ROME: Seorang penari kelab malam yang terbabit dalam perbicaraan seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi berkata, dia kini hamil dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.
“Saya akan menjadi ibu Disember ini,” kata Karima El Mahroug, 18, yang lebih dikenali dengan nama glamornya di atas pentas, ‘Rubi Si Pencuri Hati’ dalam wawancara dengan sebuah majalah mingguan, Chi.
Menurutnya, bapa anak yang dalam kandungannya itu ialah teman lelakinya, Luca Rizzo.
“Anak kami akan dilahirkan di Itali. Kami akan berkahwin dan berhijrah untuk tinggal di luar negara,” kata remaja belasan tahun itu, yang didakwa mengadakan seks beberapa kali dengan Berlusconi untuk mendapatkan bayaran. Dia berusia 17 tahun ketika itu.
Berlusconi terbabit dalam perbicaraan atas tuduhan mengadakan seks dengan pelacur bawah umur dan menyalaguna kuasa untuk mendesak polis membebaskan Karima daripada tahanan supaya dia tidak mendedahkan hubungan mereka.
Pemimpin berusia 74 tahun itu berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan. - AFP
No comments:
Post a Comment