambung pengajian dalam peringkat sarjana di University of Wales Cardiff, United Kingdom (1986-1988) dan University of Wales Aberystwyth, United Kingdom (1994-1997). Manakala Dr Azni yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan adalah lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seterusnya mendapat Ijazah kedoktoran untuk kajiannya ‘Energy In Building’ dari University of Herthfordshire, United Kingdom.

No comments:

Post a Comment