Monday, May 9, 2011

Pemuda UMNO bawa pulang tiga bersaudara ditipu di PNG


KUALA LUMPUR 9 Mei – Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berjaya membawa pulang tiga bersaudara yang menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pekerjaan di Papua New Guinea (PNG), tidak sampai seminggu selepas kes dilaporkan kepada biro itu.

Kesemua mangsa Rimban anak Mawang, 49; Jeri anak Ebet, 47; dan Richi anak Jeri, 23, yang berketurunan Iban dan berasal dari Kapit, Sarawak selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada Sabtu lepas.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, kejayaan ini merupakan kerjasama yang proaktif antara pihaknya dengan pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea, Azman Rahim yang bermatlamat untuk membawa kesemua mangsa pulang ke tanah air.
"Rundingan demi rundingan dan panggilan demi panggilan selama enam hari akhirnya kita dapat berbincang dengan majikan mereka di sana dan pihak majikan kemudian bersetuju untuk menerbangkan mereka pulang pada Sabtu melalui Singapura.
"Semalam mereka (mangsa) telah dibawa ke Johor Bahru dan dari situ anggota jawatankuasa kita telah menjaga keselamatan serta kebajikan mereka sebelum dihantar pulang ke kampung halaman menaiki pesawat dari Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang hari ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. – Bernama, utusan

No comments:

Post a Comment