Tuesday, May 3, 2011

Amaran kemungkinan keganasan anti-Amerika meningkat



WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syariakt semalam memberi amaran kepada kedutaankedutaan Amerika mengenai kemungkinan meningkatnya keganasan anti-Amerika selepas pembunuhan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, oleh pasukan tentera Amerika di Pakistan.
Jabatan tersebut mengeluarkan amaran itu sejurus selepas Presiden Barack Obama awal semalam mengumumkan kematian Osama dalam satu operasi tentera.Ia memberi amaran mengenai 'kemungkinan bertambahnya keganasan anti-Amerika menyusuli kegiatan antipengganasan di Pakistan baru-baru ini'.'Memandangkan ketidaktentuan dan ketidakstabilan suasana masa kini, warga Amerika di kawasan-kawasan di mana perkembangan baru-baru ini boleh menyebabkan keganasan anti-Amerika, digesa agar membataskan perjalanan mereka di luar rumah dan hotel masing-masing dan mengelak daripada perhimpunan dan demonstrasi beramai-ramai,' menurut kenyataan Jabatan Negara itu.Kenyataan amaran tersebut berkata operasi kedutaan Amerika akan diteruskan 'seberapa mungkin di bawah hambatan-hambatan apa saja suasana keselamatan yang berkembang'.Ia menegaskan bahawa beberapa kedutaan dan konsulat mungkin ditutup atau menggantung perkhidmatan awamnya buat sementara, bergantung pada keadaan.Encik Obama awal semalam turut memberi amaran kepada warga Amerika supaya senantiasa berwaspada, walaupun selepas kematian Osama.Meskipun sebarang ancaman yang boleh diambil serius tidak berlaku ketika ini, risiko serangan masih ada, katanya.Jabatan Keselamatan Tanah Air (DHS) Amerika dan Biro Siasatan Federal (FBI) belum mengeluarkan sebarang amaran mengenai ancaman menyusuli berita kematian Osama di Pakistan, tetapi ehwal keselamatan dijangka menjadi lebih penting di negara itu untuk melindunginya daripada sebarang kemungkinan tindak balas.'Tidak ada keraguan lagi bahawa Al-Qaeda akan terus menyerang kita. Kita mesti dan kita akan kekal berwaspada di sini dan di luar negara,' kata Encik Obama dalam satu kenyataannya yang disiarkan menerusi televisyen awal semalam ketika beliau mengumumkan pembunuhan Osama oleh pasukan tentera Amerika.Para pegawai DHS dan FBI, bagaimanapun, tidak memberikan ulasan segera berhubung risiko serangan atau sebarang ancaman baru itu.Walaupun Osama dilihat sebagai ketua Al-Qaeda, peranannya tidak lebih daripada seorang ketua 'boneka' sahaja kerana dia sering terpaksa bersembunyi daripada pasukan tentera Amerika, kata pakar-pakar.Sebaliknya, sekutu-sekutu kumpulan militannya yang lebih banyak melancarkan serangan-serangan.Kebanyakan serangan pengganas terhadap kepentingan Amerika, misalnya, telah dilancarkan oleh sekutu Al-Qaeda di Yaman, iaitu Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).Kumpulan itu mendakwa bertanggungjawab terhadap percubaan menghantar bahan letupan yang dibawa dalam sebuah pesawat kargo yang dijadualkan terbang ke Amerika pada Oktober tahun lalu, sebelum ia dipintas dan gagal diletupkan. -- AP, Reuters.cyberita

No comments:

Post a Comment