Monday, September 20, 2010

Ahmadinejad minta AS bebaskan lapan warga Iran


TERIMA HADIAH: Cik Sarah Shourd (dua dari kanan), ibunya, Cik Nora, dan bapa saudaranya, Encik Thomas ‘Mike’ Sandys, menerima cenderahati daripada seorang warga Oman di ruang tamu orang kenamaan di lapangan terbang Muscat, Oman, sebelum pulang ke Amerika Syarikat kelmarin. -- Foto AP


WASHINGTON: Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, meminta Washington membebaskan lapan rakyat Iran yang menurutnya 'ditangkap dan ditahan secara tidak sah' oleh Amerika.
'Tidak menjadi satu kesalahan meminta pemerintah Amerika memberi pertimbangan kemanusiaan membebaskan rakyat Iran yang ditangkap dan ditahan di Amerika,' kata Encik Ahmadinejad, menurut sedutan wawancara yang disiarkan ABC News.Permintaan itu dibuat selepas Iran membebaskan wanita warga Amerika, Cik Sarah Shourd, 32 tahun, selepas menahannya dan rakan pengembara beliau, Encik Shane Bauer, dan Encik Josh Fattal, lebih setahun lamanya.Tiga warga Amerika itu diberkas pada 31 Julai 2009 selepas mereka tersasar ke Iran dari Iraq. Iran menuduh mereka 'mengintip dan masuk secara haram'.Mereka berkata mereka tersasar masuk ke Iran selepas tersesat di wilayah Kurdistan, Iraq.Cik Shourd semalam pulang dari Oman, yang menjadi pengantara bagi pembebasannya selepas ikat jamin AS$500,000 ($668,000) dibayar.Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, dikatakan telah menelefon Sultan Qaboos untuk mengucapkan terima kasih di atas peranan Oman itu dan mahu Encik Josh dan Encik Shane juga pulang.Ketika ditanya, Encik Ahmadinejad berkata: 'Mereka melanggar undang-undang. Adakah anda mahu saya bebaskan pencabul undang-undang?' - AFP.

No comments:

Post a Comment