Wednesday, December 15, 2010

Ummi Hafilda rancang terbit dokumentari, TV web pemecatan Anwar




KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali berhasrat menerbitkan sebuah dokumentari khas dan televisyen web berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Menurutnya, penerbitan itu dibuat berdasarkan fakta sahih supaya generasi muda dan rakyat Malaysia mengetahui perkara sebenar sebelum pemikiran mereka 'diracuni' Datuk Seri Anwar menjelang pilihan raya akan datang, demikian lapor akhbar Utusan Malaysia, semalam.'Masih ramai rakyat tidak tahu mengapa Anwar dipecat, dibicara dan dipenjarakan. Mereka sering dimomokkan dengan cerita konspirasi.'Persepsi jahat ini harus dikikis daripada minda rakyat melalui dokumentari khas dan televisyen web ini. Tiada siapa lebih layak menerbitkan dokumentari khas ini selain saya,' kata Ummi Hafilda dalam blognya di bawah tajuk Perjuangan Menentang Kemungkaran Insan Munafik dan Pengorbanan Srikandi di alamat http://srikandi7.blogspot.com.'Ini kerana sayalah pencetus jihad dan tahu pelbagai rahsia serta rentetan peristiwa paling bersejarah ini yang mengundang 76 negara membuat liputan khas ketika itu.'Ummi Hafilda, yang diwawancara khas oleh akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu, merayu abangnya, Encik Azmin Ali, serta Datuk Seri Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.Antara lain, dokumentari itu akan menyelitkan tindakan Ummi Hafilda menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1997-1998.

No comments:

Post a Comment