2011/03/29
MUMBAI: Hubungan cinta antara aktres terkenal Bollywood, Katrina Kaif (gambar) dan aktor, Ranbir Kapoor menjadi topik perbualan hangat industri filem India itu baru-baru ini selepas mereka membuat keputusan berpisah atas perbezaan pendapat mengenai perkahwinan.Katrina tidak mahu menunggu lama untuk berkahwin manakala Ranbir tidak mahu ‘terikat’ menyebabkan mereka bergaduh sebelum berpisah.
Bagaimanapun, Katrina kemudian meminta maaf kepada Ranbir, memaafkannya dan berharap menjalin semula hubungan jika aktor itu tidak lagi bersikap ‘kasanova.’
Masalahnya, Ranbir memang diketahui banyak teman wanita. Sebelum ini, beliau dikaitkan dengan aktres Deepika Padukone tetapi hubungan mereka tidak kekal lama.
Ketika itu, Katrina pula ada hubungan dengan aktor Salman Khan sebelum berpisah. Perpisahan menyebabkan Katrina dan Ranbir lebih dekat.
Punca pergaduhan dan perpisahan mereka selepas menjalin hubungan setahun ialah sikap Ranbir kelihatan mesra dengan aktres Nargis Fakiri dan Anushka Sharma.
Apapun, Katrina dikatakan bersedia kembali kepada Ranbir jika dia mengubah sikap dan pada masa sama mencurahkan masalah itu kepada Salman, lapor akhbar di sini.
Apabila ditanya mengenai bentuk hubungan Katrina dan Salman, sumber memberitahu: “Katrina dan Salman sudah lama berpisah dan tidak pernah menimbang kembali intim.
“Mereka berkongsi hubungan istimewa dan masih sahabat baik. Mereka juga ada kemungkinan berganding dalam filem baru Yash Raj”. – Agensi
No comments:
Post a Comment