Monday, May 9, 2011

Doktor gigi subahat skandal Berlusconi




Nicole Minetti
Nicole Minetti

Upah wanita penuhi selera seks PM Itali

ROME: Pendakwa raya Itali mencadangkan tuduhan jenayah dikemukakan ke atas bekas doktor gigi yang didakwa mengupah wanita untuk melakukan hubungan seks dengan Perdana Menteri, Silvio Berlusconi.
Nicole Minetti, 25, adalah seorang daripada tiga rakan rapat Berlusconi yang disiasat dalam kes membabitkan pelacur remaja yang didakwa dibayar untuk tujuan itu.
Minetti dikatakan mengupah berpuluh-puluh wanita muda untuk mengambil bahagian dalam parti ‘bunga bunga’ Berlusconi, lapor akhbar The Telegraph.

Ia merujuk kepada permainan seks selepas makan malam ketika parti diadakan di sebuah kediaman Berlusconi dekat Milan.

Pendakwa raya mendakwa, Minetti yang juga bekas bintang televisyen, mengupah wanita itu bersama dua lagi personaliti yang turut menghadapi tuduhan sama iaitu pengacara berita televisyen, Emilio Fede, 79, dan ejen selebriti, Lele Mora, 55.

Minetti merawat Berlusconi selepas giginya patah terkena patung yang dilontar ketika perhimpunan pada Disember 2009.
Pelbagai pihak terkejut apabila Minetti menjadi calon parti Berlusconi bagi pilihan raya tempatan tahun lalu dan menang kerusi majlis wilayah Lombardy yang terletak di kota Milan.

Fail yang dibocorkan awal tahun ini mendedahkan perbualan telefon bekas pegawai polis yang menceritakan mengenai parti bunga bunga kepada rakannya.

“Minetti cium Berlusconi berkali-kali. Tempat itu sarang pelacuran. Semua perempuan diberi cincin dan rantai,” katanya.

Minetti dan dua orang lain dikatakan mengupah 33 wanita hadir di parti itu termasuk bintang televisyen, ratu cantik, model dan penari gelek, Karima El Mahroug.

Pendakwa raya berkata, ketika itu Karima baru 17 tahun dan dibayar tunai serta barang kemas sebagai tukaran seks.

Di Itali, membayar wang untuk seks kepada wanita di bawah usia 18 tahun adalah kesalahan kerana perempuan itu ditakrifkan bawah umur dan boleh dihukum penjara tiga tahun.

Pendakwa raya, Edmondo Bruti Liberati berkata: “Kami meminta Nicole Minetti, Emilio Fede dan Lele Mora dibicarakan atas tuduhan mengupah pelacur dewasa dan bawah umur antara September 2009 dan Mei 2010.” – Agensi
bharian

No comments:

Post a Comment