BANGKOK - Bakal perdana menteri wanita pertama Thailand, Yingluck Shinawatra semalam yakin dakwaan Parti Puea Thai pimpinannya terlibat dengan unsur penipuan semasa pilihan raya umum 3 Julai lalu akan digugurkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) kelmarin masih menangguhkan keputusan meluluskan Yingluck dan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva bersama 141 calon lain sebagai ahli Parlimen baru bagi memenuhi 500 kerusi Dewan Rakyat di negara itu.
“Masih ada masa untuk pembentukan Kabinet baru. Saya rasa EC cuba melengkapkan siasatan secepat mungkin.
“Saya berharap EC akan menilai kemenangan besar Parti Puea Thai dengan adil dan telus,” menurut Yingluck.
Perlembagaan Thailand menyebut Parlimen perlu bersidang dalam tempoh 30 hari dari tarikh pilihan raya pada 3 Julai lalu dan mempunyai 30 hari lagi untuk melantik Perdana Menteri.
EC sedang menyiasat aduan Parti Demokrat pimpinan Abhisit berhubung penyertaan bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra dalam kempen memancing undi Parti Puea Thai.
SH

No comments:
Post a Comment