Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hijau itu memberitahu, mahkamah sebelum ini memerintahkannya membayar sebanyak RM200 sebulan untuk setiap seorang anaknya iaitu Mikhail, 18 dan Timur, 16.
"Ini bermaksud, saya perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM400 untuk kedua-dua anak saya. Itu adalah kemampuan saya dengan apa yang saya peroleh setakat ini menerusi pendapatan sebagai penyanyi.
"Ia juga telah dipersetujui mahkamah ketika kes tuntutan nafkah yang dibicarakan sebelum ini," jelas Zainal ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau yang berada di Brunei atas urusan kerja itu berkata demikian bagi mengulas tindakan Natasha yang memfailkan keterangan bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam berhubung tuntutan tunggakan nafkah dua anaknya yang berjumlah lebih RM150,000 sejak sembilan tahun lalu.
Menurutnya, kes tersebut masih lagi belum selesai dan beliau tidak mahu memberi sebarang komen lanjut kerana khuatir ia akan mengganggu proses mahkamah.
"Lagi pun, tuntutan yang dibuat oleh bekas isteri adalah di luar pengetahuan saya. Sepatutnya dia terlebih dahulu berbincang dengan saya. Mahkamah juga pernah menasihatkan agar kami berbincang sebaik-baiknya tetapi dia yang tidak mahu.
Penyanyi tersebut bernikah dengan Natasha pada 24 Mac 1987 dan bercerai pada 12 Disember 2000. Mahkamah menetapkan kedua-dua kes itu dibicarakan berasingan pada 24 Oktober ini.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah
No comments:
Post a Comment