Friday, May 20, 2011

27 juta terperangkap dalam sistem hamba moden


ROM: Kira-kira 27 juta orang masih menjadi hamba pada zaman moden ini dan imigran yang melarikan diri daripada kekacauan di Afrika Utara antara mereka yang paling berisiko dieksploitasi, kata pegawai kanan kerajaan Amerika Syarikat, semalam.

Negara yang menjadi tumpuan imigran melarikan diri perlu mengenal pasti bakat mangsa dan melindungi mereka daripada menghantar mereka pulang segera, di mana ia sering berakhir di tangan sindiket pemerdagangan manusia, kata Duta AS, Luis CdeBaca. Puluhan ribu imigran melarikan diri dari Afrika Utara dan kebanyakannya cuba pergi ke Eropah dengan menaiki bot tetapi masalah perhambaan masih wujud di seluruh dunia dengan India, Thailand dan Malaysia antara negara paling buruk terbabit. - Reuters

No comments:

Post a Comment