Monday, June 4, 2012

bidaan RM24,200

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya.

Katanya, kementerian terpaksa menggantikan kereta rasmi yang digunakan sekarang dan oleh yang demikian nombor pendaftaran baru perlu dibida.

Beliau bagaimanapun dilihat mengelak soalan berhubung siapa yang membayar jumlah besar itu.

"Ini kereta rasmi... ia rasmi," beliau dipetik sebagai berkata. 

==========================================

P/S : Woooiiiiiiiiiii taulah kereta rasmi...siapa yg bayar....pakai duit sapa..????? Satu lagi projek menghabiskan duit...hmmmm

No comments:

Post a Comment