Monday, September 20, 2010

Perjuangan UMNO lebih besar daripada Perkasa


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz berkata, parti itu tidak perlu menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana kedua-dua pihak sama-sama memperjuangkan hak kepentingan Melayu.
Justeru, katanya, kedua-dua pihak sebenarnya mampu bekerjasama.
Jelasnya, skop perjuangan UMNO sebagai sebuah parti komponen pemerintah adalah lebih besar apabila turut mengambil kira keadilan buat kaum lain.
Kata beliau, Perkasa pula berperanan untuk mempertahankan hak-hak kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Saya juga salah seorang pemimpin UMNO. Jadi saya tidak nampak wujudnya sebarang percanggahannya (UMNO) dengan Perkasa," kata beliau.
Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri anjuran Dewan Negara di Dewan Serbaguna Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan sesetengah pemimpin UMNO supaya parti itu menjauhkan diri daripada terlibat dengan Perkasa.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan parti itu perlu menjauhi Perkasa sementara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pernah menyuarakan nada serupa.

No comments:

Post a Comment