Friday, March 11, 2011

Rakyat Oman mahu Menteri dipecat

myMetro
MUSCAT: Penunjuk perasaan menuntut kerajaan Oman memecat Menteri Penerangan negara itu, tiga hari selepas 10 menteri Kabinet disingkirkan Sultan Qaboos Said.
Walaupun Sultan Qaboos melakukan rombakan Kabinet kali kedua dalam tempoh seminggu, protes diteruskan kerana orang ramai belum berpuas hati.

Sebelum ini, Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri adalah antara tokoh yang diketepikan dalam rombakan kedua itu.

Bagi penunjuk perasaan, Sultan Qaboos - berkuasa sejak 1970- perlu mengetepikan Menteri Penerangan, Hamed Al-Rashdi, kerana mengekang kebebasan media selama bertahun-tahun.

“Kami mahu dia dipecat,” kata seorang daripada penunjuk perasaan di Ibu Pejabat Majlis Syura, semalam.


Kelmarin, kira-kira 200 orang berkumpul di Kementerian Penerangan menuntut media negara itu dibebaskan daripada kongkongan kerajaan.

“Media mesti dibenarkan membuat laporan bebas dan keadaan itu tidak akan berlaku jika kementerian ini masih diketuai Hamed,” kata seorang lagi penunjuk perasaan. - Reuters

No comments:

Post a Comment