Friday, May 20, 2011

Strauss-Kahn ganas


Dominique Strauss-Kahn
Dominique Strauss-Kahn

LONDON: Seorang ibu ayam mendedahkan, bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, pernah menggunakan khidmatnya mendapatkan pelacur.
Kristin Davis, 35, mendakwa Strauss-Kahn melanggan pelacurnya sebanyak dua kali pada 2006.

Ketika itu Strauss-Kahn belum dilantik menjadi ketua IMF.

Akhbar The Times melaporkan, Strauss-Kahn mungkin diperkenalkan kepada Kristin oleh pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, yang menetap di Paris, Perancis.

Irma pernah memberikan khidmat seks kepada beberapa pelanggan terkenal, termasuk bekas Gabenor New York, Elion Spitzer, dan mendakwa ditiduri David Beckham.

Bagaimanapun, bekas kapten pasukan England itu menafikan dakwaan Irma.


Menurut The Times, Strauss-Kahn - kini ditahan di New York kerana cuba merogol pekerja hotel - menghubungi Kristin pada minggu ketiga Januari 2006 untuk mendapatkan “perempuan Amerika” dengan bayaran RM7,356 bagi layanan selama dua jam.

Kata Kristin, Strauss-Kahn membuat bayaran secara tunai.

“Perempuan pertama saya hantar kepadanya mendakwa Strauss-Kahn kasar dan tak mahu melayannya lagi,” katanya.

Kristin berkata, dia menyimpan rahsia itu selama tiga tahun tetapi menukar fikiran selepas Strauss-Kahn dikaitkan dengan keganasan ke atas wanita.

Pada September 2006, Kristin menghantar pelacur kelahiran Brazil untuk melayan Strauss-Kahn yang ketika itu berada di New York menghadiri persidangan ekonomi dianjurkan Bill Clinton.

Irma pula berkata, Strauss-Kahn ganas dan agresif tetapi masih mampu mengawal dirinya.

“Kata perempuan yang melayannya, Strauss-Kahn kuat mendesak, tidak sabar dan memaksa, tetapi dia tidak merogol sesiapa.

“Bagaimanapun, dengan bayaran AS$1,000 (RM3,000) atau lebih sejam, kami mengharapkan pelanggan yang beradab, bukan seperti binatang,” katanya.

Kristin kini ditahan atas kesalahan pelacuran di penjara Pulau Rikers - penjara sama menempatkan Strauss-Kahn. - DM

No comments:

Post a Comment