Wednesday, August 4, 2010

10 Ogos tarikh lihat anak bulan Ramadan



KUALA LUMPUR 3 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 10 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan.
Lokasi berkenaan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah).
Turut menjadi lokasi Bukit Besar, Bukit Kemuning, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA (Terengganu); Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling dan Menara Bangunan SEDC (Kelantan).
Lokasi lain adalah Tanjong Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni di Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat (Perlis) turut menjadi lokasi melihat anak bulan.
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.
Pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu.

No comments:

Post a Comment