Thursday, July 14, 2011

‘Saya jadi mangsa’

KUALA LUMPUR: “Saya kecewa apabila ada pihak menuduh saya menyertai perhimpunan haram, Bersih 2.0 sedangkan pada hari itu adalah majlis persandingan saya bersama isteri di rumah keluarga saya di Alam Damai, Cheras,” kata penyanyi, Shah Indrawan Ismail, 27, atau lebih dikenali sebagai Tomok.

Tomok adalah mangsa keadaan terbaru apabila dikaitkan menyokong perhimpunan haram pembangkang 9 Julai lalu iaitu hari yang sama dengan tarikh perkahwinannya.

Menurutnya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuatkan gambar lelaki seiras wajahnya menerusi blog hiburan ketika menyertai perhimpunan haram itu dianggap kelakar.

“Saya tidak melihat wajah orang yang didakwa melakukan demonstrasi jalanan itu sama seperti saya. Saya menolak tuduhan itu kerana sememangnya orang ramai tahu saya berkahwin pada 9 Julai lalu iaitu tarikh sama dengan perhimpunan itu,” katanya.


Tomok ketika diminta pendapat mengenai perhimpunan haram terbabit menganggap tindakan pembangkang mengadakan demonstrasi itu sesuatu yang menyusahkan.

myMetro | ‘Saya jadi mangsa’

No comments:

Post a Comment