KUALA LUMPUR - "Papa, mama, saya mahu lekas ke sekolah." Demikian rayu kanak-kanak penghidap penyakit misteri, Muhammad Aiqqal Azman, 12, yang mahu segera sembuh dan menjalani kehidupan sebagai murid seperti rakan seusianya setelah hampir sebulan tidak ke sekolah.
Ibunya, Wan Zuriati Wan Zulkipli, 37, berkata, anaknya itu kerap menelefon rakan-rakannya pada setiap petang untuk menanyakan mengenai keadaan di sekolah.
"Dia tetap mengulang kaji pelajaran dengan subjek Bahasa Inggeris menjadi kegemarannya agar tidak ketinggalan dalam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
"Lagipun, dia seorang aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti ahli Pengakap dan seni mempertahankan diri taekwondo," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment