Tuesday, April 26, 2011

Ancam serang hari perkahwinan


WILLIAM dan Kate.
WILLIAM dan Kate.

LONDON: Pihak berkuasa keselamatan Britain tidak menolak kemungkinan berlaku serangan pengganas pada hari perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, Jumaat ini.
Sehubungan itu, kawalan ketat dikuatkuasakan di seluruh London sebagai persediaan. Kerajaan juga mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan serangan di tempat lain selepas diberi amaran bahawa Tentera Republikan Ireland (IRA) mungkin merancang kekacauan di Belfast dan Londonderry.


Serangan itu bertujuan membayangi majlis perkahwinan William dengan Kate di Westminster Abbey. “Kumpulan perisikan memberi amaran, ancaman itu benar dan menunjukkan kemungkinan yang tinggi,” kata satu sumber kepada akhbar Daily Mirror. Ancaman itu dibincangkan dalam sesi taklimat agensi perisikan MI5 kepada Kementerian Dalam Negeri.
Sumber itu menambah: “Langkah berjaga-jaga diambil walaupun sukar dipercayai kumpulan itu mampu melancarkan serangan di London Jumaat ini.” Ancaman keganasan itu timbul selepas anggota polis, Ronan Kerr, 25, terbunuh dalam satu letupan dekat kediamannya di Omagh awal bulan ini.


Anggota polis muda itu baru baru selesai menjalani latihan apabila menjadi sasaran kumpulan pengganas IRA. Minggu lalu kumpulan menggelar diri mereka ‘the IRA’ mendakwa bertanggungjawab atas pembunuhan itu.


Ahli politik bimbang pembunuhan itu akan mencetuskan siri baru serangan sama seperti yang berlaku di utara Ireland pada awal 1990. - Agensi

No comments:

Post a Comment