Tuesday, May 3, 2011

William berbulan madu



Helikopter yang dipercayai digunakan untuk membawa pasangan pengantin Diraja Britain, Putera William dan Kate (gambar kiri) berbulan madu di kepulauan Seychelles. - AGENSI


LONDON 2 Mei - Putera William dan isterinya, Kate Middleton akan berbulan madu di sebuah vila mewah di kepulauan Seychelles.
Akhbar Daily Mail melaporkan, pasangan pengantin Diraja tersebutakan menghabiskan masa selama 10 hari di sebuah vila mewah di kepulauan Lautan Hindi yang berharga AS$6,700 (RM20,770) semalam.
Pasangan tersebut sebelum ini menangguhkan bulan madu mereka selepas berkahwin Jumaat lalu.
Pegawai peribadi kepada putera berusia 28 tahun itu dilaporkan melawat lokasi rahsia bulan madu pasangan tersebut dan dipercayai berpuas hati dengan keadaannya yang tersembunyi dan tenang.
Sementara itu, sebuah helikopter dilihat membawa pasangan tersebut keluar dari Istana Buckingham pada Sabtu lalu, sehari selepas upacara perkahwinan mereka, menuju ke lokasi rahsia bulan madu dengan menaiki jet peribadi.
Sementara itu, keluarga Diraja Britain dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media yang cuba menganggu percutian pasangan tersebut.
Putera William yang bertugas sebagai juruterbang menyelamat dan mencari dengan Stesen Tentera Udara Diraja di Pulau Welsh, Anglesey akan kembali bertugas esok.
Akhbar Sun pula melaporkan, William akan bertugas di Pulau Falkland, lokasi peperangan antara Britain dengan Argentina pada 1982, September ini selama 10 minggu tanpa ditemani isterinya, Kate. - AFP, utusan

No comments:

Post a Comment