Jakarta kurang jelas prosedur program pemutihan pendatang tanpa izin
GEORGETOWN: Indonesia mendakwa masih keliru dan kekurangan maklumat mengenai standard prosedur operasi (SOP) berhubung program pemutihan pendatang tanpa izin yang akan dilaksanakan kerajaan, 1 Ogos ini.
Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman, berkata pihaknya masih menunggu penjelasan secara terperinci daripada pihak berkuasa negara ini berhubung program berkenaan.“Kami menyedari mengenai program pemutihan yang akan dilaksanakan pihak berkuasa di Malaysia kerana ia membabitkan tenaga kerja Indonesia, tetapi masih kurang jelas berhubung perjalanannya (pelaksanaannya).
“Justeru itu, kami amat berharap penjelasan lanjut mengenainya dapat diberikan supaya sebarang urusan kerja mudah dilakukan bagi menguruskan hal-ehwal tenaga kerja Indonesia di Malaysia,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan program pemutihan pendatang tanpa izin akan dilaksanakan bagi memperkemaskan rekod, sekali gus mengurangkan kumpulan itu di negara ini dan pelaksanaan dilakukannya secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.
Bagaimanapun, program yang sepatutnya bermula 1 Julai lalu itu terpaksa ditangguhkan sehingga 1 Ogos ini berikutan wujud beberapa perkara berbangkit perlu diteliti, termasuk aspek keselamatan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipetik berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan proses pendaftaran pendatang tanpa izin yang dirancang sebelum ini, termasuk komitmen pihak majikan serta kementerian yang terbabit menjayakan program berkenaan.
Sementara itu, Chilman berkata, pihaknya akan mengadakan sesi dialog dengan Jabatan Imigresen di Konsulat Jeneral Indonesia di sini, esok bagi mengetahui perkembangan terbaru berhubung program pemutihan itu.
“Kami perlu tahu pembekuan pengambilan pekerja dari Indonesia akan mengambil masa berapa lama, selain tatacara pelaksanaan Program 6P (pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran).
“Apabila maklumat mengenainya sudah mencukupi, saya fikir pemerintah Indonesia akan lebih bersedia sepenuhnya dan boleh memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia,” katanya.
Berita Harian Online | Indonesia dakwa masih keliru

No comments:
Post a Comment