Wednesday, August 4, 2010


PEJUANG AMAL MAARUF & NAHIL MUNGKAR YANG PATUT GENERASI MUDA TAHU


Bekas Mufti Selangor tidak boleh lupakan bagaimana beliau dipecat

RAWANG, 23 Okt (Hrkh) - Walaupun sudah lebih lima tahun berlalu, bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom masih tidak melupakan bagaimana beliau boleh dipecat dari jawatan itu.

Ketika memberikan tazkirah Ramadhan di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri malam tadi, Dato' Ishak masih menceritakan peristiwa hitam itu

"Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada kerajaan negeri Selangor yang berbunyi 'Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan'," ceritanya kepada para hadirin.

Ia berlaku berikutan peristiwa beliau mengarahkan pihak penguatkuasa agama negeri Selangor bertindak ke atas tiga peserta pertandingan ratu cantik yang terdiri dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Saya bertindak begitu pula kerana saya masih ingat lagi kata-kata Tuanku Sultan Selangor, almarhum, ketika menyerahkan watikah perlantikan Mufti Selangor kepada saya.

"Baginda berkata, sekarang saya serahkan urusan agama negeri ini kepada Dato'. Jika Allah tanya saya di akhirat nanti apa-apa tentang agama, saya akan tunjukkan Dato' (sebagai orang yang bertanggungjawab). Saya pun jawablah kepada Tuanku Sultan, 'baiklah'," cerita Dato' Ishak kepada sidang hadirin.


Berdasarkan kepada itulah, katanya, beliau bertindak menangkap peserta ratu cantik yang sememangnya memakai pakaian tiga suku telanjang di depan beribu-ribu orang apabila memperagakan pakaian mandi dalam pertandingan itu.

Kerajaan negeri terima memo minta kerajaan negeri pecat saya," kata Dato' Ishak.

Beliau menyifatkan pemimpin negara yang ada sekarang lebih baik sedikit berbanding dengan pemimpin yang lalu.

"Apabila Mufti Perak berkata 'penganjur, penyanyi dan penonton konsert Sure Heboh berdosa kerana ia haram, saya dok ingat...tak lama lagi kenalah dia.

"Tetapi nampaknya pemimpin yang ada sekarang lebih baik sedikit. Dia tak arah pecat Mufti Perak. Cuma yang diarahkan jangan mainkan lagi isu itu. Semua media senyap sunyi tak main lagi isu itu. Kalau dia main lagi tentu mufti lain juga akan sokong Mufti Perak. Lagi susah dia," cerita Dato' Ishak.

Tazkirah Dato' Ishak malam itu mendapat sambutan luar biasa dari para hadirin.

Hampir kesemua mereka bangun dan pergi bersalam dengan Dato' Ishak sebaik sahaja selesai beliau memberikan tazkirah.

Soal pemecatan beliau bukanlah perkara utama dalam tazkirah itu tetapi peringatan kepada semua yang hadir betapa pentingnya mencari ilmu dan berusaha menjadi umat terbaik.

Umat terbaik pula adalah mereka yang menyeru kepada maaruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.

"Atas dasar mencegah kemungkaranlah dulu saya cuba menghalang pertandingan ratu cantik di Selangor," katanya. - ZS
sumber dari:
http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment