Monday, September 20, 2010

Md Alwi bidas kenyataan Nik Aziz




KOTA BHARU – Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad membidas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan beliau tidak bangga menjadi bangsa Melayu. 

Md Alwi berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan perbezaan beliau dan Nabi Muhamad SAW yang berbangga sebagai bangsa Quraisy. 

“Nabi Muhamad berbangga dia Quraisy. Nabi Muhamad SAW kata “Saya Quraisy”... Jadi dia berbezalah sedikit dengan Nabi Muhamad. Tak payah kata apa kan. Jadi jauh berbeza di antara dia (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi Muhamad SAW. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan tidak bangga berbangsa Melayu. 

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab dan katanya sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam. 

Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah. 

“Dalam al-Quran ada menyebut bangsa ini Allah jadikan ‘Aku jadikan manusia itu berbangsa-bangsa supaya kamu kenal mengenal'. 

“Maknanya Allah jadikan bangsa itu. Itu benda fakta. Jadi kita sebagai orang Melayu kita kena kata ’Alhamdulillah saya orang Melayu’. Apatah lagi kita orang Islam. Itu maksudnya,” kata Md Alwi. 

Menurutnya, beliau tidak jelas dengan maksud Nik Abdul Aziz yang tidak bangga berbangsa Melayu memandangkan Islam mengiktiraf kewujudan sesebuah bangsa itu sendiri.

No comments:

Post a Comment