SABAK BERNAM 8 Mei – Isteri seorang nelayan tempatan, Ismail Rejab, 41, yang dilaporkan hilang selepas turun ke laut sejak Rabu lalu menyatakan suaminya pernah memberitahu hasrat untuk berhenti kerja sebagai nelayan.
Rosnani Mat Noor, 36, berkata, suaminya meluahkan keresahan hatinya bahawa dia tidak tahan lagi bekerja bersama-sama nelayan warga Indonesia yang didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
“Suami juga ada cerita nelayan warga asing itu juga sering kali mendatangkan masalah kepadanya.
“Kira-kira dua minggu lalu, dia ada beritahu hendak berhenti kerja tetapi tidak jadi kerana memikirkan ada banyak tanggungan termasuk anak-anak yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini hari ini.
Rosnani berkata, dia mempunyai enam anak berusia antara dua hingga 16 tahun melalui perkahwinannya dengan Ismail yang sudah 15 tahun bekerja sebagai nelayan.
“Kali terakhir saya mengiringinya ke jeti pada Rabu lalu. Tetapi hari itu, dia menyuruh saya segera pulang ke rumah sedangkan sebelum ini saya biasanya akan tunggu dia sampai turun ke laut.
“Insya-Allah, kami sekeluarga akan mengadakan solat hajat dan majlis bacaan surah Yaasin bagi memohon pertolongan Allah agar suami saya ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.
Sementara itu, pemilik bot, Chia Yeow Soon, 39, memberitahu, dia menemui bot yang dinaiki Ismail bersama abangnya, Chia Yeow Chian, 41, yang merupakan tekong dan tiga lagi nelayan warga Indonesia di Jeti Kampung Bagan, Sungai Besar semalam.

No comments:
Post a Comment