Friday, May 20, 2011

Malaysia serah suspek militan kepada Singapura

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan disyaki terbabit menyalurkan dana kepada kumpulan militan Islam Filipina sudah diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura, kata polis Malaysia.

Seorang pegawai polis jabatan tugas khas bagi operasi dan anti-keganasan Bukit Aman, berkata warga Singapura, Abdul Majid Kunji Mohamad sudah diserahkan kepada negara itu, semalam.
'Kami menyerahkannya kepada pihak berkuasa Singapura dan mereka boleh meneruskan siasatan lanjut, susulan pembabitannya dengan gerakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),' katanya.

Pejabat itu berkata Singapura telah memberitahu pihak mereka tahun lalu bahawa Abdul Majid bersembunyi di negara ini. - AFP"

No comments:

Post a Comment