Tuesday, April 26, 2011

Askar hina Middleton lembu angkuh kena gugur



Kate Middleton
Kate Middleton

LONDON: Seorang askar Britain digugurkan sebagai pengawal ketika hari perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton selepas menggelar bakal isteri pewaris takhta British itu sebagai 'lembu angkuh' di laman Facebook miliknya.

Anggota Scots Guardsman, Cameron Reilly, 18, digugurkan daripada majlis Jumaat ini selepas menggunakan kata-kata kesat terhadap Middleton menerusi laman web sosial itu dengan menulis: “Dia dan William lalu depan aku, Jumaat lalu dan apa yang aku dapat hanya lambaian beliau (Middleton) pada masa sama menoleh ke arah lain. Lembu sombong, aku tidak cukup bagus untuk mereka,”.
Reilly merujuk kepada arak dan mencetuskan masalah sebagai hobi dalam laman Facebooknya. Berikutan itu, pasukan Scots Guardsman berkata, mereka akan menyiasat komen Reilly selepas diarahkan bertugas di Menara London.
Sementara itu, kira-kira 5,500 parti di jalan raya akan diadakan di seluruh Britain pada hari perkahwinan pasangan itu. 

Pemohonan untuk penutupan jalan bagi membolehkan parti itu diadakan membanjiri majlis perbandaran di seluruh Britain, khususnya kawasan selatan England yang dikatakan dihuni penduduk lebih kaya berbanding sebelah utara. 

Persatuan Kerajaan Tempatan (LGA) berkata, banyak majlis perbandaran dibanjiri permohonan mengadakan parti itu, biasanya membolehkan tiang dipasang bendera dan risalah selain meja mudah alih untuk meletakkan makanan dan minuman. 

Bagaimanapun, majlis perbandaran Barking dan Dagenham dilaporkan tidak menerima walau satu permohonan sekalipun. 
“”Ada pihak mahu mengadakan parti tetapi di dewan dan kami belum menerima permohonan menutup jalan bagi tujuan yang sama,” kata jurucakap majlis. 

Di seluruh ibu kota London pula, dianggarkan 800 parti bakal diadakan dan beratus-ratus lagi dirancang di Surrey, Hertfordshire dan Kent. – AFP 

No comments:

Post a Comment