WASHINGTON 9 Mei – Osama bin Laden yang bergiat aktif dalam plot menentang Amerika Syarikat (AS) dipercayai memberi arahan dari tempat persembunyiannya di Pakistan, kata pegawai perisikan AS selepas sebuah video memaparkan imej Osama disiarkan Sabtu lalu.
Pegawai yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, maklumat tersebut diperoleh selepas bangunan yang menjadi tempat persembunyian Osama diserbu oleh tentera elit AS Isnin lalu.“Bangunan di Abbotabad ini dijadikan pusat kawalan dan arahan bagi pergerakan al-Qaeda dan jelas, dia (Osama) memang terlibat aktif dalam segala perancangan kumpulannya,” ujar pegawai tersebut. – Reuters
No comments:
Post a Comment