Wednesday, December 15, 2010

Siling wad bersalin runtuh


SEORANG petugas membersihkan sisa plaster siling yang jatuh di wad bersalin Hospital Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 14 Dis. - Sebahagian wad bersalin di Hospital Pulau Pinang (HPP) terpaksa ditutup sejak kelmarin berikutan siling plaster jatuh ke lantai dan nyaris menimpa pesakit yang sedang dirawat di situ.
Dalam kejadian pukul 8 pagi, sekeping siling sepanjang 0.3 meter di Wad Bersalin B hospital berkenaan jatuh di ruang kosong antara dua katil pesakit.
Berikutan kejadian itu, semua 15 pesakit terdiri daripada ibu-ibu yang baru bersalin dipindahkan.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, bilik air di tingkat atas wad berkenaan berkemungkinan menjadi punca kejadian itu.
Katanya, ia berdasarkan beberapa kebocoran dan kerosakan yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas penggantian paip besi kepada paip plastik, 12 tahun lalu.
"Saya telah minta satu laporan awal dikemukakan pihak hospital dalam masa terdekat diikuti laporan lengkap dalam masa seminggu untuk dipanjangkan kepada Kementerian Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas melawat wad tersebut.
Beliau diiringi Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Hassan Merican.

No comments:

Post a Comment