Tuesday, May 3, 2011

William tolak kontrak kahwin


LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton tidak menandatangani perjanjian praperkahwinan, kata satu kenyataan, semalam.
Sumber kanan diraja berkata, tiada dokumen rasmi dibuat sebelum perkahwinan bagi melindungi harta putera itu atau memastikan Kate mengekalkan kehidupan ala bangsawan sekiranya mereka berpisah.

Mulai dari detik pertunangan mereka diumumkan, peguam perceraian mengatakan kontrak praperkahwinan - yang popular di kalangan bintang Hollywood - mungkin praktikal memandangkan perkahwinan keluarga diraja yang kurang sukses, sejak akhir-akhir ini.

Mahkamah Agung baru-baru ini menguatkuasakan kontrak praperkahwinan dalam undang-undang Inggeris.

Sumber diraja, semalam menafikan laporan bahawa William dinasihatkan membuat persetujuan rasmi tetapi menolak untuk menandatanganinya. “Sekiranya dia menolak, itu bermakna ada orang menyarankan kepadanya tetapi ia tidak berlaku,” kata sumber itu.

“Tiada perjanjian praperkahwinan dalam perkahwinan William,” tambah sumber itu.


William, 28, memperoleh 37,170 pound (RM185,850) sebagai juruterbang RAF.

Namun, dia mewarisi 6.5 juta pound (RM32.5 juta) daripada ibunya, Puteri Diana di mana melalui pelaburan jumlah itu meningkat berlipat ganda sejak kematian Diana pada 1997.
Selain itu, Putera Charles membiayai kos sara hidup William. Tahun lalu dia membelanjakan 1.6 juta pound (RM8 juta) bagi perbelanjaan peribadi untuk dirinya, isteri dan dua anaknya. Lapan tahun sebelum kematiannya, ibu Ratu Elizabeth dilaporkan mewasiatkan dua pertiga daripada wangnya kepada dana untuk cucu cicitnya. Namun, Duchess of Cambridge tidak mempunyai sebarang pendapatan.

Kate berhenti kerja daripada menguruskan perniagaan dalam talian yang dimiliki ibu bapanya Januari lalu bagi menumpukan kepada rancangan perkahwinannya. Sebelum itu, dia bekerja dengan syarikat pakaian Jigsaw.

Tanpa kontrak praperkahwinan semuanya bergantung kepada peguam untuk menguruskan penyelesaian harta perkahwinan jika pasangan itu bercerai. -DM

No comments:

Post a Comment