Wednesday, December 15, 2010

Kes mata lebam Anwar sampai ke penghujung



Putrajaya tak mahu lagi dengar walau ada dakwaan palsukan bukti


KUALA LUMPUR: Putrajaya semalam memutuskan untuk menutup 'pintu' buat selama- lamanya daripada mendengar semula kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 walaupun terdapat dakwaan pemalsuan bukti terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor media tempatan.
Dalam satu penjelasan yang ditunggu-tunggu di Parlimen semalam, kerajaan Malaysia dengan jelas mengetepikan dakwaan seorang bekas pegawai penyiasat, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam dua surat terbukanya, bahawa Tan Sri Abdul Gani memalsukan dokumen- dokumen kes itu, kata laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.Sebaliknya, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak ada keperluan bagi Datuk Mat Zain membuat aduan bahawa satu panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat pemalsuan bukti dalam kes itu gagal membersihkan nama pengadu itu dalam insiden tersebut.Ini, menurut Datuk Seri Mohamed Nazri, kerana Datuk Mat Zain tidak pernah menjadi tumpuan siasatan panel itu dan hanya dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan.'Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), melalui suratnya kepada Datuk Mat Zain pada 23 Julai 2009, telah pun menekankan bahawa tidak ada perlunya bagi satu panel bebas atau SPRM membersihkan nama Mat Zain memandangkan beliau pada asalnya bukan subjek siasatan itu,' jelas Datuk Seri Mohamed Nazri.Sementara itu, The Malaysian Insider juga melaporkan bahawa beberapa anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) semalam berpendapat hukuman gantung enam bulan yang disyorkan panel itu ke atas Datuk Seri Anwar berhubung isu APCO-Israel dan '1Malaysia' tidak setimpal dengan keseriusan kesalahan beliau.Dua anggota panel itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Razali Ibrahim, dan Ahli Parlimen (AP) Alor Gajah, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, menyokong syor hukuman enam bulan tersebut tetapi berkata bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar mengaitkan gagasan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Razak dengan 'One Israel' menjejas imej negara itu.Menurut minit mesyuarat jawatankuasa itu yang dibentangkan di Parlimen semalam, Datuk Razali dipetik sebagai berkata bahawa beliau pastinya menyokong hukuman lebih berat jika keputusan dibuat lebih awal.

No comments:

Post a Comment