LOS ANGELES: Seorang wanita California diberkas kerana mencampur dadah ke makanan suaminya sebelum mengikat dan memotong kemaluan lelaki terbabit, kata polis semalam.
Jurucakap polis, Jeff Nightengale, berkata kejadian berlaku kelmarin di Garden Grove, membabitkan Catherine Becker dan suaminya.
Kata Nightengale, pasangan itu dalam proses bercerai.
“Selepas suaminya lemah akibat termakan dadah, Catherine mengikat lelaki terbabit ke katil dan memotong kemaluan mangsa sebelum membuang organ itu ke tong pengisar sampah.
“Catherine menghubungi talian kecemasan 911 mendakwa ada kes kecemasan di rumahnya,” katanya.
Menurut Nightengale, apabila anggota paramedik dan polis tiba, mereka menemui mangsa terikat di katil dengan darah pada kangkangnya.
Katanya, setakat ini polis belum dapat mengetahui jenis dadah atau racun digunakan Catherine, 48, untuk membuat suaminya mengantuk.
Difahamkan, sejurus selepas makan hidangan disediakan Catherine, mangsa mengadu tidak sihat dan minta untuk berbaring sebentar.
Dia kemudian tidak sedarkan diri.
Nightengale berkata, tidak sekadar memotong kemaluan suaminya, Catherine juga menghidupkan pengisar pada tong sampah berkenaan.
Anggota paramedik menemui cebisan kemaluan mangsa di dalam tong itu tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia masih boleh diselamatkan atau tidak.
Kata Nightengale, polis masih menyiasat mengapa Catherine bertindak begitu, tetapi wanita terbabit mendakwa, suaminya “memang patut” dipotong kemaluannya.
Ketika ini Catherine ditahan polis dan hanya boleh dibebaskan jika mampu membayar ikat jamin sebanyak RM3 juta. Sumber hospital pula berkata, lelaki itu menjalani pembedahan dan keadaannya kritikal, tetapi doktor yakin dia selamat.
Jiran berkata, pasangan itu berkahwin Disember tahun lalu dan tidak memiliki anak.
Bagaimanapun, kata mereka, Catherine dan suaminya kelihatan sangat jarang bercakap. - AFP
No comments:
Post a Comment