Thursday, July 14, 2011

Adun gagal rayuan kembalikan saman fitnah RM100j

PUTRAJAYA: Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M Manoharan gagal dalam rayuannya semalam untuk mengembalikan semula saman fitnah RM100 juta terhadap kerajaan, bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga akhbar.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Azhar Ma’’ah dan Datuk Linton Albert sebulat suara menolak rayuan Manoharan dengan kos.


Tan memutuskan saman fitnah Manoharan tidak boleh diterima dan dakwaan (Manoharan) defendan mempunyai niat jahat tidak akan mewujudkan kes niat jahat di bawah undang-undang fitnah, jika saman itu akan dibicarakan. Beliau berkata defendan pertama, Musa bertanggungjawab bagi penyenggaraan perintah, keamanan dan keselamatan negara manakala defendan kedua, Abdul Gani adalah pegawai perundangan tertinggi negara.

Tan berkata, kenyataan yang dikatakan fitnah itu hanyalah berdasarkan skop tugas rasmi kedua-dua defendan.


Pada 3 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan, Musa dan Gani untuk menggugurkan saman itu atas asas bahawa kenyataan Musa dan Gani dibuat atas sebab perlindungan bersyarat.

myMetro | Adun gagal rayuan kembalikan saman fitnah RM100j

No comments:

Post a Comment